Wednesday, March 11, 2009

ambil jubah

hari isnin lepas, aku dan wife ke upsi. Bertolak sebelum magrib. Singgah di Tesco Melaka dan berhenti solat di Masjid Paya Datuk, Alor Gajah, masjid yg sering kusinggahi ketika berulang-alik ke Tg Malim dulu. Sejak ogos tahun lepas tidak lagi ke upsi dan perjalanan mlm itu terasa jauh. Singgah di R&R Dengkil, rehat dan tertidor... Teruskan perjalanan dan selamat tiba hampir jam 2.00 pg, terus saja ke masjid Tg Malim dan berehat dalam kereta jer...

bawa wife pusing2 Tg Malim sambil kucari jejak2 sendiri...

Sempat shopping di pasaraya Behrang 2020, pasaraya koboi!

Lebih drp 15 org kekawan yg dtg ambil jubah semalam. Selamat berkonvo!

9 comments :

Cikgu Faizah said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

cikgu yusof
tahniah dapat ijazah...saya ambil jubah tadi....jelaskan bayaran photo juga...singgah kejap di Rawang rumah Bonda. Masa singgah di kedai Kak Yang makan tengahari rasa macam nak pergi ke kuliah petang pulak....sebab persekitaran di situ mengimbau kesibukan kita berulang alik antara Proton City dan dewan kuliah.
Semoga cikgu yusof bergembira bersama keluarga di hari konvo!

Naa..a said...

tahniah, nanti masa rehersal praktis betul2. nnti tersalah hulur tangan plak. sblum cikgu naik pentas, biasanya ada bunyi nafiri kalau kat utm, pastu nyanyi lagu u, masa tu tgoklah adengan sedih, tgok mata kwn, masa tu segala perit jerih spanjang pembelajaran terimbas. Pasti cikgu akan melaluinya...gd luck.

mantan said...

Cikgu Yusof,
Selamat konvo. Ambil gambar banyak-banyak.

yusofsipan said...

seri, mekasih dan tahniah buat seri jugak! Saya hari tu sempat beli nasi di warung abuya, sambil jumpa kaklong sekali, hehehe

cikguRosnah, mekasih. Rehersal pd ahad akan datang. Teruja jugak ni, tamat belajar di maktab dulu tak pegi amik sijil, semasa buat diploma pengurusan di IAB pun tak pegi konvo, kira first time pegi konvo ni!

cikguWahab, mekasih. Saya beli gambar yg diwajibkan jer, yg lelain amik sendiri la, la ni jubah pun dah ada kat rumah, bole ler berposing sakan!

kembara kelana said...

tahniah sop, kau dapat segulung ijzah, kau dah dapat jubah dah, aku tak dapat apa apa lagi..tahniah labu, kerana kau berjaya, tahnaih burung jampuk kerana bermata bolong

Anonymous said...

ye la... tera pun nak ucapkan tahniah, akhirnya berjaya juga... tera dh lepas, rasa mcm nk sambung lg.. moh blaja sama2

Hafiey Nur said...

Tahniah! Selamat bergraduat.

Sila ambil hadiah graduation anda di blog saya.

Anonymous said...

Cikgu Yusof,

Tahniah saya ucapkan. Semoga tidak terhenti setakat ijazah pertama. Teruskan buat sarjana selepas ini. selepas itu buat Pd. Semoga akhir nanti akan tertera nama Dr Yusof Sipan Guru Besar SK Pinang Seribu.Dah tak jauh cikgu, dua langkah saja lagi - sikit beno je lagi !!