Wednesday, December 02, 2009
semak semula
pagi semalam seorang murid tahun enam datang ke sekolah kerana nak memohon semak semula keputusan upsr 2009. Beliau hanya mendapat 3A2B sedangkan keputusan uppmnya sering mendapat 5A, mungkin ibu bapanya yg mendesaknya. Pihak sekolah tiada halangan dan akan membantunya utk menghantar borang semak semula. Menurut s/u peperiksaan, semasa di sekolah lamanya dulu, ada jugak murid yg memohon semak semula dan apabila dapat keputusan yg baru, ianya ternyata berbeza, bertukar drp B kepada A. Kalau macam itu eloklah dibuat semakan, bayarannya pun tidaklah mahal, hanya RM10 shj utk satu matapelajaran. Ini adalah pengalaman pertama aku kerana di sekolah rendah memang sangat jarang ada murid yg membuat permohonan semak semula keputusan....
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
9 comments :
salam ybs,
baguslah kalau ada ibubapa yg ingin menyemak semula... sb dia tahu potensi anak nya...
Ibu bapa sebegini patut di puji krn prihatin tentang pelajaran anak nye...
dan bukan jenis nak salah kan guru jeee... kalau anak nye prestasi menurun betul tak?...
betul betul betul.....hehe
dah lepas tgh mlm pun lom tido lg ye zai...?
hehe... semalam zai balik keje kat 11 malam pastue gie makan... kol 12:30 malam baru samapai umah...
itu pasal lee tak tido lagi... keje banyak sgt....huhu...
ybs,
Ibu-bapa mahu "semak", LPM kata "semak".
Sebutan "semak" tu tak sama.
ybs,
Saya dulu jadi pemeriksa selama 12 tahun. Bukan senang nak "semak"...
salam ybs,
keyakinan yang kita boleh dapat yang terbaik itulah yang penting...jangan over confident sudahlah...apa-apapun keputusan untuk semak semula adalah hak individu
mantan,
dlm ejaan 'semak' tu, yg pertama guna 'e taling' manakala yg kedua guna 'e pepet' ye, teringat masa belajo linguistik di LI dulu, hehehe....
mantan lagi,
sy pun rasa mmg susah jugak nak buat semakan tu tp dah sedemikian kehendak ibu bapa murid tu, layan jer la....
salam izakhairi,
setuju dgn pendapat cikgu, kebetulan pulak semakan ini adalah pengalaman pertama sy, jd ikutkan jer la....kedua ibu bapa murid tsb pulak adalah warga pendidikan jugak wp bkn guru tp faham sgt dgn prosedur semakan!
Post a Comment