Saturday, February 14, 2009

fertigasi

Petang semalam, diadakan taklimat mengenai Sistem Tanaman Fertigasi Untuk Program Usahaniaga & Bumi Hijau kepada semua pengetua dan guru besar sekolah2 daerah Muar. Menurut kata Timbalan PPD dlm ucapan alu2annya, taklimat ini bukan tujuan komersial tetapi menurut kata pengurus syarikat yg menyampaikan taklimat tsb usaha tanaman ini boleh dijadikan sumber pendapatan bagi kelab, persatuan atau pihak sekolah. Mungkin maksud timbalan tu ialah PPD tidak mengambil sebarang keuntungan daripadanya. Ianya bukan sahaja utk sekolah, individu yg berminat pun boleh mengusahakannya di rumah krn tanaman fertigasi ini tidak memerlukan kawasan yg luas. Beberapa pakej disediakan, antaranya ialah pakej 12 polybag berharga RM100 dan 24 polybag hanya RM180 sahaja. Menarik jugak, tergerak hati nak mengusahakannya di rumah. Dalam pada itu, teringat pulak aku kepada tanaman secara haidroponik yg popular sedikit masa dulu, masih wujud lagikah???

Sila lihat link ini, tk.

8 comments :

waruna said...

saya pernah mengikuti kursus fertigasi oleh GM Peladang. kebanyakan sekolah di Terengganu yang menawarkan mata pelajaran sains pertanian telah mula mengusahakan tanaman fertigasi sejak 5 tahuan yang lalu.

cikguyusof said...

ok ke kalau kita usahakan di rumah? Pernahkan cikguwaruna mengusahakannya?

labi said...

aku tak kira..
tajuk lain tapi komen lain..
ni pasal tajuk buah itu hari..binatang apa yang paling banyak buah> jawapnya ialah naga. kau tengok masa tarian naga kalau 10 orang yang menari..ada dua puluh buah pada naga tu.
ok pasal tanam pokok buah dalam premis sekolah. aku tak setuju, pertama sekolah sudah jadi tempat business. lama lama guru dan GB terpikir apa kata kita bukak syarikat? maka akhirnya anak murid jadi buruh kongsi atau pekerja. kedua mengundang pencerobohan sebab sekolah mengwujudkan faktor penarik kepada pencuri, mat gian, mat rempit dan sebagainya, ketiga alasan keluar rumah oleh murid murid kepada ibubapanya...mak nak ke skeolah siram pokok, walhal jumpa makwe di rimbunan pokok yang cikgu labu tanam...tapi kalau labu nak buat jugak...buat dulu nanti kita tengok macamana...silakan, selamat menenmpuh masalah

Ahmad Faris bin Johan said...

Bagus tu Sop, buat projek tanaman tersebut di sekolah dan integrasikan dengan Kemahiran Hidup.

chehassan said...

Saya dah pakat dgn Jabatan Pertanian, nak buat projek tanaman nanas di kaw sekolah yang luas. Matlamat saya, kaw sekolah bersoh dari semak samun yang jadi tempat pembiakan ular dan anjing liar. Ada rezeki, boleh masuk tabung kebajikan guru dan sekolah.

Cikgu Wahab (simantanguru) said...

cikguyusof,
Kos tu untuk polybag je ke? Kata kawan saya, bajanya boleh tahan juga harganya. Kemudian kena beli alat tester pH/EC/PPM. Bahan kawalan serangga nak kena beli juga. Kalau kosnya sesuai,nak cuba jugak. Apa bezanya cara fertigasi ni dengan cara hidropinik tu.?

Cikgu Wahab (simantanguru) said...

Sof, Chehassan,

Yang paling utama ialah pengurusannya. Apa pun projek untuk sekolah kalau tak diuruskan dengan betul, objektif dan matlamatnya tak kan tercapai.

Tak ada salahnya nak tanam nanas ke, projek fertigasi ke, atau tanam buah ke. Mesti ada cara yang betul nak uruskan semua tu.

Di Thailand, kawasan sekolah di tanam sayur dan buah-buahan. Sebab itu Malaysia tak boleh lawan Thailand dlm pengeluaran hasil pertanian yang bermutu.

Budak-budak diajar meminati bidang pertanian. Keluar universiti pun jadi petani.

Buah 'pelay' pun kita import dr Thailand.

cikguyusof said...

labi@kk; aku dah tahu kau mmg nak melalut mencarut, kau tu bukannye bole aku mulakan sikit, pandai jer kau nyambungnye... Ttg tanaman tu nampaknya minda kau agak kurang terbuka....mungkin kau mmg jenis tak suka bercucuktanam kot? Masalah kat mana2 ada labi, dari dlm perut ibu sampai dlm perut bumi, tak sunyi kita drp menghadapinya....

Faris; mmg ada cadangan projek itu menggunakan peruntukan KH dan Pendidikan Khas pun bole jugak.

CheHassan; projek yg bagus tu. kat Johor ni ada sekolah yg ada kebun sawit, mewah jugak ler masa harga mahal dulu....

CikguWahab; harga tu adalah all in one. Yg dlm link tu harganya RM180 tapi kalau di Muar ni dgn harga itu dlm pakej yg 24 polibag. Haidroponik tidak menggunakan sebarang medium kecuali air dan bekas2nya laa. Fertigasi menggunakan baja air dan mediumnya ialah sekam padi yg dibubuh dlm polibag tu. Boleh utk 5/6 kali tanaman. Mmg betul kata cikguWahab, apa2 program/projek, pengurusannya sgt la penting!!!