Monday, February 16, 2009

jualan di sekolah

hari ini datang lagi jurujual buku meminta kebenaran utk menjual buku kepada murid2. Pada bulan lepas aku telah menolak permohonan utk berbuat demikian. Kali ini yg datang adalah dua org perempuan muda. Mungkin bukan drp syarikat yg sama tapi kali ini pun aku tolak jugak. Mereka mengambil cara mudah berniaga dgn menjual buku2 di sekolah. Memang tiada unsur paksaan tapi anak2 yg balik ke rumah merengek2 minta duit drp ibu bapa utk membeli buku hingga ada yg sanggup menangis jika tidak diberi. Buku2 yg dijual pulak bukan semuanya bermutu... Ada ibu bapa yg menyalahkan pihak sekolah krn memberi kebenaran jualan itu diadakan di sekolah. Sejak dulu, aku memang rasa sukar utk menyatakan tidak tetapi sejak akhir2 ini, selamba jer aku katakan 'TIDAK!' Kurang ler sikit pening kepala aku....!!!

9 comments :

chehassan said...

Sayapun macam tu, lebih banyak kata tidak. Dia lebih menyusahkan kita drp yang baiknya. Lagi satu hal, semua orang nak buat bisnes di sekolah, kalau tidak sekolah, muridnya, kalau tidak murid gurunya. Pada mereka sekolah sumber rezeki. Tapi yang menanggungnya, kita GB. Jadi berhati-hatilah.

CikguSepajo said...

Kita sebenarnya telah dididik sejak kecil untuk berkata ya. Jadi amat sukar untuk berkata tidak walaupun pada tempat yg betul. Kita mesti mengajar anak-anak kita ituk berkata tidak di mana sesuai.

muor76 said...

anak saye kekadang balik umah.. mintak duit.. nak beli buku katenyer.. bagi jugak ler.. sib baik bukunyer murah.. yer ler buku budak tadika.. tapi kalo anak merengek mintak beli pensel/pemadam/korek pensel yg dijual kat sekolah.. rasenya saye akan menyirap sirap gak.. sib baik ler takde yg camtu...

Anonymous said...

usup buat macam aku.jurujual "dilarang masuk kawasan sekolah" tampal dipondok kawalan jaga.maklumkamkan kepada jaga kalau mereka nak masuk tetapkan hanya hari jumaat sebelah petang saja dibenarkan. dgn cara ini kita boleh menelita barang yg hendak dijual. apa susah.

Cikgu Faizah said...

salam pg..
perkembangan baik tu, cikgu telah menjadi seorang yg lebih tegas tk kira dgn pempuan atau lelaki... baru adil, hehe

yusofsipan said...

chehassan; haah la, mcm2 benda & barang dijual di sekolah la ni, tu lom masuk yg kekadang cikgu2 pun turut menjual...

cikgusepajo; mmg kita kena berani utk mengatakan tidak...

muor76; latest punya citer anak saya darjah 2 bawa balik buku yg dibeli di sekolah agama, saya sgt tak berpuashati dan kualiti buku tu, mcm diphotostat jer... nak naik jugak darah saya!

teropong; bagus jugak cara kau tu, biar org kata 'hati kering' pun, asalkan kita tak pening kepala kan!

Faizah; kebanyakan staf saya kata saya ini lembut tapi saya nak jugak bertegas, tegas tapi lembut dan adil!

kembara kelana said...

yang aku tau..kau tu degil, payah terima pendapat orang..[ jangan marah labu]

Naa..a said...

seorang gb mestilah consistent dalam segala tindakan.Berani mengubah ada satu yang positif,kdg kita tengok benda tu simple but its extraversion. congrate...

Anonymous said...

KK, aku tak kisah pun kau kata aku degil sbb kau spesis yg sama jugak malah brutal lagi....

CikguRosnah, mekasih....consistent dalam segala tindakan mmg sgt penting terutama utk memudahkan subordinat memahami malah menerima cara & gaya kepimpinan kita.