Tuesday, March 31, 2009

transformational leadership

pagi ini, ceramah ttg transformational leadership telah disampaikan oleh Dr Mohd Yusof bin Mohd Noh, pensyarah dr IAB Induk. Ceramah yg menarik dan jelas penyampaiannya. Mudah2an dpt diamalkan di sekolah dan memberi manfaat yg sebanyak2 khasnya kepada 'student learning outcomes'

Monday, March 30, 2009

di port dickson


aku berada di sini mulai hari ini hingga 1 april. Petang ni hujan lebat berserta angin kuat dan aku melepak di lobby bersama laptopku....

Saturday, March 28, 2009

hujung minggu yg sibuk

pagi tadi berlangsungnya karnival ko-akademik zon Sg Balang yg diadakan di SK Air Hitam Batu 18. Sehingga hampir tengah hari juga aku berada di sana...

esok, mesyuarat agong PIBG, bermula jam 8.00 pagi.

Tuesday, March 24, 2009

kursus pengurusan & pentadbiran GB

aku diwajibkan hadir ke kursus tsb pada 30 Mac 2009 hingga 1 April 2009 di Glory Beach Resort, Port Dickson.

Isnin (30.3.09) - lawatan kerja ke 4 buah sekolah pilihan dan mlmnya diadakan refleksi hasil kerja lawatan.
Selasa (31.3.09) - ceramah bertajuk Tranformational Leadership, Motivasi GB/Halatuju Pendidikan Masadepan Malaysia, Forum/Dialog dan Perjumpaan Tahunan MGB Muar
Rabu (1.04.09) - Rumusan dan Penilaian Mesyuarat, Majlis penutupan dan balik ke Muar selepas makan tengah hari!

Saturday, March 21, 2009

gpk

Seorang kenalan menelefon aku menceritakan mengenai gpk2nya yg tidak sehaluan dgnnya. Memang sering berlaku GB dan GPK tidak sekepala... Di samping kerja2nya yg tidak begitu perform, gpk juga sering tidak dpt mengikut rentak dan tari GB. GB pening kepala, guru2 biasa berasa tidak selesa bekerja dan murid2 terabai sama. Bagaimanakah sekolah nak maju dan cemerlang jika pihak pentadbirnya sendiri tidak bersatu hati?

Apabila ditanya bagaimana cara aku mengatasi masalah dgn gpk, aku sekadar mampu menceritakan sedikit pengalamanku yg mungkin tidak relevan dgn masalah yg sdg berlaku di mana2 sekolah....

Wednesday, March 18, 2009

konvo


alhamdulillah, akhirnya pada ptg 16 Mac yg lalu, aku telah selamat menerima ijazah...
sejak dibangku sekolah mmg aku bercita2 utk belajar hingga ke menara gading. Selepas MCE 1978, aku ke Tingkatan Enam dan pada tahun 1980 mengambil STP yg wp mendapat sijil penuh tapi tidak cukup utk melayakkan aku ke universiti dan aku diterima pula masuk ke maktab perguruan bahasa pd tahun 1981...

kini, setelah hampir 30 tahun dan setelah bercucu..., impian tersebut telah tercapai, alhamdulillah!!! Setinggi2 penghargaan buat semua ahli keluarga tersayang di atas sokongan dan pengorbanan kalian... juga kpd semua rakan dan taulan!

Friday, March 13, 2009

bergelar DATUK


pada hari ini, sahlah aku mendapat gelaran datuk, baru jap tadi dapat panggilan dan teruja ler pulak nak melihat bagaimana rupa cucu perempuan aku! Tahniah Ruqayyah dan suami kerana selamat mendapat anak pertama. Tahniah jugak buat isteri kerana telah bergelar nenek ketika berusia 40 tahun. Dapat cucu perempaun, cepat ler pulak nanti dapat cicit....

Wednesday, March 11, 2009

ambil jubah

hari isnin lepas, aku dan wife ke upsi. Bertolak sebelum magrib. Singgah di Tesco Melaka dan berhenti solat di Masjid Paya Datuk, Alor Gajah, masjid yg sering kusinggahi ketika berulang-alik ke Tg Malim dulu. Sejak ogos tahun lepas tidak lagi ke upsi dan perjalanan mlm itu terasa jauh. Singgah di R&R Dengkil, rehat dan tertidor... Teruskan perjalanan dan selamat tiba hampir jam 2.00 pg, terus saja ke masjid Tg Malim dan berehat dalam kereta jer...

bawa wife pusing2 Tg Malim sambil kucari jejak2 sendiri...

Sempat shopping di pasaraya Behrang 2020, pasaraya koboi!

Lebih drp 15 org kekawan yg dtg ambil jubah semalam. Selamat berkonvo!

Saturday, March 07, 2009

KBSR kpd KSSR


Sistem pendidikan negara kita akan mengalami transformasi pada tahun depan dengan pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah untuk Tahun 1.

Tahap 1 sekolah rendah (Tahun 1 - 2) akan tertumpu kpd penguasaan 4M (membaca, menulis, mengira & menaakul) dan kemahiran ICT, perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, kognitif, sikap dan nilai. Sementara Tahap 11 sekolah rendah (Tahun 3 - 6) an tertumpu kpd pengukuhan dan aplikasi 4M, kemahiran asas ICT, perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, sikap dan nilai.

Bersedialah utk berubah!

(sumber: taklimat Pelaksanaan kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) & Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) di Kuantan, 4-5 Mac 2009)

Monday, March 02, 2009

ke kuantan....

Pada 4-5 Mac 2009 ini aku akan berada di Kuantan kerana menghadiri Taklimat Kurikulum Standard Prasekolah dan Sekolah Rendah (Tahun 1) kepada Pentadbir Sekolah (Zon 4) yg dikelolakan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum. Sekolah2 yg hadir ini akan melaksanakan uji rintis kurikulum tersebut. Sebanyak 500 buah sekolah seluruh negara akan terlibat dalam uji rintis ini dan kurikulum itu akan mula dilaksanakan sepenuhnya pada tahun 2010.

Ada ke sesapa yg jugak kena hadir sama?