Thursday, June 30, 2011

senasibkah aku???

Pagi tadi aku hadiri majlis meraikan persaraan seorang rakan gb. Aku belek setiap helaian mukasurat buku program dan apabila membaca catatan biodata gb, perasaanku bercampur-baur antara terkilan, geram, hiba dan sayu ketika membaca peranggan berikut:

"Walaupun beliau banyak mencurahkan bakti di peringkat zon hingga ke negeri, namun beliau tidak pernah diberi sebarang anugerah dan penghargaan sepanjang perkhidmatan beliau. Namun prinsip beliau, jasa yang dicurahkan bukan untuk dibalas......." "Hanya Jauhari Yang Mengenal Manikam"

Mungkin ada kesilapan di mana2 oleh siapa-siapa dan jugak hikmah di sebaliknya!!!

Tuesday, June 28, 2011

pesanan Imam Ghazali

Suatu hari, Imam Al Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya. Lalu Imam Al-Ghazali bertanya...

1 - Pertama, "Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?".

Murid-muridnya ada yang menjawab orang tua, guru, teman dan kerabatnya.

Imam Ghazali menjelaskan semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah "mati". Sebab itu sudah janji Allah SWT bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati.

"Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya." ( Surah Ali Imran 185 )

2 - Lalu Imam Ghazali meneruskan pertanyaan yang kedua. " Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?"

Murid-muridnya ada yang menjawab negara China, bulan, matahari dan bintang-bintang. Lalu Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang mereka berikan adalah benar. Tapi yang paling benar adalah "masa lalu". Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak bisa kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

Friday, June 24, 2011

ingatan

Pagi tadi aku terima panggilan telefon daripada dua orang rakan sekolah yang sama-sama menduduki peperiksaan LCE semasa Form 3 di Sekolah Tengku Mahkota, Parit Raja, Muar. Rakan yang pertama bernama Khamis bin Kassim yang sekarang berjawatan Kolonel dan berkhidmat di Kem Mahkota, Kluang. Aku tak dapat hendak mengingat kembali macam rupanya dan namanya juga. Teruk sangat rupanya ingatan aku!

Rakan yang kedua berbangsa Tionghua dan apabila dia kenalkan dirinya, "Saya Kim San, Ng Kim San laa, satu kelas sama awak, sama-sama main bola dan hoki masa sekolah dulu....." "Aiyaa, Kim San.... saya masih kenal laa dan ingat nama awak laa....." Eh! masih ok juga ingatan aku, tidak ler 'corrupt' langsung..... hehe

Saturday, June 18, 2011

Tujuh Saham Akhirat

Anas r.a. berkata: Ada tujuh bentuk pahala yang diterima
seseorang selepas ia mati:

1. Orang yang mendirikan masjid, tetap pahalanya selagi masjid itu digunakan orang untuk beribadat.

2. Orang yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang minum darinya.

3. Orang yang menulis mushaf selagi ada orang yang membacanya.

4. Orang yang menggali perigi selagi ada orang yang menggunakannya.

5. Orang yang menanam tanaman selagi ada yang memakannya, baik manusia atau burung.

6. Orang yang mengajarkan ilmu yang berguna selagi diamalkan oleh orang yang mempelajarinya.

7. Orang yang meninggalkan anak soleh yang mendoakan dan meminta ampun untuk kedua-dua ibu bapanya.

Nota: Amalan orang mati dah terputus tetapi pahalanya masih terus mengalir sekiranya ia menanam saham akhirat semasa hidupnya.

Thursday, June 16, 2011

Motivasi Diri

10 Cara Membina Motivasi Diri

Sebelum mengambil sebarang langkah, duduk sejenak. Tarik nafas panjang dan lepaskan sekali gus. Kemudian pejamkan mata. Beri salam kepada diri sendiri dan katakan, "Hai, engkau dijadikan bukan untuk berkeluh-kesah.” Kemudian bangkitlah dan cuba lakukan perkara-perkara berikut:

1. Perbaiki imej anda Cuba lakukan sedikit perubahan
Kalau selama ini anda tidak kisah kalau seluar yang dipakai sehingga seminggu dan tidak bergosok, cuba kali ini menukarnya selalu dan pelbagaikan warnanya. Jika anda wanita, tukar imej kusam kepada kemas. Elegan dan aktif. Perkemaskan juga wajah anda denga sedikit solekan ringan. Kenakan warna-warna ceria pada tubuh anda; pada baju dan tudung. Hiasi jari dengan sebentuk cincin untuk menambah seri. Jangan terlalu pendiam, tetapi jangan pula terlalu bising. Bersikap sederhana dan ringankan mulut jika orang meminta pendapat.

2. Lakukan senaman ringan

3. Senyum Senyum boleh mengubah segala-galanya.
Hadiahkanlah senyuman kepada seseorang, anda akan mendapat senyumannya balik.

4. Berfikiran positif
Berfikiran positif membolehkan minda anda mengeluarkan arus alpha iaitu arus kecemerlangan untuk membina kejayaan. Berfikiran positif juga membuatkan perkara yang sukar menjadi senang, masalah bertukar menjadi peluang, masa depan kelihatan lebih cerah dan insyaAllah rezeki pun akan meluas. Fikiran-fikiran positif itu adalah doa berpanjangan yang kita panjatkan. Selama kita berfikiran positif, selama itulah menjadi satu pengharapan yang amat besar terhadap ALLAH.

Saturday, June 11, 2011

pengantin bergambO

kalau dulu2 kaum cina jer yg sibuk bergambar semasa berkahwin, diheretnya ekor gaun pengantin ke sana ke mari tp kini org melayu pun dah terbiasa dah, mcm tak sah kawen kalau tak bergambar! Diusung ler kedua mempelai tu ke sana ke mari utk bergambar sehingga ke dlm semak tepi belukar pun jadi lokasi penggambaran!

magrib tadi aku berselisih dgn kereta bawak pengantin anak jiran baru balik dari bergambar dan bersangka baiklah aku bahawa mereka tetap dapat menjaga solat wp msh berbaju pengantin sejak tengah hari tadi.....

Wednesday, June 08, 2011

saman

pg tadi aku ke cawangan polis trafik di balas polis daerah sbb nak bayar saman. anak aku kena saman rm150 thn lepas krn tunggang motorsikal yg tiada cermin sisi. dia mintak tolong kawannya bayarkan dan masa itu hanya kena rm70 jer.

dua hari lepas masa aku nak idupkan cukai jalan motor tu di pejabat pos kerani kaunter tu suruh rujuk jpj, ada saman yg belum bayar katanya. rupa2nya kawan anak aku tak bayar pun saman tu. pagi tadi bila check, tertulis rm300 pulak, aku tanya kenapa, kerani di kaunter tu kata sbb waran dah keluar tp masih diberi diskaun sebanyak 50%. aku ckp dlm internet pun dah catat kena bayar rm150 jer, abeh takleh kurang ke? tak bole lah encik.....

grrrrrrr

Monday, June 06, 2011

kenduri kahwin

semalam ada 3 jemputan kahwin dan ketiga2nya dapat aku tunaikan.

a. Rumah pertama; jamuan di restoran pengusaha katering yg terkenal di muO. Menu utama; nasi beryani dan laksa Johor. Selepas pekene nasi beryani tak larat dah nak menjamah laksa....

b. Rumah kedua; di kawasan kampung, meriah, ramai orang. Parking kete jauh, puas jugak berjalan nak sampai ke khemah jamuan. Makan sikit jer....

c. Rumah ketiga; pegi selepas waktu zohor dgn anak jer, wife dah tak larat. Menu utama ada daging kambing. Makan jugaklah sikit wp dah kekenyangan dan anak langsung tak makan nasi....

p/s: aku kekenyangan hingga ke malam..... hehe

Saturday, June 04, 2011

menantu sulung

hampir semua jemputan kenduri kahwin kekawan yg aku hadiri pada tahun ini adalah kenduri kali pertama, maknanya anak sulung ler yg berkahwin. Pada usia awal 50an ramai yg sudah bersedia utk menerima menantu dan seterusnya menerima gelaran datuk! Tahniah dan tahniah! Bagi yg belum jangan tunggu lama2, nanti lambat ler pulak untuk dapat menimang cucu....

Wednesday, June 01, 2011

jambu susu

Pagi tadi, makcik pekerja kebersihan sekolah beri aku dua biji jambu susu, lama dah tak memakannya. Seingat aku, masa zaman bebudak dulu, buah jambu ni tak kira waktu aku boleh makan, pagi ke, petang ke, mlm2 pun sanggup..... tapi sekarang bukan kata sebiji, sejuring pun susah nak habiskan, dengan masamnya dengan kelatnya! Terfikir ler pulak, mcm mana zaman kecik2 dulu boleh makan tapi sekarang tidak? Agaknya waktu itu, mmg betol2 tolak batu dan kayu jer.....!