Thursday, August 14, 2008

YB

Pagi tadi, aku berjumpa dengan seorang kawan GB yg bersara (YB) lebih kurang 5 tahun lepas, beriya-iya mengajak aku minum, rasa ler pulak duit orang bersara katanya. Sempat ler bersembang cerita2 lama. GB ni pernah heboh ceritanya kerana menimang anak ketujuh pada usia lebihkurang setahun sebelum bersara. Isterinya berumur 47 tahun ketika itu dan anak yg sebelum itu telah pun berumur 17 tahun. Ramai yg mengingatkannya tentang kemungkinan anak tersebut akan mengamali ketidaksempurnaan tetapi alhamdulillah, anak tersebut cukup sempurna malah sihat dan cerdas pula. Itulah bukti dan contoh akan kekuasaan Allah SWT yg sesungguh berkuasa di atas segala sesuatu!

3 comments :

Anonymous said...

asaalamulaikum sop, aku harap engkau sihat.apamacam di sekolah.ok tak? harap2 ok. rindu sangat nak jumpa kau le sop.aku di sini sihat.walafiat. dah cukup tidur,tak le bersengkang mata. cuma assignment tu kena le siapkan juge. lain hal nya sop dah siap assignment shukri sebelum balik.amacam you dah dapat tak DG 38 atau belum mohon lagi

Anonymous said...

Assalamualaikum lama x singgah blog uncle..uncle u remind me to someone that bring inspiration 2 me nama die pn yusoff gak...

yusofsipan said...

anony: kau letak ler nama, aku tak pasti siapa kau ni, kalau tak letak di atas, kau letak nama selepas komen kau tu, baru ler aku tahu siapa orangnya. Yang pasti kau mesti ler lelaki, kalau pompuan takkan ler berani nak kata rindu sangat nak jumpa aku, kan? Aku pun sgt rindu nak jumpa kau... hehehe. Aku sebenarnya lom siap pun assignment shukri tu, ni ler ingatkan nak siapkan masa cuti sekolah. Aku tak dapat DG 38, tahun lepas ada isi borang, tahun ni tak isi pun...

me: waalaikumussalam, terima kasih me kerana masih sudi menjengah blog ini. Uncle teringin juga nak kenal siapa me sebenarnya dan yg bernama yusoff yg telah bring inspiration 2 u 2 mesti istimewa orangnya, nak juga uncle mengenalinya. bye, selamat maju jaya!!!