▶ Kita mengetahui, bahawa ucapan
"Subhaanallaahi wa bihamdihi" sebanyak 100 kali dalam sehari akan
menghapuskan dosa-dosa kita, walaupun dosa kita sebanyak buih di lautan.
Akan
tetapi sayang, Berapa banyak hari kita yang berlalu tanpa kita mengucapkannya
sedikitpun.
▶Kita mengetahui, bahawa pahala
dua rakaat Dhuha setara dengan pahala 360 sedekah, akan tetapi sayang, Hari
berganti hari tanpa kita melakukan solat Dhuha.
▶ Kita mengetahui, bahawa orang
yang berpuasa sunnah kerana Allah satu hari saja, akan dijauhkan wajahnya dari
api neraka sejauh 70 musim atau 70 tahun perjalanan....
Tapi
sayang, kita tidak mahu menahan lapar.
▶Kita mengetahui, bahawa siapa
yang menjenguk orang sakit akan diikuti oleh 70 ribu malaikat yang memintakan
ampun untuknya. Tapi sayang,
kita
belum juga menjenguk satu orang sakit pun minggu ini.
▶Kita mengetahui, bahawa siapa
yang membantu membangun masjid kerana Allah walaupun hanya sebesar sarang
burung, akan dibangunkan sebuah rumah di syurga...
Tapi
sayang, kita tidak tergerak untuk membantu pembangunan masjid walaupun hanya
dengan beberapa ringgit.
▶Kita mengetahui, bahawa siapa
yang membantu ibu tunggal dan anak yatimnya, pahalanya seperti berjihad di
jalan Allah, atau seperti orang yang berpuasa sepanjang hari tanpa berbuka,
atau orang yang solat sepanjang malam tanpa tidur. Tapi sayang, sampai saat ini
kita tidak berniat membantu seorang pun anak yatim.
▶Kita mengetahui, bahawa orang
yang membaca satu huruf dari Al-Qur'an, baginya sepuluh kebaikan dan satu
kebaikan akan di lipatgandakan sepuluh kali.
Tapi
sayang, kita tidak pernah meluangkan waktu membaca Al-Qur'an dalam jadual
harian kita.
▶ Kita mengetahui, bahawa haji
yang mabrur, tidak ada pahala baginya kecuali syurga, dan akan diampuni
dosa-dosanya sehingga kembali suci seperti saat dilahirkan oleh ibunya.
Tapi
sayang, kita tidak bersemangat untuk melaksanakannya, padahal kita mampu
melaksanakannya.
▶Kita mengetahui, bahawa orang mukmin
yang paling mulia adalah yang yang paling banyak solat malam, dan bahawasanya
Rasulullah SAW dan para sahabatnya tidak pernah meremehkan solat malam di
tengah segala kesibukan dan jihad mereka.
Tapi
sayang kita terlalu meremehkan solat malam.
▶Kita mengetahui, bahawa hari
kiamat pasti terjadi, tanpa ada keraguan, dan pada hari itu Allah akan
membangkitkan semua yang ada di dalam kubur.
Tetapi
sayang, kita tidak pernah mempersiapkan diri untuk hari itu.
▶Kita sering menyaksikan
orang-orang yang meninggal mendahului kita. Tetapi sayang, kita selalu hanyut
dengan senda gurau dan permainan dunia seakan kita mendapat jaminan hidup
selamanya.
Saya
telah mengirimknan Nasihat ini kepada orang yg saya cintai kerana Allah, maka
kirimkanlah nasihat ini kepada orang yang kita cintai.
Sumber:
whatsApp 17/3/16
No comments :
Post a Comment