Saturday, January 30, 2010
Friday, January 29, 2010
komplen
petang semlm, teremosi ler pulak wife aku mencurah rasa ketidakpuasan terhadap beberapa perkara yg berlaku di sekolahnya, aku dengor jer la, antara yg disebutnya ialah ttg beban tugas dan guru ganti, tak adil katanya! aku susah ler nak komen sbb antara orang yg dia tak setuju tu ialah gb dia, member aku jugak! sabor jer la yg, kalau u rasa nak pindah sekolah nt i usahakan, hehehe....
berjangkit drp hangin tak baik aku agaknye!
berjangkit drp hangin tak baik aku agaknye!
Thursday, January 28, 2010
parking di ppd
pagi tadi aku ke ppd. jaga (seorang budak muda) tahan aku di gate dan beritahu yg tempat parking dah penuh, kena letak kereta di luar. alamak, jauh jugak ler nak berjalan.... apa nak buat terpaksa ler! ketika hendak memasuki pejabat ppd, aku ternampak ada satu parking kosong, geram jugak rasa di hati. aku rasa mcm nak jumpa jer jaga tu dan beritahu dia lain kali pastikan dulu sama ada betul2 tempat dah takde kosong dan kalau mungkin dia rasa dah penuh pun, apa salahnya beritahu "cubalah masuk dulu dan cari ada tak kosong, kalau takde silalah parking di luar...." kan elok kalau cakap mcm tu, mesra alam ler sikit! cuaca hari ini pun mmg agak panas, huhu....
Wednesday, January 27, 2010
planJ
Friday, January 22, 2010
meninggal dunia
sesungguhnya, Allah swt yang maha berkuasa ke atas segala sesuatu, yang menjadikan tujuh petala langit dan tujuh petala bumi dan juga yang menghidupkan dan mematikan kita....
EN Abdul Samad bin Abdullah, GPK KOKO sekolah aku telah menghembuskan nafas terakhirnya mlm tadi lbh kurang jam 10 mlm. Beliau dilahirkan pada 15 Mei 1955.
Al-Fatehah!
EN Abdul Samad bin Abdullah, GPK KOKO sekolah aku telah menghembuskan nafas terakhirnya mlm tadi lbh kurang jam 10 mlm. Beliau dilahirkan pada 15 Mei 1955.
Al-Fatehah!
Wednesday, January 20, 2010
beri sebab!
ini adalah sambungan cerita cikgu aku yg diarahkan bertukar dan setelah puas merayu2 akhirnya berjaya. pertukarannya dibatalkan tp hanya dimaklumkan oleh penyelia di ppd secara lisan jer (hitam puithnya menyusul kemudian) dan mungkin belum diberitahu pd sekolah yg menerima pertukaran tsb. dua hari lepas aku terima surat drp gb sekolah berkenaan (guna kepala surat sekolah) yg ditujukan kpd guru tsb, melalui dan salinan kpd aku meminta diberikan sebab2 di atas kegagalan utk melapor diri di sekolahnya. aku rasa lain dan mcm tak kena jer....!!!
Thursday, January 14, 2010
promosi nkra
esok pagi bertempat di Dewan Pekembar, Pagoh, Muar akan diadakan majlis taklimat promosi NKRA pendidikan peringkat negeri Johor 2010, pakai baju kebangsaan sebab hari Jumaat, boleh bergaya macam nak pegi nikah, hehehe.... tp kalau dikeluarkan senarai sekolah2 negeri Johor mengikut ranking, 'potong stim' ler jawabnye.... huhu
Monday, January 11, 2010
bercuti
hari ini dan esok aku bercuti, tgh hari nt nak hantar anak balik jb. Leher dan bahu kanan ni rasa tegang jer pulak, 'salah bantal' la agaknya! Emak nak ikut sekali, mungkin singgah rumah abg ngah di tebrau dan aku cadang balik hari sbb bwk si aisyah, dia tak nak tuang kelas, esok aku rehat jer la kat rumah, hehe....
Thursday, January 07, 2010
lelaki tak berkualiti?
aku ada seramai 4 orang pekerja swasta, dua lelaki dan dua perempuan bagi kerja2 pembersihan bangunan dan kawasan sekolah. Seorang pekerja lelaki telah berhenti kerja pada hari pertama sekolah dibuka tanpa notis kpd syarikat dan juga pihak sekolah. Ada yg kata krn berkecil hati. Smlm bos syarikat datang utk berbincang dan mohon utk menyediakan hanya seorang pekerja lelaki dan yg lainnya perempuan. Katanya susahlah nak cari pekerja lelaki yg baik, rajin dan tidak mencuri tulang! Wahai saudara2 lelakiku yg perkasa dan budiman, ke manakah dikau menghilangkan diri? huhu....
Wednesday, January 06, 2010
ranking
mulai semalam, kita dapat tahu dah ranking sekolah kita masing2, korang rasa macam mane erk? Seronok ke sedih? Teringat semasa aku bersekolah menengah dulu, amalan ranking dan streaming memang begitu dominan sekali. Semasa di form 4, honeymoon year, masa nak naik kelas form 5 aku rasa tersgt risau krn bimbang tak dpt masuk form 5A. Rasa takde mood la kalau tak dpt masuk ke kelas terbaik. Dalam tahun2 1990an amalan ini telah mula dimansuhkan dan nama kelas pun ditukar supaya pihak ibu bapa khasnya tidak dpt mengenalpasti kelas dari segi rankingnya. Kini amalan tersebut dihidupkan semula..... ranking sekolah di peringkat nasional lagi!
Monday, January 04, 2010
bukak sekolah
bermulalah sesi persekolahan bagi tahun 2010 tetapi perhimpuan di dataran terbuka tidak dpt diadakan kerana hujan gerimis, terpaksalah berpindah ke dewan yg belom bape siap dibaikpulih. pemantau dr ppd datang dan melihat p&p yg sedang berjalan di setiap kelas. alhamdulillah semuanya beres! namun pd tgh hari, senak perutku menahan geram ketika berbincang mengenai masalah pengurusan....huh!
Friday, January 01, 2010
tahun baru
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)