Monday, July 04, 2016

fakta yg benar tentang hari raya

Beberapa fakta yang benar tentang Hari Raya Aidil Fitri yang ramai tidak tahu, atau lupa, atau tak kisah.

1) Yang dikatakan hari raya Aidil Fitri itu ialah satu hari saja, iaitu pada 1 Syawal. Dalam Islam, tidak ada istilah hari raya kedua, atau ketiga, atau keempat, sampai ke hari raya ke-30.

2) Aidil Fitri ialah hari umat Islam bergembira, bukannya hari untuk bersedih, bahkan diharamkan berpuasa pada hari raya.

3) Ziarah kubur tidak ada kena-mengena dengan amalan di hari raya.

4) Pada pagi Aidil Fitri, apabila Nabi SAW berjumpa sahabat, atau kaum muslimin berjumpa sesama mereka, masing-masing akan mengucapkan 'taqabbalallahu minna wa minkum'. Maksudnya, 'semoga diterima Allah, amalan dari kami dan dari kamu'. bukannya ucap 'Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin'.

5) Pakai baju Melayu atau jubah pada pagi raya sebelum solat sunat Aidil Fitri bukanlah ada fadhilat apa, dan bukan sunat pun. tetapi tidaklah haram.

6) Kita digalakkan bersedekah pada bulan Ramadhan, bukannya tukar duit baru di bank, kemudian tunggu hari raya baru nak bagi ke anak saudara. Atau buat rumah terbuka dalam bulan Syawal.

7) Menurut mazhab Syafie, orang Islam wajib membayar zakat fitrah dengan beras atau gandum atau apa-apa yang menjadi makanan ruji kepada penduduk negeri itu. tetapi Imam Abu Hanifah (mazhab Hanafi) yang mengatakan boleh digantikan nilai beras itu dengan duit.

8) Solat Sunat Aidil Fitri lebih afdhal dilakukan di kawasan lapang daripada dalam bangunan surau atau masjid.

TAQABBALALLAHU MINNA WA MINKUM.



No comments :