Saturday, March 21, 2009

gpk

Seorang kenalan menelefon aku menceritakan mengenai gpk2nya yg tidak sehaluan dgnnya. Memang sering berlaku GB dan GPK tidak sekepala... Di samping kerja2nya yg tidak begitu perform, gpk juga sering tidak dpt mengikut rentak dan tari GB. GB pening kepala, guru2 biasa berasa tidak selesa bekerja dan murid2 terabai sama. Bagaimanakah sekolah nak maju dan cemerlang jika pihak pentadbirnya sendiri tidak bersatu hati?

Apabila ditanya bagaimana cara aku mengatasi masalah dgn gpk, aku sekadar mampu menceritakan sedikit pengalamanku yg mungkin tidak relevan dgn masalah yg sdg berlaku di mana2 sekolah....

6 comments :

Anonymous said...

salam... pecat je gpk tu, ganti tera... hehe, selesai masalah.

apepun mmg susah le kalau tk sekepala kn, apepun kena bincang dgn hati trbuka, kalau pendam je terbuku dlm hati lama2 suk kena darah tinggi, lg susah

mantan said...


cikguyusoff,

memang akan timbul masaalah jika GB dan GPK tak sehaluan. Kadang-kadang heran juga kenapa jadi sampai macam tu. Itu kena selesai segera. Jika tidak, nanti ramai yang menjadi mangsa, terutamanya murid-murid.

Dalam kalangan yang terlibat dengan pengurusan/ pentadbiran di sekolah, mesti mempunyai halatuju yang jelas dan sentiasa bersama menjayakannya. Emosi dan sikap perlu dikawal/diurus supaya semuanya rasional dan positif.

Jika tidak, hancussssss...

Anonymous said...

Cikgu yusof,

Penyelesaian masalh tak sekepala terlalu subjektif....masing-masing punya cara.Ada orang kata, pecat je ganti dengan dia dan mungkin ada orang kata belasah je !

Tapi yang penting kopi...so nice ! Terima kasih cikgu Yusof kopi dan buah tangan yang diberi. Sampai je kat rumah tak tunggu 10 minit terus bancuh kopi tu. Terima kasih daun keladi cikgu Yusof.

Hari konvo tu sempat lah berjumpa sekejap, selepas itu masing-masing keadaan tidak mengizinkan.Insya Allah kalau ke rompin jemput ke rumah tak yah sewa hotel, penginapan percuma.

chehassan said...

Isu ini bukan perkara kecil dan boleh didiskusikan. Ada banyak sebab, antaranya; sebab perangai manusia yang pelbagai (baik gb mahupun pk), salah pilih orang (ada yang tak layak (baik gb mahupun pk), ilmu dan amal ( tak ada ilmu, mcm mana nak mengamal). Pada saya kdua-duanya kena cermin diri. Apapun sebagai GB, sebab jadi no 1, kena main peranan yang terbaik. Sebagai pemimpin, kena serba boleh, barulah disegani dan diikuti. Kalau hanya nak tunjuk kuasa semata-mata, PK yang baik dan hebatpun, jadi kelam kabut. Pengalaman saya jadi PK, (selama 12 th, P. Petang, PKKO, PKHEM dan PK1) saya jumpa macam2 pesen GB, hanya berapa kerat sahaja pada saya yang sangat hebat dan benar2 layak jadi GB. JPN pun kena main peranan untuk lantik GB. Bukan hentam kromo. Jdi GB hari ini, bukan macam dulu lagi, main arah orang buat itu dan ini. GB sepatutnya tunjuk contoh dia lebih baik drp guru dan PK dalam semua aspek (bukan menunjuk2).

Anonymous said...

Kadang2 pentadbir kena juga mencermin diri jika pk dan guru2 tidak sehaluan...cerminan diri itu yang pertama sebelum merungkai masalah...di mana-mana ada masalah. Adalah bermasalah apabila orang lain bermasalah disebabkan kita.

yusofsipan said...

tera,
brutal jugak tindakan tu, lebih2 lg kalau diganti dgn tera, lg ganaz kot...

cikguWahab,
saya sendiri sehingga kini telah menjadi GB di 4 buah sekolah dan semua GPK lebih tua drp saya. Mereka sentiasa saya 'tua'kan dlm membuat sebarang keputusan dan 'respect' mereka. Namun masalah tetap ada dan pernah dua org GPK saya dilayangkan 'kad merah'. Mereka bukan sahaja tidak sehaluan malah tidak mempunyai hubungan baik dgn guru2 lain.

CikguSazili,
memang memeningkan kepala... biasanya PPD akan mengambil tindakan menukarkan mereka sama ada GB atau GPK tapi selalunya GPK yg akan ditukarkan...
Kopi tu sbg kenangan persahabatan kita di alam cyber. Stok kopi banyak lagi tapi di kedai ler, hehe... InsyaAllah kalau berjalan ke rompin saya akan singgah ke rumah cikgu. Saya ada adik perempaun berkahwin dgn org endau dan tinggal di sana.

cheHassan,
betul ler tu, ketua sepatutnya yg terbaik tapi almaklum ler kebaikan yg ada tak sebanyak mana ketika diberi jawatan....

mendewa,
bukan kekadang.., mmg selalu kita kena cermin diri dan muhassabah! Salahkan diri sendiri sebelum menyalahkan org lain...