Thursday, February 07, 2008

Selamat Sampai

Aku selamat sampai di rumah malam selesa tu lebih kurang jam 11.00 mlm. Aku singgah supermarket beli buah limau sekotak, anak dara aku yg tahun satu tu sibuk suruh beli, nasib baik supermarket tutup lewat. Aku pun jadi sama macam diorang yg nak raya..... sibuk. Semalam lepas zohor keluar beli barang kat The Store, punya ler ramai orang, rupa2nya hari ni pun tak tutup, ingatkan raya cina tutup.... Hari ni malas la nak keluar ke mana2.....layan blog ler pulak, dah dua hari tak jengah.

3 comments :

Anonymous said...

Alhamdulillah kerana selamat sampai. Raya Cina sakanlah kau Cop. Jangan lupa untuk terus berinteraksi dengan blog kumpulan kita. Bye.

Anonymous said...

Syukur pada Allah en.yusof dah selamat sampai kat kampung. Saya balik JB pada Rabu jam 7 pagi. Walau sesibuk dan seronok kat sekolah dan rumah tu nanti, jangan lupa fasal dua asignment tu dan seperti yang en.faris beritau... terus berinteraksi dgn blog kumpulan kita.TK

yusofsipan said...

Jutaan terima kasih kat Faris dan kak Aishah, sudi juga melawat blog aku. Raya sakan juga la aku tahun ni, beli dua kotak limau, maklum ler balik dua rumah, hehehe. Aku akan tetap jadi blogger setia, setiap post baru kat blog kumpulan kita, aku akan tetap beri komen. Tentang assignment yang dua tu, tak mula lagi la, bila berada kat rumah moodnye lain kan? Semoga kita semua takde masalah utk menyiapkannye.