Monday, February 18, 2008
minggu antidadah
aku melancarkan sambutan minggu antidadah pagi tadi. Menurut teks menteri pelajaran, sejak 1983 telah dilaksanakan program antidadah namun masalah ini masih wujud malah bertambah tenat pada masa kini. Apa nak jadi dgn anak2 bangsa melayu kita? Aku tegaskan kat murid2 bahawa ingin mencuba dan ingin tahu adalah sifat2 yg baik tapi bukan untuk digunakan pada dadah yg akibatnya memusnahkan diri sendiri. Bila lagi anak2 bangsa kita mahu sedar?
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
3 comments :
sekolah saya juga melancarkan minggu anti dadah semasa perhimpunan pagi tadi.sebenarnya kempen2 dan program2 seperti ini memang sudah lama dibuat tapi macam tak de kesan....dalam apa jua bidang dan pembangunan sahsiah murid, pihak sekolah bersungguh-sungguh menerapkan nilai-nilai yang baik dalam diri anak-anak, tetapi hal dan bab nilai ini tiada kesinambungannya di luar. Murid dalam usia remaja lah yang perlu diberi perhatian
kita hidup dalam alam yang berbeza. Nilai yang diajar di sekolah tidak sama dengan nilai masyarakat kita keseluruhan.
Mungkin sudah tiba masanya untuk kita "menyekolahkan" kembali masyarakat?
sebagai pendidik/guru di sekolah, adalah sukar untuk kita 'menyekolahkan' masyarakat. Apa yg selama ini dilakukan oleh sekolah ialah untuk melahirkan insan kamil yang akan mencorakkan masyarakatnya, namun hajat tersebut masih belum kesampaian. Dan apa2 masalah yg berlaku dalam masyarakat sekarang dikembalikan semula sekolah untuk menyelesaikannya. Apalah daya kita?
Post a Comment