Saturday, February 13, 2016

AJARAN ISLAM vs AJARAN MELAYU

(Gantikan rekacipta agama dengan sunnah)


Bab kematian
===========

1. Mendengar berita kematian

Melayuism/Nusantaraism : Alfatihah

Islam : Innalillahwainnalilahirojiun ( kalimah istirja')

2. Usung jenazah

Melayuism/Nusantaraism : Baca al fatihah sambil usung jenazah.
Jenazah akan ditanam di tempat yang keluarga request. Contoh meninggal dunia di sarawak, tapi disebabkan keluarga di selangor maka jenazah akan dibawa pulang ke selangor untuk dikebumikan.

Islam : Usung seperti biasa tanpa ada sebarang bacaan dan percepatkan hantar jenazah ke kuburan bukan perlambatkan dengan bacaan tertentu. Jenazah ditanam di tempat perkuburan yang paling hampir dengan jenazah yang meninggal dunia.


3. Tanam jenazah

Melayuism/Nusantaraism: Jirus air dengan jug yang diikat kain putih atau tabur bunga atau tabur batu

Islam : Tiada sebarang jirusan air. Jika jirus air atas alasan untuk melembapkan tanah tidak mengapa namun jika air dijirus agar mayat sejuk maka ini kepercayaan yang merosakkan aqidah.

4. Kubur jenazah

Melayuism/Nusantaraism :

- Kubur dihias bagai pengantin
- Kubur ada bangunan
- Kubur ada nama, tarikh hidup dan mati
- Ada pakej upah baca Al Quran 
- Batu nisan 2
- Kubur dijadikan masjid tempat beribadah dan meminta
- Perlu beri wang kepada orang solat jenazah
- Perlu beri wang kepada penggali kubur
- Perlu sediakan wang sekurang kurangnya RM 1000

Islam :

- Kubur tidak ditinggikan malah diratakan, tiada hiasan.
- Kubur tiada bangunan
- Kubur tiada sebarang kapur, nama, tarikh hidup dan mati
- Tiada upah bacaan Al Quran di kuburan 
- Batu nisan 1
- Tempat beribadah di masjid bukan di kuburan
- Tiada wang pun diperlukan kerana tugas uruskan jenazah fardhu kifayah bagi umat islam.

5. Kenduri Arwah 

Melayuism/Nusantaraism : Keluarga si mati buat upacara ritual kenduri bagi arwah dengan bacaan tertentu, doa tertentu, surah yasin sambil dihadiri tekong tahlilan arwah bagi mengisi perut tetamu dengan juadah makanan. Dilakukan selama 7 hari, 40 hari dan 100 hari atas kepercayaan agar mayat tidak diseksa dan tidak disoal di dalam kubur. Ritual seperti ini adalah milik agama hinduism.

Islam : Tiada kenduri buat jenazah. Yang ada ialah mendoakan jenazah di mana saja berada.
Allahummaghfirlahu warhamhu waafihi wa'fuanhu ( jenazah lelaki )
Allahummafirlaha warhamha waafihi wa'fuanha ( Jenazah wanita )
Jiran terdekat memberikan makanan kepada keluarga si mati kerana mereka sedang berada di dalam kesusahan dan kesedihan.

6.Talqin 

Melayuism/Nusantaraism : Talqin akan dibaca di atas kubur oleh imam yang diupah. Imam akan berikan jawapan bocor kepada si mati untuk jawab soalan kubur. Imam dan makmum duduk di atas kubur sambil imam membaca talqin dengan menyebut nama fulan / fulanah binti ibu.

Islam : Tidak ada sebarang talqin bocorkan jawapan kepada jenazah. Kerana jenazah sudah membawa amalannya sendiri untuk menjawab soalan di kubur. Dilarang duduk di atas kuburan.


Nyatalah memang benar kata Rasullulah s.a.w,

Innadina yusrun (agama itu mudah) namun umatmu yang jahat telah persulitkan dan merosakkan agama Allah yang suci ini lalu orang bukan islam memandang agama islam ini susah untuk diamalkan.


Bezakan agama ajaran nabi s.a.w dengan ajaran melayu ....


sumber: whatsApp


No comments :