Saturday, March 07, 2009
KBSR kpd KSSR
Sistem pendidikan negara kita akan mengalami transformasi pada tahun depan dengan pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah untuk Tahun 1.
Tahap 1 sekolah rendah (Tahun 1 - 2) akan tertumpu kpd penguasaan 4M (membaca, menulis, mengira & menaakul) dan kemahiran ICT, perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, kognitif, sikap dan nilai. Sementara Tahap 11 sekolah rendah (Tahun 3 - 6) an tertumpu kpd pengukuhan dan aplikasi 4M, kemahiran asas ICT, perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, sikap dan nilai.
Bersedialah utk berubah!
(sumber: taklimat Pelaksanaan kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) & Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) di Kuantan, 4-5 Mac 2009)
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
6 comments :
Cikguyusof,
Saya percaya semua guru sudah bersedia untuk berubah daripada 3M(dulu) kepada 4M.
Saya tidaklah arif sangat tentang KBSR sebab hanya terlibat secara langsung dengan KBSM. (Saya hanya menerima produk KBSR untuk diserapkan KBSM pula).Sekarang KSSR (komponen menaakul di tambah di sampung 3M)
Dulu tahap 1 (Tahun 1-3) dan tahap 2 (ahun 4-6). Sekarang tahap satu (Tahun 1-2) dan tahap 2 (Tahun 3-6).
Ketika pelaksanaan KBSR dulu, tahap 1 (tahun 1-3) ialah untuk penguasaan kemahiran-kemahiran asas, manakala tahap 2 (tahun 4-6) ialah bagi pengisian ilmu selepas penguasaan kemahiran asas.
Dalam proses pelaksanaan itu ada pula program intervensi apabila masih ada pelajar yang tidak menguasai kemahiran asas KBSR, apatah lagi pengisian ilmu pada tahap dua. (Ketika itu masih ada murid yang masuk ke sekolah menengah tetapi tidak menguasai asas kemahiran 3M).
Dulu sibuk juga orang memperkatakan kegagalan sistem KBSR dan KBSM. Tetapi sekarang tidak lagi.
Orang sibukpula memperkatakan tentang kegagalan PPSMI.
Nanti bagaimana pula jadinya.
Cikgu yusof berubah ke arah kebaikan, tidak menjadi masalah.Jangan perubahan yang mampu membawa kerugian.
Namun KSSR ini saya tidak pasti bagaimana. Dan diharapkan kali ini kita dapat mengatasi masalah penguasaan kemahiran asas yang masih berlaku di sana sini.
berubah jangan tak berubah...ubah lagi, ubah lagi...jangan tak ubah
salam pg... berubah ttg bab ICT tu mm tera setuju sgt... cabaran buat para otai tuh, kena celik dulu sblm anak2 celik... hehe
mekasih cendanawangi, cikgusazili, kembarakelana dan tera krn komen2 kalian!
Cikgu Yusof, thanks for sharing the good info.
Post a Comment