Thursday, February 04, 2016

guru bangang?

Ini jawapan Cikgu Mohd Fadli Salleh

Terbaca post ni sebentar tadi... Baca kali pertama mmg terasa nak marah, bila baca kali kedua kesian pulak kat penulis post ni...

Taraf ni punya level pemikiran pun ada hati nak buat post. Post pulak kat group KGM. Meh sini tukang post, biar cikgu Fadli sekolahkan awak semula.

Pertama sekali nk tanya perkara paling asas dan mudah? Kenapa murid di denda? Ok,kita guna jawapan dan cadangan awak yer..

"Kalau pun tak siap kerja rumah, jangan dirotan atau dipukul."

"Denda dia dgn suruh salin atau buat kerja rumah hingga siap"

Hahaha,maaf,xtahan nak gelak. Kerja rumah yg disuruh buat,tapi xbuat nk suruh denda minta siapkan kerja rumah? Itu bukan denda. Itu menyuruh murid buat benda yg sama berkali2. Benda yg memang murid tu malas nak buat.


Ibarat pemandu tanpa lesen,bila polis tahan polis tu cakap "Kenapa tiada lesen ni? Disebabkan awak tiada lesen, saya denda awak. Dendanya awak kena buat lesen."

Kau ingat pemandu tu nak pegi buat lesen? Kirim salam je lah, sebab dia tahu kalau esok dia kena tahan lagi,polis cuma "denda" dia suruh buat lesen je pun.

Meh sini nak cerita kisah aku dengan murid aku Tahun 1. Diulang yer, murid tahun 1. Cara aku mngajar sejak 11 tahun lepas mudah je. Aku xsuka menengking murid,menghalau dari kelas,marah2 mahupun memalukan murid. Memang aku tak suka. Mmg bukan cara aku. Hari pertama masuk kelas aku pesan siap2 kat murid :-

1) buku teks dan aktiviti wajib bawa setiap kali aku ngajar maths.
2) kerja sekolah atau rumah mesti siap,tiada alasan.
3) murid yg gagal siapkan kerja rumah atau gagal bawa buku hukumannya rotan di tapak tangan dengan pembaris kayu 30cm.
4) tiada rotan untuk murid yg salah, rotan hanya untuk murid yg malas.

Bulan pertama, murid tak bawa buku atau tak siapkan kerja rumah aku tidak rotan. Tapi aku maafkan dan tegaskan sekiranya berulang,tiada lagi maaf.

Minggu pertama bulan kedua, murid yg xbawa buku aku rotan 3x, minggu kedua meningkat 5x,akhir bulan 10x (maksimum rotan dah tu). Murid hanya dirotan setelah diberitahu apa salah mereka. Masuk je bulan ke 3, aku masuk je dalam kelas, xdan bagi salam, xdan cakap apa2 berderet dah murid datang depan hulur tangan. Bila ditanya kenapa,masing2 pakat jawab "Rotan saya cikgu, saya tak bawa buku. Rotan saya cikgu,saya tak siap kerja rumah"

Murid minta dirotan. Kau paham tak? Mungkin murid itu bukan murid yg bijak, tapi sekurang2nya dah dah paham erti tanggungjawab. Dia dah tahu dia buat salah dan sanggup terima hukuman. Aku mungkin tak berjaya buat murid tu paham sesuatu topik, tapi aku berjaya buat mereka faham apa itu makna tanggungjawab!

Hari demi hari,bulan demi bulan, bilangan murid yg xbawa buku atau xsiap kerja rumah makin berkurang sehingga satu tahap aku tidak lagi perlu merotan murid..

Oh,sebelum kau lupa,meh aku ingatkan balik. Ini cara aku didik murid tahun 1. Yang umurnya 7 tahun. Yg kau aku rasa dan lebih umur 30 tahun masih xreti2 tanggungjawab sebagai ibubapa? Xreti2 nk check buku anak2 tgk ada kerja rumah ke tidak? Xreti2 nk bantu anak siapkan kerja,bagi semangat? Reti komplen je ke?

Malu la kat anak2 didik aku yg umur 7 tahun tu. Mereka dah reti erti tanggungjawab, kau pula hanya reti komplen itu ini. Hanya reti membangangkan para guru.

Orang macam ni biasanya hebat bercakap dalam fb je pun. Mesyuarat PIBG kompem xnampak batang hidung.

Banyak lagi aku nak bebel ni... Tapi bateri dah low sangat dah ni. Buat cikgu Fadli marah lagi, kan dah penat kau nak baca. Paham ke tak ni? Ke nak kena rotan dulu baru paham?


N'N: Ini baru buku bertemu ruas, aku pro kepada Cikgu Fadli...Kalau semua benda kau nak harapkan cikgu buat, baik kau tak payah buat anak sbb anak itu Amanah...

sumber

No comments :