Ramai orang yang mengadu, selepas makan je mereka akan rasa mengantuk.
Lagi-lagi selepas berbuka puasa. Walaupun jumlah makanan yang mereka makan
tak banyak mana pun, tetap mengantuk juga! Kenapa ya?
Jangan bimbang, ini adalah fenomena yang biasa dimana makanan membekalkan
tenaga yang diperlukan oleh tubuh badan untuk bekerja. Takkanlah anda
sahaja nak bekerja? Anggota badan pun perlu bekerja juga ya. Dua organ
dalam badan yang memerlukan tenaga untuk bekerja secara khusus adalah otak
dan usus (intestines). Apabila anda makan, otak anda akan merangsang signal
untuk menukarkan tenaga yang di’consume’ kepada pencernaan, lalu sel-sel
darah merah akan membantu untuk mencerna makanan dan membawa nutrient-nutrient
makanan itu kepada seluruh tubuh! Oleh itu, bila sel-sel darah dikerah
untuk membantu usus bekerja, sebahagian anggota tubuh badan anda yang akan
‘mencuri’ masa ini untuk slow down dan relaks sikit.
Lalu, waktu inilah anda akan rasa penat mengantuk dan sebagainya kerana sel
darah di otak anda tidak dapat membantu pada waktu ‘genting’ ini! – Bila
anda makan dalam jumlah yang banyak, jadi tenaga yang diperlukan juga
banyak untuk proses pencernaan tersebut hasilnya anda lebih kurang tumpuan.
Apa yang anda makan juga mempengaruhi. Ada sesetengah makan yang tinggi
kandungan karbohidrat, seperti roti,pasta atau nasi ditukarkan menjadi
glucose bila dicerna. Bila anda makan banyak glucose, ‘insulin’ akan
dilepaskan untuk balance balik kandungan tersebut. Insulin akan
bertindak balas dengan protein di otak yang dipanggil ‘trytophan’
untuk menghasilkan serotonin. Bila kesemua bahan kimia dalam tubuh ini
bertindak balas dan ketikanya melepaskan lebihan serotonin, maka anda
perlu cari ‘port’ yang terbaik untuk take five atau tidur seketika(nap). Serotonin adalah bahan kimia badan yang mengawal
kitaran tidur/jaga…
Jadi disarankan, anda perlu lebih aktif untuk membekalkan oksigen ke seluruh
tubuh. Bila anda kurang aktif, badan kurang fit dan lebih cenderung untuk
menjadi malas! Sekurang-kurangnya kalau tiada masa untuk bersenam,
lebihkan berjalan selepas makan, anda juga boleh park kenderaan anda jauh
dan berjalan ketempat kerja atau elakkan lift dengan menggunakan tangga.
Mungkin dengan ini mengantuk selepas makan akan dapat dikurangkan! Kalau
anda ada tips untuk mengurangkan mengantuk selepas makan, dialu-alukan untuk
berkongsi.
No comments :
Post a Comment