Saturday, February 09, 2008

Lagu yang aku juga suka

Ini adalah lagu yang aku copy daripada blog seseorang, aku dah beritahu yg aku nak copy dan dia belum bagi izin pun tapi aku dah publish kat sini, very sorry....

Tanya Sama Hati

Tanya sama pokok, apa sebab goyang,
Nanti jawab pokok, angin yang goncang,
Tanya sama angin apa sebab goncang,
Nanti jawab angin, tanyalah awan ...

Awan nanti kata, aku kandung air,
Sampai tempat sejuk, aku pun cair,
Tengok dalam air, nampak baying-bayang,
Campak satu batu, bayang pun hilang.

Tanya sama hati
Apa asal sayang
Adakah tandanya nampak dipandang

Kumbang rayu bunga
Bulan dan bintangnya
Punya tanda-tanda hubungan mesra

Tanya sama hati
Pernahkah merindu
Ingat masa lena apa mimpimu
Masa berjauhan
Apa nan dikenang
Bila difahamkan itulah sayang

Jikalau tidak kerana sayang
Kuntuman kasih tak mungkin kembang
Andainya jemu mengganti rindu
Jambangan mesra tentulah layu

Lagu ini dipetik daripada filem ANAKKU SAZALI (1956).

5 comments :

Anonymous said...

lagu tu memang indah bahasanya. juga simple.... boleh digunakan untuk ajar anak-anak pada rangkap2 yang awal saja le.

yusofsipan said...

terima kasih alan atas cadangan yg bernas itu, akan cuba diamalkan...

Anonymous said...

jangan selalu nyanyi lagu ni sambil campak batu, sebab bila campak jer batu, terus orang nyanyi tu jadi tua ... (kalau x faham apa yang saya kata, sila tonton klip videonya ...)

Anonymous said...

siapa ye 'simata kecil'? saat ni saya tengah ketawa - geli hati - bila baca apa yang ditulis.... sungguh melucukan.tahniah kerana buat joke yang simple tapi sungguh melucukan. saya ni bila dah ketawa susah nak berhenti le..........saya dah tonton cerita lama tu...

Anonymous said...

Ni ada link ke beberapa blog yang saya gerenti cik maya mau gelak sampai terguling2 apabila membacanya ...

http://nurulbahiyah.blogspot.com DAN
http://dugongsenyum.blogspot.com

P/s: SiMata Kecil adalah seorang hamba Allah yang kecil mata dia, tapi 'besar' pandangannya :p