Friday, February 06, 2009

ikut isteri

"Dua hari lepas, isteri Imam 1 masjid kampung aku meninggal dunia. Baru semalam selepas zohor aku dapat berjumpa dengannya untuk mengucapkan takziah. Semasa berbual, beliau ada bertanya kepada beberapa orang lain yang ada ketika itu tentang ada atau tidak doa2 khusus untuk melupakan isteri yg telah meninggal dunia. Aku turut menyampok, kalau teringat2 kat isteri yg baru meninggal, kira ok ler, biase ler tu.... Aku sempat bertanya dah berapa tahun hidup bersama. Katanya dah selama 58 tahun. Isterinya berumur 73 tahun dan beliau sendiri sudah menjangkau ke 80 tahun. Aku teringat pulak pada kata2 yang pernah aku ucapkan kepada isteriku; kita hidup bersama ni, akan sampai ketikanya nanti sama ada awak yang melihat mayat saya atau sebaliknya.... Kita tidak tahu bila masanya tapi ia adalah pasti!!!"

Entri di atas aku post pd 21 Nov 2008 dan pada pagi tadi imam tersebut (Tn Hj Md Yassin bin Md Saat) telah meninggal dunia kerana kemalangan motosikal. Al Fatihah!

Dulu, selepas beberapa hari kematian isterinya, allahyarham sering jugak menyatakan bahawa agak sukar bagi dirinya untuk melupakan isteri yg telah begitu lama hidup bersama dengannya. Tak sangka bahawa tempoh allahyarham mengikut jejak isterinya tidaklah begitu lama... kita doakan mudah2an allahyarham ditempatkan di kalangan orang2 yg soleh, amin!

3 comments :

muor76 said...

teringat jiran saye.. cine... memule yg laki mati (kalo cine selalu aku gune mati) sebab tertelan cat.. pastu bininyer lak mati, terperanjat bile dapat berite mengatakan lakinye mati...

bile sebut bab mati nih kadang org luper.. yang org dok selalu ingat hanye buah kepale tua jerk yg gugur.. tapi terlupe kekadang buah kelape muda pon org petik gak...

cikgu, saye asal jln daud.. umah mertua lak kat seri menanti..

Anonymous said...

betul la tu muor76, kelapa yg tua mmg tunggu masa jer nak gugur tapi yg muda bukan saja boleh dipetik org, gugur sendiri pun boleh....!

saya pulak berasal dr Jalan Mahmood, Parit Jawa..

chehassan said...

Peristiwa sebegini pernah berlaku kepada jiran baik saya beberapa tahun yang lalu. Ketika membuat persiapan menunggu jenazah suaminya yang meninggal di hospital tiba di rumah, si isteri ji jatuh tersungkur dan menghembuskan nafas terakhir di atas tilam untuk diletakkan jenazah suaminya. Menariknya kisah ini, ketika membentangkan tilam yang saiznya agak besar itu,arwah ditegur oleh jiran2 mengapa bentangkan tilam yang besar. Jawab arwah, besar lebih baik. Rupa2nya awrwah betul2 sehidup semati dengan suaminya. Semua ank mereka terkejut besar kerana maklumat awal ayah yang meninggal. Tetapi bila tiba di rumah ada dua jenazah terbujur kaku.