Thursday, February 26, 2009

pemikiran

Pagi semlm aku bawa Khalisah ke kinik mata di hospital pakar Sultanah Fatimah, Muar. Kali pertama dan baru tahu bahawa prosedur rawatannya sedemikian rupa dan memerlukan masa yg agak lama. Datang jam 9 dan urusan selesai lebih kurang jam 12.30 tengah hari. Aku berkesempatan berbual2 dgn seorang lelaki Cina tua berusia 72 tahun. Di antara kata2 dan pendapatnya;

1. Ini awak punya cucu ka? ( ????? tua sgt ke aku ni, hehehe)

2. Keja guru manyak bagus, itu keja bikin orang maa... (aku tanya dia keje apa? Tanam sayur utk jual tapi sekarang duduk rehat jer, anak ada bukak bengkel baiki kete)

3. Olang cina sendili cakap duduk dekat olang melayu punya rumah manyak susah... takda susah la, saya sudah manyak kali duduk dekat melayu punya rumah, bagus takda masalah! Kita selalu suka tengok dan sangka buruk pada orang. Kita tak mahu tengok jahat kita. Ini jahat bukan kira bangsa, dalam melayu pun ada jahat, dalam cina pun, dalam india pun....

4. Itu tempat saya tinggal ada bagus punya orang melayu, itu selalu kumpul semayang ramai2. Itu olang takla minum... bagus ka? itu olang takla judi... bagus ka? itu olang takla curi... bagus ka? mesti sumua bagus kan?

5. Sikalang budak2 manyak susah, tak mahu belaja, itu belaja manyak penting tapi itu budak2 suka keja cari duit saja. Belaja la tinggi2, lepas itu baru keja la... betul itu mcm bukan?

Tetiba, dia bingkas bangun bila namanya dipanggil utk ke bilik rawatan dan terhenti di situ kata2 dan luahan pendapatnya....

1 comment :

Anonymous said...

Sop,
Salah satu faktor mewujudkan sekolah wawasan adalah untuk integrasi kaum. Jika dilihat pada zaman atok dan nenek kita dulu, masyarakat kaum lain yang tinggal di dalam kawasan melayu sangat mesra, baik dan faham tentang budaya orang melayu dan secara tidak langsung orang melayu pun akan memahami budaya kaum lain.
Kini ia berbeza sama sekali dengan kaum masing2 cuba menegak dan mempertahankan budaya masing2 tanpa ada kompromi.
TQ.