Monday, February 23, 2009

markah pemantauan

seorang rakan karib meluahkan rasa kurang senang dan tidak puashatinya tentang pemantauan ke atas mereka yang mendapat kenaikan gred DGA38 dan DG44. Baru2 ini beliau telah dilantik sebagai GB DG44 dan telah dipantau oleh seorang kaunselor drp sekolah menengah yg beliau kenali. Katanya, kawan2 yg lain dapat markah tinggi2, ada yg sehingga 97% dan 98% namun beliau hanya mendapat sebanyak 77% sahaja. Teruk sgtkah aku ni, soal beliau dan jika beginilah keadaannya aku tak perlu ler memegang apa2 jawatan di peringkat daerah, aku nak letak jawatan, keluhnya lagi....

kesian juga aku mendengar keluhannya dan berasa musykil jugak memikirkan mengapa sampai terjadi yg sedemikian. Guru biasa yg baru dilantik pun diberi tak kurang drp 80% markah prestasinya inikan pula GB veteran!!!


p/s: Hari ini adalah hari ulangtahun perkahwinan aku yang ke 24. Moga ikatan ini berkekalan hingga ke akhir hayat, amin!

4 comments :

kembara kelana said...

orang yang pantau tu patut dipantau, ajak dia bentang apa sebab dia beri markah sampai macam tu, atau adakah emosinya yang cemburu menulis penanya itu? kalau aku jadi GB Veteran 44 tu, aku minta PPD chair satu pertemuan dengan pemantau itu. bukan nak naikkan markah tapi nak casri kebenaran dalam amanah yang telah PPD berikan kepadanya, kalau dia benar..sila berikan hujahnya, dan GB tu pula mesti berani mempertahankan dirinya dan organisasinya..kalau betul tunjukkan bukti..sebagai outsider aku tak wajar berikan keputusan sapa betul sapa salah, tapi kenyataan perlu dari ilmu, ilmu perlu benar dan kebenaran perlu dibuktikan..itu saja sekuennya.
salam.

Anonymous said...

Ya, saya bersetuju dengan kembara kelana. Bila berlaku pemantauan, perlu ada juga pemantauan ke atas pemantau sama ada comply atau tidak kepada spesifikasi.

Macam bila buat audit, bila dibentangkan hasil audit, auditee boleh bersoal jawab mengenai hasil audit tersebut dengan auditor ... baru tercapai maksud audit dan pemantauan ...

Dalam kes ni nampak macam berlaku clash of interest sahaja ..

Ketelusan .. itu yang kita cari!

P/s: Selamat ulang tahun perkahwinan .. semoga manisnnya masih tetap sama seperti kali pertama merasanya! Tahniah.

yusofsipan said...

sof, kira aku setuju jer la dgn pendapat kau...lagi pulak mmg betul apa yg kau katakan tu!

cikHafiey, mekasih krn masih sudi menjengah blog ini. Bab pemantauan dan penilaian mmg sering menimbulkan rasa tidak puashati jika tidak berhati dlkm melaksanakannya. Mekasih juga atas ucapan selamat ulang tahun perkahwinan. Mmg sentiasa diusahakan supaya manisnya berkekalan tapi maklum jer la, sedangkan lidah lagikan tergigit....

kembara kelana said...

kalau aku cakap benda betul pun kau setuju pun setuju terpaksa...apalah kau ni sop. kau pikir aku ni brutal memanjang ke..ada kala , otak aku ni ok jugak sop..