Thursday, January 14, 2010

promosi nkra

esok pagi bertempat di Dewan Pekembar, Pagoh, Muar akan diadakan majlis taklimat promosi NKRA pendidikan peringkat negeri Johor 2010, pakai baju kebangsaan sebab hari Jumaat, boleh bergaya macam nak pegi nikah, hehehe.... tp kalau dikeluarkan senarai sekolah2 negeri Johor mengikut ranking, 'potong stim' ler jawabnye.... huhu

8 comments :

Aida Ali said...

Selangor buat promosi NKRA tu Isnin dan Selasa depan. Yang pasti 100 SBT tu terletak di Lembah Klang esp; daerah Petaling..... Apa yang sekolah luar banadr dapat? Dapat "swimming pool" jelah.

ybs said...

ape makne "swimming pool" tu cikgu Aida? hehehe....

binzain said...

loh jangan buat andaian awal.
kami di sini dah buat dah taklimat tu.dato norizan bapoo hashim dan dr entah lupa plak namanya,dia tu pompuan bhg eprd yg bagi taklimat.

yg untungnya pra sekolah swasta kalu daftar dgn kjaan akan dpt RM10 000.guru2 plak akan diberi kursus 6 minggu percuma.

peruntukkan makanan pra dari rm1.50 ditambah ke rm1.80.kalu murid miskin akan dibantu yuran persekolahan sebanyak rm150 sebulan bagi swasta.

aku cadang bila pencen nanti nak buka kelas pra swasta la....untung banyak.

yg pasti aku bimbang bebudak pra sekolah kita akan lari ke swasta,sebab mind set parent, swasta lebih bagus walaupun kurikulumnya sama saja.

satu lagi linus,ada 12 konstruk yg perlu dikuasai oleh mm.bln 3,6 dan 9 akan diadakan saringan.kia2m bye-bye....entah nanti linus pula bye-bye.belum pun sempat terlaksana dah tukar plak.

mengenai sbt(sek.berprestasi tinggi),kalu ikut perancangan mmg cantik,akan diambil kira sek2 dipendalaman juga,cuma negeri2 atau kawasan2 yg siaida sebut tu tak diambil kira.kawasan elit mana boleh bertanding.

ba'aiah pula,nampak gayanya akan kurang la org nak jadi gb dan pengetua nanti.berat batu jembala yg nak dijunjung.takut tak capai dek kerana faktor2 keadaan persekitaraan.

Aida Ali said...

"Swimming pool" tu maknanya GB akan di"pool"kan kalau prestasi tak meningkat dalamasa 3 tahun. Banyak tu maklumat sibinzain dapat. Tq. Ada ke duit tu? Betul ke kawasan elit tak diambil kira dan tak boleh bertanding? Kan sekolah2 tu yang ranking bawah 100?? Apapun kita buat keje kita, betul tak? (Berapa banyak tanda soal daaa)

ybs said...

binzain,
yg aku diberi taklimat pagi tadi pun mcm tu ler.....

ybs said...

cikgu Aida,
ade dua sesi taklimat nkra pg td dan taklimat yg pertama disampaikan oleh Dr. Haji Zahri bin Aziz.... hehehe

jon said...

sesuai binzain nak buka pra sekolah bila dah pencen nanti..sb masa tu jd atuk..jaga cucu ..
apa pun trima kasih info yg baik..

ybs said...

jon,
aku nak bukak sekolah praperkahwinan, bole ke, murid2nya org tua2 mcm ko, hahaha.....