Wednesday, January 06, 2010

ranking

mulai semalam, kita dapat tahu dah ranking sekolah kita masing2, korang rasa macam mane erk? Seronok ke sedih? Teringat semasa aku bersekolah menengah dulu, amalan ranking dan streaming memang begitu dominan sekali. Semasa di form 4, honeymoon year, masa nak naik kelas form 5 aku rasa tersgt risau krn bimbang tak dpt masuk form 5A. Rasa takde mood la kalau tak dpt masuk ke kelas terbaik. Dalam tahun2 1990an amalan ini telah mula dimansuhkan dan nama kelas pun ditukar supaya pihak ibu bapa khasnya tidak dpt mengenalpasti kelas dari segi rankingnya. Kini amalan tersebut dihidupkan semula..... ranking sekolah di peringkat nasional lagi!

9 comments :

mantan said...

ybs,
selagi kurikulum sekolah berasaskan peperiksaan, tak mungkin proses rangking diketepikan.

Cuma yg hairannya sejak dulu, ranking sekolah lebih banyak menghasilkan pertandingan antar GB/ Pengetua/Guru-guru/ sekolah.

Bagi saya, sewajarnya ranking sekolah perlu (paling utama) fokus dan menjurus kepada menghasilkan pertandingan sihat antara semua murid/pelajar.

mpmn said...

menteri pelajaran org johor diganti pun oleh org johor. dua2 tak ngam. buat jelah kerja kita setakat yg boleh. jgn fikir sangat di mana kita berada.

Faris said...

Cop,
Berapa ranking sekolah kau? Aku setakat 1119 aje. Tak leh dapat SBT lah.

yusofsipan said...

haah mantan, tak tahu sehingga bila la boleh diubah kurikulum tu....

yusofsipan said...

mpmn,
ko nak tunggu org N9 jadi menteri pelajaran ke? hehe

yusofsipan said...

faris,
ranking aku lg best, banyak!...2555, hehehe

lagi ler sayup utk dpt ganjaran!!!

Aida Ali said...

Susah kita. Sangat exam oriented

yusofsipan said...

yela cikgu Aida, ingatkan exam oriented tu nak dimansuhkan rupa2nya semakin galak ler pulak!

binzain said...

bagus planning ko tu....tahun pertama biar rangking kite banyak,tahun ni pulun betul2,biar rangking naik baru terbeliak mata kementerian tengok sekolah ko.SKPM kita boleh atur markahnya,tapi keputusan upsr (GPS) bmana ye?skor komposit bergantung kpd :
GPS(70%) + SKPM (30%)= skor komposit.

kalu nak buat baja kompos tahu lah aku.heheheh