Diceritakan
semula oleh Dato' Kamaruddin Abdullah
(Atas
permintaan) #AnakJatiMuar
Kalau
kita ke Bandung, Indonesia, kita tidak akan jumpa mi bandung. Juadah ini hanya
terdapat di bandar Muar. Tahukah anda macam mana mi ini dinamakan mi bandung?
Cerita
ini sudah saya ceritakan dahulu, tetapi oleh kerana ada beberapa permintaan,
biar saya ceritakan sekali lagi.
Pada
tahun 1959, setelah negara kita merdeka, Tunku Abdul Rahman telah menganjurkan
satu pesta budaya diantara negara kita, negara Indonesia dan negara Singapure.
Di bandar Muar, ia telah diadakan dipanggung Cathay.
Ketika
itu saya baru berumur 10 tahun.Saya masih ingat ketika itu, Indonesia membawa
artist mereka yang popular iaitu Bing Selamat, Sam Saimun, Titeik Puspa dan
beberapa yang handal lagi. Setelah habis persembahan mereka, ketiga tiga negara
ini menyanyikan lagu popular negara mereka. Malaya menyanyikan lagu 'Rasa
sayang hei', Indonesia menyanyikan lagu 'Ole ole bandung' dan Singapura
menyanyikan lagu 'Gelang sipaku gelang'.
Setelah
tamat persembahan, mereka semua mencari kedai untuk menjamu selera. Kebetulan,
tidak jauh dari panggung Cathay, terdapat satu tempat yang bernama 'Kedai Siang
Malam'.
Dikawasan
ini terdapat sebuah restoran yang menjual sejenis mi yang diminati orang
ramai.Kedai ini terletak diJalan Sisi dan tuan punya kedai bergelar Pak Ma'il
Tenuk.
Walaupun
ada yang sudah balek keHotel masing masing, ada beberapa artist yang berasa
lapar dan ingin menjamu selera. Mereka semua jalan kaki menunju ke kedai Pak
Ma'il Tenuk. Sambil berjalan jalan, mereka menyanyikan lagu 'Rasa sayang hei,
Ole ole bandung dan Gelang sipaku gelang'.
Setelah
sampai, mereka semua order mi tersebut dan sambil menunggu mereka menyanyi
ketiga tiga lagu itu.
Apabila
mi mereka sampai dan mula menjamu selera, seorang artist Indonesia cukup suka
rasanya lalu dipanggilnya Pak Ma'il', Dia bertanya, "Aduh Pak, enak
sungguh mi ini. apa namanya mi ini Pak?"Pak Ma'il menjawab bawa mi ni
tidak mempunyai nama khusus, hanya dipanggil mi kuah.
Artist
itu mencadangkan dinamakan mi bandung oleh kerana apabila mi mereka sampai,
mereka sedang menyanyi lagu 'Ole ole bandung'.
Semua
ketawa dan bersetuju supaya mi kuah Pak Ma'il ini dinamakan 'Mi Bandung'. Mulai
pada malam tulah tercipatnya nama Mi Bandung.
Jadi
jika anda ke Muar, jangan lupa makan mi bandung dan sambil makan nanti,
bolehlah nyanyi lagu 'Ole ole bandung' sebagai peringatan terciptanya nama mi
ini.
No comments :
Post a Comment