Friday, February 01, 2008

Study

Hari ini takde kuliah, pelepasan untuk persediaan exam on monday nanti. Tapi aku tak study pun, nota berlambak tak terbaca, hanya berehat sahaja. Nape badan rasa lemah dan rasa nak tidor??? Aku rasa ini adalah disebabkan oleh faktor usia yang semakin lanjut..... Harapan aku moga masa exam nanti aku sihat walafiat dan dapat menjawab soalan exam dengan baik, amin.
Lepas asar ke bandar dengan Anas, photostat dan ke bank. Singgah CC untuk update blog.
Ok, jumpa lagi, wassalam.

6 comments :

Anonymous said...

Salam,

UPSI dah nak exam ke?

Selamat berjuang, cikgu yusuf. Semoga berjaya dengan cemerlang.

Admin SKBP said...

salam,
baca tu baca ingatnya tidak, harap-harap boleh jawap. yang tentunya lulus.
thanx for the respond to the blog

Anonymous said...

assalammualaikum wrt.cikgu yusof teruskan le study, penat serta mengantuk tu biasa le. tapi jangan jadikan usia sebagai alasan kita mudah letih, katakan pada diri "i can do it". kalau letih, lihat pemandangan pohonan hijau yang indah dan buat senaman ringkas. banyakkan minum air masak, bila dah cergas, study lagi.so, wish u good luck in your exams. nanti belanja saya makan soto johor ye....

yusofsipan said...

terima kasih maya, lama tak muncul, ingatkan dah lupa nak menjenguk blog saya. Saya memang tak 'fit' betul la untuk beriya study. Memang saya dah tua pun, menghampiri usia setengah abad. Moga kita semua berjaya. Nanti saya belanja apa sahaja yang u nak....

Anonymous said...

kesian usop, asyik-asyik letih saja. Itulah tak dapat suntikan semangat dari your viwes.Mereka tu rindukan usop.Kalau balik selalu tentu tak letih macam saya ni.baru minggu ni tak balik. Anyway tahniahlah sebab dah ramai insan yang telah melayari blog ini. Moga dapat ramai kenalan. tapi jangan lebih dari dua sudahlah. Selamat menempuh peperiksaan akhir fasa 6moga succes selalu. bye....

yusofsipan said...

puteri desa, terima kasih kerana masih sudi tuan mencemar duli. Sering2lah melawat blog ini, dapat jugalah kita terus berinteraksi.
Aku letih bukan sebab tak baliklah... almaklumlah usia kita kan dah lanjut, mana ler boleh study macam bebudak muda tu... Aku setiap malam bergayut dengan wives aku, kira dapat jugaklah suntikan semangat.... Nape ramai yang bimbang kot2 aku tambah lagi? Tapi ada juga yang memberi galakan, tak tahu lah aku sama ada mereka tu ikhlas atau tidak....anyway aku anggap itu semua sebagai gurauan.... Bagi lelaki yang suka mengusik aku tu, sebenarnya diorang hendak tapi tak berani...ke isteri diorang yang tak takut kat mereka...
Amacam exam hari ni, ok ke???