Friday, September 26, 2008

duit raya

Mulai esok sekolah akan bercuti selama lebih kurang seminggu bagi menyambut hari raya. Seronok ler murid-murid...... dan guru-guru pun apa kurangnya! Masuk jer minggu terakhir puasa ni, bilik guru jadi macam pasar ramadhan ler pulak, sibuk dengan urusan jual beli kuih muih dan barang2 lain yang berkaitan......

Sebelum balik hari ini, murid2 akan diberi duit raya dan anak2 yatim akan diberi sumbangan khas. Alhamdulillah, ramai guru dan staf yang menghulur sumbangan. Mudah2an bertambah berkat la rezeki anda semua, amin!

Wednesday, September 24, 2008

Taklimat Pemantauan Akhir @ Awal Tahun

Taklimat diadakan di SJK (C) Pu Nan, Bakri, Muar. Kali pertama aku menjejak kaki di sekolah ini dalam keadaan hujan renyai-renyai. Patut ler sebelum zohor tadi aku rasa kepala aku pening semacam, rupa2nya kena hujan, antibodi dah lemah, maklum ler dah tua.....

Terasa masa berlalu begitu pantas, sedar tak sedar dah nak hampir hujung tahun dan persiapan telah mula dibuat untuk menghadapi tahun hadapan. Usia kita menjadi semakin berkurangan dan saat untuk meninggalkan dunia ini semakin hampir. Bagaimana dengan persediaan untuk kembali ke alam yang kekal abadi???

Friday, September 19, 2008

audit kurikulum

Pagi tadi aku hadiri mesyuarat audit kurikulum bagi tahun 5 berdasarkan UPPM 3 bagi daerah Muar. Kata Penolong PPD Akademik, ini adalah sebagai persediaan awal untuk mengekalkan kedudukan Muar no. 1 di Johor. UPPM 4 (Peperiksaan Akhir Tahun) akan diadakan mulai pada 20 Oktober dan keputusannya nanti akan dijadikan sebagai TOV untuk calon2 UPSR 2009. Ibarat perlumbaan kereta formula one, kita mestilah berusaha mendapatkan petak di hadapan dan akan terus memecut dan mengakhiri perlumbaan sebagai juara!

Thursday, September 18, 2008

shooting utk eduwebtv

Pada hari ini sekolah didatangi oleh syarikat penggambaran yang ditugaskan untuk membuat penggambaran P&P oleh Tn Hj Mohd. Esa Arbaai, guru cemerlang, temubual dengan murid-murid, guru-guru dan juga guru besar. Penggambaran juga meliputi bilik-bilik khas dan persekitaran sekolah.

Lawati eduwebtv di http://www.eduwebtv.com/index7.php

Monday, September 15, 2008

bubur lambuk

Sesiapa yang berminat untuk memasak sendiri bubur lambuk, cuba ler resepi ini:

Resipi : Bubur Lambuk Chef Sabri
Penyediaan: 200 orang
Masa penyediaan: 3 jam

Bahan:
3 kg Beras - di bersih berasingan
20 lit Air
10 cawan Minyak Masak
8 kg Daging - di kisar ( Minced Meat )
2 kg Sayur campur dingin beku ( Frozen mixe vegetables )
2 cawan Bawang Putih - di kisar
6 cawan Bawang Merah - di kisar
1 cawan Halia- di kisar
3 btg Serai - di kisar
3 cawan Buah keras - di rendam dan di kisar
3 helai Daun Pandan
1 cawan Daun Kari
2 sudu makan Buah Pelaga
2 sudu makan Kulit Kayu Manis
2 sudu makan Bunga Lawang
1 sudu Makan Bunga Cengkih
1 cawan Serbuk Jintan Manis
1 cawan Serbuk Jintan Putih
1 cawan Serbuk Lada hitam
2 cawan Serbuk rempah sup/ kormah
5 lit Santan Pekat
8 kuib serbuk pati daging
2 cawan Garam/secukup rasa
1 cawan Gula
3 biji Air Limau nipis

Hiasan: Bawang Goreng dan Daun bawang di hiris

Cara:
1. Bancuh serbuk jintan manis, jintan putih,ketumbar,lada hitam,serbuk rempah dengan 8 cawan air ,kacau hingga sebati.
2. Panaskan minyak,tumis bawang putih, halia, bawang merah, serai, daun pandan, daun kari,buah pelaga,bunga cengkih,bunga lawang hingga naik bau.
3. Masukan bancuh rempah dan kacau hingga pecah minyak.dan masukan air.
4. Masukan beras,serbuk pati tulang, kemudian kacau hingga mendidih dan biar renih hingga nasi menjadi bubur.
5. Masukan santan,buah keras,air limau dan biar renih selama 3o minit.
6. Akhir sekali masukan sayur-sayuran,garam dan gula secukup rasa.

Tip : Ada boleh tambah kerisik jika nak ubahkan rasanya.

Selamat mencuba!!!

niat

Semalam, selepas zohor aku dan keluarga ke bandar kerana menghantar anak bujang ke stesen bas untuk balik ke sekolah teknik Melaka. Isteri mencadangkan supaya balik nanti singgah di masjid yg ada menyediakan bubur lambuk, teringin katanya dan aku pun memang berhajat jugak nak memgambilnya. Setelah menghantar anak dan singgah di dua buah bazaar pakaian, masa masih lama lagi untuk menunggu masuknya waktu asar. Isteri kata kita balik sajalah dan ini bermakna terbatallah rancangan nak ambil bubur lambuk. Aku pun memandu pulang....., dah takde rezeki hari ni nak berbuka lambuk kan? Selepas solat asar aku balik ke rumah dan dari kejauhan kelihatan kereta jiran di depan rumah aku. Sejurus keluar dari kereta, dia lantas menghulur dua bungkusan; bubur lambuk, hadiah untuk jiran2, ada hajat sikit katanya....., masyaAllah, hajat kami dimakbulkan ALLAH SWT!!!

Sunday, September 14, 2008

niat jer . . .

Seorang jumpa aku dan bercerita; sepanjang bulan Ramadhan ni (yang dia ingat) dah tak kurang drp 2 kali niat/hajatnya terkabul. Pertama, pada suatu petang ketika membeli juadah di pasar Ramadhan, tergerak hatinya nak makan murtabak, nampak macam sedap jer tapi apabila memikirkan yg makanan sedia ada dah banyak maka tak ler jadi beli. Namun sebelum waktu berbuka, seorang kawannya telah datang ke rumah dan telah memberinya dua bungkus makanan. Bungkusan pertama berisi karipap dan bungkusan kedua........ sekeping murtabak!!!!

Kedua ialah pada suatu hari selepas solat asar dan dalam perjalanan balik ke rumah teringat dan teringin pulak nak makan bubur lambuk. Terdapat sebuah masjid yg memang setiap Ramadhan menyediakannya percuma. Oleh kerana tiada bekas, dia telah singgah di kedai dan membeli bekas plastik. Bergegas ke masjid tersebut kerana telah agak lewat dan malangnya bubur lambuk telah kehabisan. Dah takde rezeki! Sewaktu menikmati hidangan berbuka puasa, abang iparnya tetiba datang membawa semangkuk (bekas plastik yg sama seperti yg dibelinya tadi) bubur lambuk...... SubhanALLah!!!!

Kekawan pernah ke mengalami kejadian seperti ini?

Thursday, September 11, 2008

pertukaran guru

Pertukaran guru antara negeri secara online telah dibuka sejak 1 September dan akan berakhir pada 30 September ini. Sesiapa yang berhajat, silalah memohon....

Wednesday, September 10, 2008

semalam dan esok

spot tajuk

Terima kasih pd kekawan yg kirim spot tajuk utk beberapa subjek upsr. Pagi ini pun masih ada yg hantar, 99.9 true katanya.... terima kasih terima kasih. Tadi ada seorang guru tahun 6 yg beritahu; tak keluar pun tajuk spot semalam tu.... Aku kata; dah nama pun ramalan kan, kalau tak betul, salah ler....

Tuesday, September 09, 2008

upsr, 9 - 11 Sept

Murid-murid tahun 6 akan menduduki UPSR mulai hari ini hingga 11 Sept. Semalam, sebelum balik aku memberi pesanan sedikit kepada mereka. Mudah2an mereka berjaya cemerlang.

Monday, September 08, 2008

upsr

Pagi ini takde apa sangat isu yang aku cakapkan dalam perhimpunan mingguan. Cuma aku mengambil kesempatan mengucapkan selamat menduduki upsr kepada murid-murid tahun 6 yang seramai 42 orang itu. Mudah-mudahan dapat menjawab dengan tenang dan buat sehabis baik!

Friday, September 05, 2008

SBP

Pihak sekolah sedang menguruskan permohonan kemasukan ke tingkatan satu di sekolah2 berasrama penuh. Aku teringat kisah lebih kurang 30 tahun dulu. . . . selepas mendaftar nama dan menjalani orientasi di asrama (teruk jugak orientasinya, pagi2 subuh disuruh berkokok dan kemuncaknya ialah 'mandi SDAR' - dijirus dengan air rendaman pakaian yg dah berbau), aku pergi jumpa Naib Pengetua minta balik semula ke sekolah asal. Aku hanya sempat berada di Sekolah Datuk Abd. Razak, Seremban itu selama lebih kurang 10 hari saja. Antara sebab utama aku tak mahu teruskan belajar di situ ialah kerana melihat kepada cara study pelajar2 tingkatan 6 yang macam tidak bersungguh2 pada hal ketika itu aku begitu bersemangat untuk menempah tempat di universiti. Aku telah membuat satu keputusan yg cukup besar dalam hidup aku ketika berusia 18 tahun dan kisah itu masih segar di ingatan. . . .


http://www.sdaronline.edu.my/sdaronline/

Thursday, September 04, 2008

rumah guru

Aku hadir dalam mesyuarat JK Penempatan Rumah Guru bagi daerah Muar petang semalam. Di sekolah aku terdapat dua unit rumah guru yang berusia lebih tua daripada aku. Rumahnya dua bilik dan telah dibaikpulih tahun lepas, ok jugaklah.... bagi keluarga kecil, lebih2 lagi orang bujang. Sebenarnya permintaan untuk menduduki rumah guru adalah rendah. Ramai jugak yang tidak mahu mendudukinya kerana imbuhan tetap perumahan akan dipotong dan COLA hanya layak separuh saja. Besar jugak amaun tu kan....??

Wednesday, September 03, 2008

murtabak

Semalam, hari kedua berpuasa, aku layan anak perempuan aku yang berumur 7 tahun membeli makanan. Dia teringin sangat nak makan murtabak, sekeping boleh habis katanya. Aku pun pergilah ke gerai murtabak yang selalu aku kunjungi apabila tiba bulan Ramadhan, nun di hujung kampung. Rupa dan rasanya memang menyelerakan. Terasa ringan dah mulut aku nak bertanya berapa harganya selepas membuat 'order' tapi tak jadi, biarlah.... berapa-berapa pun aku bayarlah....bukan selalu membeli kan? Apabila sampai di rumah, selepas isteri aku bertanya berapa harga murtabak itu, baru aku sedari bahawa harganya telah naik 50 sen berbanding pada tahun lepas. Aku sebenarnya dah lupa harga murtabak itu pada tahun lalu. Boleh tahan jugak naiknya tu!!!

Tuesday, September 02, 2008

pasar ramadhan

Petang semalam aku ke pasar ramadhan berdekatan rumah mak mertua aku, punya ler ramai orang, nak berjalan pun susah...... kelihatan macam orang lebih ramai dari makanan. Kata penjual kat situ; biasa ler bang, hari pertama puasa...... (layan nafsu...). Aku cari kuih yg wife aku pesan pun tak jumpa, dah habis......... last2 aku beli kurma dan ABC bungkus jer.