Friday, November 25, 2016

Sejarah Kedatangan Orang Jawa Ke Johor

Rakyat Johor terdiri dari pelbagai suku Melayu. Yang domain ialah suku Jawa sehingga ada yang masih pekat atau totok. Meskipun begitu,  tidak semua berasal-usul dari keluarga marhein dari Pulau Jawa. Ada yang terdiri dari golongan berpendidikan tinggi agama, pendakwah dan juga petani yang berjaya. Tetapi kerana keluasan tanah terhad di Pulau Jawa maka mereka pun berhijrah ke Negeri Johor.  Kini, mereka adalah rakyat Johor yang berjaya dan maju dengan hasil perkebunan. Kebanyakan anak mereka berpendidikan tinggi dan menjawat perkhidmatan awam negeri Johor dan Persekutuan.

Thursday, November 24, 2016

cendawan kukur

- macam mane jual cendawan ni...?
- 100gram = rm4
- hah???!!!
- sekilogram = rm40?????
- bior betollll
- (berlalu, tak jadi beli, lagi pun isteri takde pun bg tahu terngidam ke nak makan cendawan kukur....hihi)




Wednesday, November 23, 2016

hidangan kegemaran - siakap stim

Bahan-bahan :
1 ekor ikan siakap (disiang dan dibersihkan)
6 ulas bawang putih (dihiris halus)
2 inci halia (dihiris halus)
2-3 biji limau nipis (ambil jusnya)
1 sudu makan sos ikan
sedikit air
garam
hirisan daun sup
3-4 biji cili api (dihiris/diketuk)

Cara-cara :
Sediakan pengukus. Jerangkan airnya.
Lumurkan ikan dengan garam secukupnya dan letak di dalam bekas tahan panas.
Kemudian taburkan bawang dan halia yang sudah dihiris tadi di atasnya. Kukus sehingga 1/2 masak.
Setelah itu, masukkan sos ikan, sedikit air, cili padi dan jus limau nipis. Kukus lagi hingga masak.
Setelah masak, taburkan daun sup dan biarkan ia merenih sebentar.
Hidangkan bersama nasi putih.


Thursday, October 13, 2016

anak2ku vs anak2 Hj Sipan

                                         1. RUQAYYAH (1986)
                                         2. MUHAMMAD QASIM (1988)
                                         3. UMMU KHAIR SALMAH (1989)
                                         4. IBRAHIM (1991)
                                         5. FATIMAH AZ-ZAHRAH (1992)
                                         6. SITI SARAH (1996)
                                         7. AISYAH ARIFAH (2001)


                                          1. RAHMAT
                                          2. SELAMAT
                                          3. HASHIM
                                          4, ITHNIN (telah meninggal dunia)
                                          5. ZALEHA (meninggal semasa kecil)
                                          6. RUGAYAH
                                          7. HAMIDAH
                                          8. YUSOF
                                          9. SAPIYAH
                                         10. JAAFAR
                                         11. RAHMAH
                                         12. ARIS
                                         13. NUR KHAIRUL NISAQ (anak angkat)

Monday, July 04, 2016

fakta yg benar tentang hari raya

Beberapa fakta yang benar tentang Hari Raya Aidil Fitri yang ramai tidak tahu, atau lupa, atau tak kisah.

1) Yang dikatakan hari raya Aidil Fitri itu ialah satu hari saja, iaitu pada 1 Syawal. Dalam Islam, tidak ada istilah hari raya kedua, atau ketiga, atau keempat, sampai ke hari raya ke-30.

2) Aidil Fitri ialah hari umat Islam bergembira, bukannya hari untuk bersedih, bahkan diharamkan berpuasa pada hari raya.

3) Ziarah kubur tidak ada kena-mengena dengan amalan di hari raya.

4) Pada pagi Aidil Fitri, apabila Nabi SAW berjumpa sahabat, atau kaum muslimin berjumpa sesama mereka, masing-masing akan mengucapkan 'taqabbalallahu minna wa minkum'. Maksudnya, 'semoga diterima Allah, amalan dari kami dan dari kamu'. bukannya ucap 'Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin'.

5) Pakai baju Melayu atau jubah pada pagi raya sebelum solat sunat Aidil Fitri bukanlah ada fadhilat apa, dan bukan sunat pun. tetapi tidaklah haram.

6) Kita digalakkan bersedekah pada bulan Ramadhan, bukannya tukar duit baru di bank, kemudian tunggu hari raya baru nak bagi ke anak saudara. Atau buat rumah terbuka dalam bulan Syawal.

7) Menurut mazhab Syafie, orang Islam wajib membayar zakat fitrah dengan beras atau gandum atau apa-apa yang menjadi makanan ruji kepada penduduk negeri itu. tetapi Imam Abu Hanifah (mazhab Hanafi) yang mengatakan boleh digantikan nilai beras itu dengan duit.

8) Solat Sunat Aidil Fitri lebih afdhal dilakukan di kawasan lapang daripada dalam bangunan surau atau masjid.

TAQABBALALLAHU MINNA WA MINKUM.



Friday, July 01, 2016

pelepasan khas

Sejak tersebar ura2 akan ada cuti pada 8/7, aku sibuk jugak mintak pencerahan drp pihak2 yg berkenaan termasuk ppd. Jawapannya memuaskan tapi dalam suatu majlis aku macam disindir kerana sibuk bertanyakan pasal cuti tu. Terasa pulak macam soalan aku tu kurang cerdik, takpa la, soalan bodoh pun bodoh la.

Semalam keluar surat drp JPA mengumumkan pelepasan khas daripada bertugas pada 8 Julai 2016. Apa yg meyentuh rasa ialah kenyataan di para tiga:


Mengapa tidak diberikan kepada semua negeri? Aku terasa macam tidak adillah pulak. Walaupun hanya pelepasan khas tetapi setaraf cuti umum jugak. Kalau macam cuti umum terpakailah kepada semua negeri. Bukanlah besar sangat masalah tu dan petang tadi viral pulak spt yg di bawah ini;


Terdetik dalam hati, mungkin pihak kerajaan Johor tersentuh hati dgn kenyataan pelepasan khas yg dikeluarkan oleh JPA dan sebagai tindakbalas, Johor pulak mengisytiharkan 10 Julai sebagai cuti peristiwa bagi seluruh negeri Johor. Aku rasa Johor tidak mahu mengalah dan bersesuaian sangat dengan slogan LUASKAN KUASAMU JOHOR. Wallahu'alam bissawab.



Thursday, March 17, 2016

KITA TAHU TAPI KITA TAK PEDULI! (peringatan utk diri sendiri jgk)

Kita mengetahui, bahawa ucapan "Subhaanallaahi wa bihamdihi" sebanyak 100 kali dalam sehari akan menghapuskan dosa-dosa kita, walaupun dosa kita sebanyak buih di lautan.
Akan tetapi sayang, Berapa banyak hari kita yang berlalu tanpa kita mengucapkannya sedikitpun.

Kita mengetahui, bahawa pahala dua rakaat Dhuha setara dengan pahala 360 sedekah, akan tetapi sayang, Hari berganti hari tanpa kita melakukan solat Dhuha.

Kita mengetahui, bahawa orang yang berpuasa sunnah kerana Allah satu hari saja, akan dijauhkan wajahnya dari api neraka sejauh 70 musim atau 70 tahun perjalanan....
Tapi sayang, kita tidak mahu menahan lapar.

Tuesday, March 15, 2016

mengantuk selepas makan

Ramai orang yang mengadu, selepas makan je mereka akan rasa mengantuk. Lagi-lagi selepas berbuka puasa. Walaupun jumlah makanan yang mereka makan tak banyak mana pun, tetap mengantuk juga! Kenapa ya?

Jangan bimbang, ini adalah fenomena yang biasa dimana makanan membekalkan tenaga yang diperlukan oleh tubuh badan untuk bekerja. Takkanlah anda sahaja nak bekerja? Anggota badan pun perlu bekerja juga ya. Dua organ dalam badan yang memerlukan tenaga untuk bekerja secara khusus adalah otak dan usus (intestines). Apabila anda makan, otak anda akan merangsang signal untuk menukarkan tenaga yang di’consume’ kepada pencernaan, lalu sel-sel darah merah akan membantu untuk mencerna makanan dan membawa nutrient-nutrient makanan itu kepada seluruh tubuh! Oleh itu, bila sel-sel darah dikerah untuk membantu usus bekerja, sebahagian anggota tubuh badan anda yang akan ‘mencuri’ masa ini untuk slow down dan relaks sikit.

Saturday, February 13, 2016

AJARAN ISLAM vs AJARAN MELAYU

(Gantikan rekacipta agama dengan sunnah)


Bab kematian
===========

1. Mendengar berita kematian

Melayuism/Nusantaraism : Alfatihah

Islam : Innalillahwainnalilahirojiun ( kalimah istirja')

2. Usung jenazah

Melayuism/Nusantaraism : Baca al fatihah sambil usung jenazah.
Jenazah akan ditanam di tempat yang keluarga request. Contoh meninggal dunia di sarawak, tapi disebabkan keluarga di selangor maka jenazah akan dibawa pulang ke selangor untuk dikebumikan.

Islam : Usung seperti biasa tanpa ada sebarang bacaan dan percepatkan hantar jenazah ke kuburan bukan perlambatkan dengan bacaan tertentu. Jenazah ditanam di tempat perkuburan yang paling hampir dengan jenazah yang meninggal dunia.

Thursday, February 04, 2016

guru bangang?

Ini jawapan Cikgu Mohd Fadli Salleh

Terbaca post ni sebentar tadi... Baca kali pertama mmg terasa nak marah, bila baca kali kedua kesian pulak kat penulis post ni...

Taraf ni punya level pemikiran pun ada hati nak buat post. Post pulak kat group KGM. Meh sini tukang post, biar cikgu Fadli sekolahkan awak semula.

Pertama sekali nk tanya perkara paling asas dan mudah? Kenapa murid di denda? Ok,kita guna jawapan dan cadangan awak yer..

"Kalau pun tak siap kerja rumah, jangan dirotan atau dipukul."

"Denda dia dgn suruh salin atau buat kerja rumah hingga siap"

Hahaha,maaf,xtahan nak gelak. Kerja rumah yg disuruh buat,tapi xbuat nk suruh denda minta siapkan kerja rumah? Itu bukan denda. Itu menyuruh murid buat benda yg sama berkali2. Benda yg memang murid tu malas nak buat.

Sunday, January 10, 2016

renungan......sudah tuakah kita ni????

Subhanallah......kedut dah mai.....uban dah kuasai kepala........kejap2 penin pala....kejap2 sakit perut....tido tak lena.....makan tak rasa........sikit2 mengah....sikit2 letih.........hehehe ni rasanya tua!

kulit kendur kedut......pakai sluak jeans dah tak nampak macho......t shirt tak de lengan still tak serlah sasa.......perut boroi....ponggong kempis....lengan tak dak otot..............dok depan cermin tarik nafas tarik urat lengan ...hehehehe hodohnya!

nak makan sup gearbox...........teringat doktor....nak cubit ikan masin.....nampak wad emergensi......nak kunyah roti canai.......ingat kolestrol dok menanti!..........nak makan pulut kuning.......nampak bayang spital universiti.

last2 jadilah terlior kat daging korma....nasi kandar.....mee mamak......murtabak ........kambing kari....ayam turkey...........itu ini itu ini itu ini!.............dalam bank duit banyak beb!

Friday, January 08, 2016

asal-usul mee bandung Muar

Diceritakan semula oleh Dato' Kamaruddin Abdullah
(Atas permintaan) #AnakJatiMuar

Kalau kita ke Bandung, Indonesia, kita tidak akan jumpa mi bandung. Juadah ini hanya terdapat di bandar Muar. Tahukah anda macam mana mi ini dinamakan mi bandung?

Cerita ini sudah saya ceritakan dahulu, tetapi oleh kerana ada beberapa permintaan, biar saya ceritakan sekali lagi.

Pada tahun 1959, setelah negara kita merdeka, Tunku Abdul Rahman telah menganjurkan satu pesta budaya diantara negara kita, negara Indonesia dan negara Singapure. Di bandar Muar, ia telah diadakan dipanggung Cathay.