Tuesday, March 31, 2009

transformational leadership

pagi ini, ceramah ttg transformational leadership telah disampaikan oleh Dr Mohd Yusof bin Mohd Noh, pensyarah dr IAB Induk. Ceramah yg menarik dan jelas penyampaiannya. Mudah2an dpt diamalkan di sekolah dan memberi manfaat yg sebanyak2 khasnya kepada 'student learning outcomes'

5 comments :

mantan said...

bia-bila pun boleh sof...

Faris said...

Sop,
Mana hilang S nya. Sepatutnya ejaan transformational. So, kau kena transform seberapa segera. Sama tak dgn Nazirmudin beritahu kita semasa belajar di UPSI dulu ke tak?

mantan said...
This comment has been removed by the author.
mantan said...


Cikguyusof,
TL, topik yang saya minati. Sof, ni ada sedikit nota ringkas (ada kaitannya dengan TL). Untuk jamah je.. Mungkin boleh mencetuskan idea yg lebih besar.

DIMENSI KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL

MEWUJUDKAN IKLIM SEKOLAH

3 DIMENSI
• Mendefinisikan misi sekolah • Mengurus program instruksional • Mewujudkan iklim pembelajaran positif
Hallinger & Murphy (1985)

IKLIM SEKOLAH
Norma dan sikap GURU & PELAJAR yang mempengaruhi proses pengajaran & pembelajaran di sekolah. Iklim sekolah yang positif menjadikan guru & pelajar mahu menghabiskan masa yang agak panjang di sekolah dan berasa seronok berada di situ. Hallinger & Murphy (1985)

PEMIMPIN INSTRUKSIONAL

SIAPA PELANGGANNYA?
MODUL MENYEDIAKAN INSENTIF DAN GANJARAN PEMBELAJARAN


INSENTIF & GANJARAN BERKAIT DENGAN KEPERLUAN (PIRAMID MASLOW)

SEMPURNA KENDIRI& PENGHARGAAN KENDIRI

KEPERLUAN KASIH SAYANG

KEPERLUAN KESELAMATAN KEPERLUAN FISIOLOGI
Keperluan mengikut Hierarki Maslow.
Rujuk Sumber : Glover, J.A. dan Brunning, R.H., Educational bPsychology, Principles and Application, Scott, Foresman & Co., 1990.

KEPERLUAN FISIOLOGI
Apa yang diperlukan untuk diri atau fizikal seseorang (makanan, minuman, tempat belajar)
Keperluan paling asas

Contoh : Pelajar kurang zat makanan tidak dapat tumpu pada pelajaran – jejas kesihatan. Guru perlu beri perhatian/ambil berat kepada tanda-tanda kekurangan fizikal ini.

KEPERLUAN KESELAMATAN
Merupakan keperluan untuk merasakan diri lebih selesa dan dilindungi
Keperluan lumrah bagi setiap yang bernyawa
Contoh : - Keselamatan di dalam kelas, makmal, padang
Pelajar akan merasa lebih selamat dan dapat tumpukan perhatian sepenuhnya kepada pelajaran.

KEPERLUAN KASIH SAYANG
Contoh : Perlu diwujudkan hubungan baik dan mesra antara pelajar dengan pelajar dan antara pelajar dengan guru.
Pelajar akan berasa terganggu/emosi tidak stabil jika dalam kelas berlaku pertengkaran apatah lagi jadi lebih tegang apabila dimarahi guru.
Keperluan untuk memperoleh hubungan yang mesra, intim dan sayang menyayangi .

KEPERLUAN PENGHARGAAN KENDIRI
Cara boleh dilaksanakan di sekolah : Sediakan aktiviti yang membolehkan mereka berdamping dan saling mendampingi.
Apabila diterima, murid dapat berinteraksi postif dalam kumpulan .
Penerimaan guru penting untuk membina keyakinan diri.
Penerimaan rakan sebaya penting untuk rasa tidak tersingkir
Berkaitan dengan penerimaan oleh orang lain terhadap diri seseorang pelajar

KEPERLUAN PENYEMPURNAAN KENDIRI
Berikan ruang pelajar untuk memenuhi keseluruhan kesempurnaan kendirinya
Berkaitan dengan apa yang seseorang itu boleh jadi dan ia mesti jadi iaitu potensinya dilahirkan
Contoh : - Kebebasan memilih aktiviti kokurikulum diminati
- Rancangan belajar yang bebas dan fleksibel
- Ada sesi bimbingan

SEMPURNA KENDIRI PENGHARGAAN KENDIRI

KEPERLUAN KASIH SAYANG

KEPERLUAN KESELAMATAN KEPERLUAN FISIOLOGI
Keperluan mengikut Hierarki Maslow. (Hierarki asal adalah tidak termasuk Keperluan mengetahui dan estetik)
Sumber : Glover, J.A. dan Brunning, R.H., Educational bPsychology, Principles and Application, Scott, Foresman & Co., 1990.


INSENTIF & GANJARAN DI RUMAH

INSENTIF & GANJARAN DI SEKOLAH

KEPELBAGAIAN INSENTIF DAN GANJARAN

Dari segi terminologinya insentif bermaksud perangsang, penggalak dan pendorong. Glasser (1969)
INSENTIF merupakan perkaraperkara yang diwujudkan untuk memberikan galakan, dorongan dan stimulasi kepada seseorang untuk mencapai sesuatu matlamat atau sasaran.

GANJARAN
mengikut Kamus Dewan : bermaksud sebagai hadiah (untuk perbuatan baik dan lain-lain). Menganjari pula bermaksud membalas jasa dengan hadiah yang diberikan kepada seseorang secara individu atau kumpulan.

TUJUAN INSENTIF & GANJARAN
Alat penggerak kepada perlakuan untuk membangkitkan tindakantindakan ke arah positif. Meningkatkan motivasi pelajar/guru Menghargai/mengiktiraf sumbangan pelajar/guru

INSENTIF PEMBELAJARAN
Pelajar yang tidak pernah ponteng sekolah akan diberi kemudahan meminjam buku lebih di perpustakaan
Pelajar-pelajar yang dapat meningkatkan pencapaian peperikaan mereka akan dinaikkan ke kelas yang lebih baik.
 Pasukan bola jaring sekolah akan di diberi insentif makan percuma di tempat istemewa jika mendapat Johan di peringkat daerah.

GANJARAN PEMBELAJARAN

Contoh-Contoh : Ganjaran sosial Pujian lisan, surat penghargaan, ucapan terima kasih, hadiah, berjabat salam, pujian dan surat berita, diminta pendapat, katakata dorongan dan lain-lain.

Ganjaran simbolik (pemberian yang memberi nilai dan makna kepada penerimanya) Trofi, hadiah peribadi, dijemput makan bersama pengetua dan sebagainya.

Ganjaran kewangan Hadiah wang, diskaun membeli barang di koperasi sekolah dan lain-lain.

CONTOH : PELAJAR CEMERLANG BERGAMBAR BERSAMA PEMIMPIN

CONTOH : KEJAYAAN PELAJAR DIPAPARKAN DI PAPAN KENYATAAN SEKOLAH

GANJARAN MATERIAL

PERTANDINGAN PELBAGAI KATEGORI PELAJAR

PERSONAL TOUCH

KEPELBAGAIAN ANUGERAH

PENGGUNAAN MEDIA

KEMUDAHAN & PERKHIDMATAN

DISKUSI DGN IBU BAPA & PELAJAR

PENEROKAAN POTENSI & PELUANG PELAJAR

POSITIF REINFORCEENT

GANJARAN PSIKOLOGI


APAKAH YANG DITEROKA DI SEKOLAH ?
Peranannya untuk mencapai iklim yang humane di sekolah.
Shoemaker & Fraser (1981) `What Can Principles Do’. Phi Delta Kappan (178182)

Rasa puas hati di kalangan guru dan pelajar (menikmati sekolah sebagai tempat untuk bekerja atau belajar dan mendapat ganjaran atau insentif melalui penglibatan dalam aktiviti sekolah dan merasai dirinya berharga dan dihargai)

IKLIM SEKOLAH SEBAHAGIAN ELEMEN KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL INSENTIF & GANJARAN SUB ELEMEN MEWUJUDKAN IKLIM SEKOLAH

-Jika diterapkan, KEKALKAN. • Jika masih belum, MULAKAN. • Jika perlu ditingkatkan, TERUSKAN. DEMI KECEMERLANGAN KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL

yusofsipan said...

cikguWahab, jutaan terima kasih daun keladi...

Melakukan transformasi mmg merupakan suatu tuntutan!