Wednesday, December 30, 2009

ingat mengingati

JADILAH GURU SEBENAR
KE SEKOLAH TIDAK JEMU
Setiap sesuatu di dunia ini mempunyai dua wajah; positif atau negatif; hitam atau putih; buruk atau baik; cemerlang atau kecundang; begitu juga sikap dan perlakuan kita sebagai guru-guru yang bukan sahaja profesional sifatnya malah menunjukkan ciri-ciri profesionalisme yang tinggi sepanjang masa.

Monday, December 28, 2009

pindaan penggal persekolahan

sila semak penggal persekolahan seperti yang terdapat di bawah ini kerana terdapat beberapa pindaan, bandingkan dengan yg diperolehi sebelum ini;

Penggal Persekolahan 2010 (pindaan)

dan tentang cuti;

Cuti Berganti dan Cuti Peristiwa Sempena Perayaan 2010


terima kasih.

Thursday, December 24, 2009

eKasih

semalam aku hadiri taklimat program eKasih anjuran jpnj. semua pengetua dan gb terlibat, daerah muar digabungkan dgn segamat dan diadakan di smk alauddin riayat shah pagoh. data murid drp keluarga miskin eKasih akan diselaraskan dlm smm dan pihak sekolah akan terlibat dlm menguruskan program tsb. tentang bantuan ni, yg sering menjadi masalah ialah pihak sekolah mendapat data yg tidak tepat terutama ttg jumlah pendapatan seisi keluarga wp ianya telah diakui sah oleh ketua kampung atau penghulu. apabila bantuan telah diagihkan, ada pulak yg dtg komplen ke sekolah (ke ppd jugak) tanya kenapa mereka tak dapat sedangkan yg dapat tu, menurut mereka adalah lbh baik keadaan ekonominya..... kemudian ppd akan tanya sekolah, apa halnya nih??? (nampak mcm sekolah tak reti2 nak buat keje dan yg sepatutnya bukan pihak sekolah buat pun, mcm pejabat kebajikan masyarakat ler pulak!!!)

Tuesday, December 22, 2009

kembali bertugas

pd tahun ini aku minta guru2 kembali awal ke sekolah iaitu mulai semlm dan pd hari ini aku buat kursus dalaman; mengemaskini perancangan strategik dan penyediaan skt. Tapi tak semua dapat hadir! mereka tidak dipanggil bertugas secara bergilir semasa cuti cuma dikhendaki dtg 2 minggu sebelum buka sekolah. cara begini adalah atas cadangan gpk1 dan nampak mcm ok jugak tapi msh perlu diperbaiki....

ada yg bertanya, cikgu tak cuti ke? iyelah, mmg aku tak ambik cuti pun dan sekarang sibuk nak menghadap sekolah buka pulak! huhu....

Thursday, December 17, 2009

maal hijrah


Selamat Tahun Baru 1 Muharram 1431 Hijriyah. Semoga pada tahun baru ini kita “berhijrah” ke arah yg lebih baik lagi, insyaAllah.

Doa Akhir Tahun
Doa akhir tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk wakti Maghrib pada akhir Zulhijjah-Khamis 17 Disember 2009. Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun, maka syaitan anak berkata: "hampalah kami di sepanjang tahun ini"

Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.

Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.


Doa Awal Tahun
Doa awal tahun dibaca 3 kali selepas Maghrib - Khamis 17 Disember 2009. Barangsiapa yang membaca doa awal tahun, insya Allah dirinya akan terpelihara daripada gangguan dan godaan syaitan di sepanjang tahun tersebut.


Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.


sumber; http://www.andiza.net/

Wednesday, December 16, 2009

gastrik sayang selasih


Gastrik merupakan rasa sakit atau kurang selesa yang dialami oleh perut. Malah, rasa sakit ini boleh jadi semakin teruk sekiranya perut anda kosong ataupun selepas anda makan. Namun, ada kalanya rasa sakit ni tiada sebarang kaitan dengan makanan yang anda ambil. Begitulah serba sedikit info mengenai gastrik. Cuma di sini saya lebih berminat untuk mendedahkan satu ubat gastrik. Iaitu dengan memanfaatkan keistimewaan semulajadi daun selasih.

Bagi yang mengalami gastrik, anda disarankan agar memakan daun selasih secara mentah. Seperti biasa, basuhlah dulu daun selasih tu sebelum memakannya. Amalkan petua ni setiap hari. Itu saja. Mudah, kan? Ini kerana, kegunaan daun selasih dalam mengubat penyakit gastrik telah diakui oleh Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM). Jadi, anda boleh mengamalkannya tanpa was-was.

Selamat Mencuba!

Tuesday, December 15, 2009

terkilan

GPI aku ditukarkan ke sekolah lain tanpa berbincang malah langsung tidak dimaklumkan kpd pihak sekolah terlebih dulu, tiba2 terima surat pertukaran tersebut pagi tadi....

???????????????

Thursday, December 10, 2009

NKRA

pagi tadi aku hadir dlm mesyuarat pengurusan dan Taklimat Tawaran baru/New deals bagi Pengetua/Guru Besar Daerah Muar di SJKC Pu Nan, Bakri. PPD menerangkan semula tentang NKRA dan memberi taklimat khas mengenai New Deals.... data sekolah akan di'key-in' mulai 15 hingga 21 Disember ini. Kekawan kata, "biasa ler tu, org baru program baru ler....."

Wednesday, December 09, 2009

petua untuk sihat

4 perkara menguatkan badan; makan daging, memakai haruman, kerap mandi dan berpakaian dari kapas.

4 perkara melemahkan badan; banyak berkelamin (bersetubuh), selalu cemas, banyak minum air ketika makan dan banyak makan bahan yang masam.

4 perkara menajamkan mata; duduk mengadap kiblat, bercelak sebelum tidur, memandangyang hijau dan berpakaian bersih.

4 perkara merosakkan mata; memandang najis, melihat orang dibunuh, melihat kemaluan dan membelakangi kiblat.

4 perkara menajamkan fikiran; tidak banyak berbual kosong, rajin bersugi (gosok gigi), bercakap dengan orang soleh dan bergaul dengan para ulama.


sumber; http://www.bicarakita.com/

Monday, December 07, 2009

perjumpaan bersama pengarah

pagi ini sepatutnya aku berada di SM Foon Yew, Kulai krn menghadiri perjumpaan semua pemimpin pendidikan seluruh Johor bersama pengarah jpnj dan taklimat pengurusan tetapi kerana badan masih rasa tak sihat maka aku wakilkan gpk koko yg setia itu utk menghadirinya, terima kasih daun keladi en samad! (susah payah dia dtg rumah aku mlm tadi utk ambil surat panggilan taklimat tsb)

Friday, December 04, 2009

pendidikan khas dan polistrin

sekolah aku dpt peruntukan membaikpulih bangunan lama utk dijadikan bilik kelas pendidikan khas. Bangunan lama yg mengandungi tiga kelas itu telah dijadikan dewan. Semua lantainya dipasang tile tp dinding dan bumbungnya tidak diganti.... msh kelihatan antik ler!


smlm aku potong polistrin dlm bentuk lencana sekolah utk ditampal dgn gambar semua warga sekolah, lama dah tak buat keje mcm ni, seronok jugak.....hehehe

Wednesday, December 02, 2009

semak semula

pagi semalam seorang murid tahun enam datang ke sekolah kerana nak memohon semak semula keputusan upsr 2009. Beliau hanya mendapat 3A2B sedangkan keputusan uppmnya sering mendapat 5A, mungkin ibu bapanya yg mendesaknya. Pihak sekolah tiada halangan dan akan membantunya utk menghantar borang semak semula. Menurut s/u peperiksaan, semasa di sekolah lamanya dulu, ada jugak murid yg memohon semak semula dan apabila dapat keputusan yg baru, ianya ternyata berbeza, bertukar drp B kepada A. Kalau macam itu eloklah dibuat semakan, bayarannya pun tidaklah mahal, hanya RM10 shj utk satu matapelajaran. Ini adalah pengalaman pertama aku kerana di sekolah rendah memang sangat jarang ada murid yg membuat permohonan semak semula keputusan....

Sunday, November 29, 2009

Friday, November 27, 2009

pengorbanan

bersempena dgn hariraya qurban hari ini, marilah kita sama2 menghayati buat sekian kalinya erti pengorbanan yg sebenarnya, jgn lembu sahaja yg sanggup berkorban nyawa.....!!!

Thursday, November 26, 2009

menu raya

sepertimana raya puasa yg lepas, aku cadang nak rebus ketupat plastik segera jer tp wife dah awal2 plan dgn anak2 utk buat ketupat daun kelapa, layan jer la....
so ptg smlm aku dah beli daun ketupat tp bila aku balik mlm td msh lom beranyam lagi, maknanya apa? Aku jugak ler yg kena buatnye.....huhu
lepas subuh tadi aku anyam sikit, baru dpt lbh kurang 10 biji, nantilah ptg sambung lagi.... Anak2 sekarang tahunye nak senang jer, beberapa kali gagal terus taknak belajar lg nganyam ketupat! Mereka kata makanan2 tradisional ni susahlah nak menyediakannye..... ditambah pulak sekarang ni berlambak ketupat segera maka semakin malas ler!

seingat aku, semasa di sekolah rendah lagi aku dah pandai nganyam ketupat dan berkekalan hingga sekarang..... cuma kuih tradisional yg aku taklarat nak buat hingga kini ialah dodol.... sejak dulu aku anggap 'mengacau dodol' adalah terlalu menyiksakan!!!

Tuesday, November 24, 2009

selamat hari raya korban

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah berkata, "Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, dengan ini diisytiharkan bahawa 1 Zulhijah 1430 Hijrah ialah pada 18 Nov 2009 Masehi.

"Oleh yang demikian Hari Raya Qurban (10 Zulhijah) bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Jumaat, 27 Nov 2009 Masehi,"


p/s; sesapa yg berminat dgn skrip popular di atas tu, kopipes ler, hehehe....