Monday, February 09, 2009

hubungan antara manusia dan buah

Masa buka email ptg ni... terdapat cerita pasal buah2 dan hubungannnya dengan manusia...;

Jangan suka mendedah tubuh
Jadilah seperti jagung, jangan seperti gajus.
Jagung membungkus bijinya yang banyak, sedangkan gajus mempamerkan bijinya yang cuma satu.

Setia terhadap pasangan
Jadilah seperti pohon pisang.
Pohon pisang kalau berbuah hanya sekali seumur hidupnya.

Kecantikan dalaman
Jadilah seperti durian, jangan seperti kedondong.
Durian walaupun di luarnya penuh kulit yang tajam, tetapi di dalamnya lembut dan manis. Berbeza dengan kedondong, di luarnya mulus dan berkilat, tetapi di dalamnya ada biji yang berduri.

Jaga kesucian dalam bergaul
Jadilah seperti sengkuang, walaupun hidup dalam tanah dan selut, tetapi umbinya tetap putih bersih.

Selalu bertindak adil
Jadilah seperti tandan petai, bukan tandan rambutan.
Tandan petai membahagi makanan sama rata ke biji2nya, semua seimbang, tidak seperti rambutan, ada yang kecil ada yang besar.

Semakin tua semakin bijaksana
Jadilah seperti cili. Semakin tua,semakin pedas.

Jangan bermuka-muka
Jadilah seperti buah manggis. Buah manggis bisa diteka isinya dari bahagian bawah buahnya.

Menjadi banyak manfaat
Jadilah seperti buah dada. Kerana selain bermanfaat sebagai sumber tumbesaran buat anak, ia mampu menjadi alat rekreasi buat bapaknya juga!

Opsss! Jgn marah yaaa...hehehe….gurau jeeeeeeeeeeeee

8 comments :

Naa..a said...

Ayoo. Kalau camtu takde hubungan la ngan buah. Tapi hubungan manusia ngan buahhati camna plak.

mantan said...

Cikguyusof,
Nasib baik si Kelana tu sudah jauh Kembaranya. Kalau tak teruklah kena belasah dengan KK yang brutal tu.

kembara kelana said...

Menjadi banyak manfaat
Jadilah seperti buah dada. Kerana selain bermanfaat sebagai sumber tumbesaran buat anak, ia mampu menjadi alat rekreasi buat bapaknya juga!.....kau nak entri yang ni lah sebenornya labu....sajalah kau goreng menda yang lain tu...adakala ada jugak entri GATAL yang kau masukkan..sebab buah yang last tu ada pada manusia...buah tu agak lari dari tajuk...malah statement akhir [ diatas tu] merosakkan semua analogi kau yang indah itu.. labu labu, aku nak tanya, binatang apa yang paling banyak buah?

chehassan said...

Hebat demo SOF. Cuba buat cerita sikit pasal buah katak puru.

Anonymous said...

cikguRosnah, buahhati tu termasuk dlm golongan jenis buah yg tidak boleh dimakan tapi kalau kecewa dgn buahhati maka makan hati berulamkan jantung ler jawabnya....hehehe

cikguWahab, kata2 ini mcm suatu provokasi jugak pd KK yg mmg brutal tuh....

KK@UsofRompin@Labi, sejak beberape hari berada di Juara ni kau dah pandai baca isihati org ye...tahu ke apa yg ada dlm hati org lain??? Ttg GATAL tu, lelaki mana yg tak gatal sof? Ke kau dah tak pandai nak menggatal lagi ke? Aku malas la nak mikir apa binatang yg paling banyak buah tu.... (sebenarnya aku tak tahu....!!! hehehe)

cheHassan, buah katak puru apa ye... buah peria katak ke? ke buah nam-nam?

mantan said...

Cikguyusof,
kalau saya x kata gitu pun, KK kutuk jugak.

Bila saya dah sebut tu taklah terasa sangat kutukan sibrutal yang sudah menjadi juara tuh. heheheh.

bagi sibrutal tu..'kutuk mengutuk bawa bahagia!'

kunan said...

Begitu berhati-hati ayahku baca sebaris demi sebaris apa yang Cikgu Yusof tulis, rupa-rupanya ke situ perginya....he.he!!

Bila kita nak makan jagung, kita kena tengok dan makan bijinya yang banyak itu. Berbanding biji gajus ada kulit yang sukar dikupas.

Pisang berbuah sekali je, tapi bank berbunga berkali-kali.

Hari ini orang sanggup menghabiskan banyak duit untuk mencantikkan luaran saja. Sebab yang luar tu nampak. Jadi ramai orang dah nak jadi gajus.

Yang lain tu Ayahku tak bagi orang lain fikir pulak, Ayahku tak larat nak fikir, ada kerja banyak.

Walau apapun this topic is very interesting to talk.

Anonymous said...

mekasih ayahku krn sudi komen. Dah start kuliah program master ke?