Thursday, October 16, 2008

peperiksaan akhir tahun

Pagi tadi aku ke SK Ismail Satu untuk mengambil kertas soalan untuk peperiksaan akhir tahun. Peperiksaan ini adalah setara untuk seluruh Johor yang disediakan oleh JPNJ. Ianya akan diadakan selama 3 hari mulai 20 Otober depan. Bertuah cikgu-cikgu sekarang kerana tidak perlu lagi bersusah payah dan bertungkus lumus untuk menyediakan kertas soalan.

3 comments :

Anonymous said...

begitulah gaya kerja guru-guru zaman ICT ini. makin diberi kemudahan ICT, makin pulak pihak atasan memanjakan mereka dengan menyediakan kertas soalan. jadi makin kuranglah usaha mereka untuk meningkatkan kreativiti mereka dalam menyediakan soalan dgn menggunakan kemudahan yang ada.

WR said...

ada baik dan buruknya la... Baiknya pengurusan nampak lebih sistematik dan soalan diselaraskan. Adil bagi semua pelajar. Kalau soalan sendiri-sendiri yang buat mungkin tahap soalan berbeza-beza. Namun kita kena fikir jugak memang hal ini menyebabkan guru kita LEPAS TANGAN dan kadang-kadang kalau soalan pertengahan tahun ada silibus yang keluar periksa tapi sekolah kita belum ajar lagi topik tu.. murid la yang jadi mangsa.

Anonymous said...

saya rasa bukan tujuan utk memanjakan guru2 dgn menyediakan kertas soalan peperiksaan itu. adapun tujuan utama JPN berbuat demikian ialah utk mewujudkan suatu bentuk pengujian yg setara bagi semua sekolah. ini seterusnya akan memberi kepada kita suatu gambaran yg jelas ttg kedudukan pencapaian prestasi akdemik sekolah masing2 di peringkat negeri khasnya.