Friday, February 29, 2008
Blog SKPPS
Bersempena dengan 29 Februari 2008 (tahun lompat) aku bangunkan sebuah lagi blog khusus untuk Sekolah Kebangsaan Parit Pinang Seribu, di alamat http://skppsmuar.blogspot.com , sudi2lah menjengahnya, terima kasih.
Tahun lompat
Pada tahun ini, bulan Februari mengandungi sebanyak 29 hari. Kalau ada umur, 4 tahun lagi baru jumpa tahun yang seperti ini. Apa yang akan berlaku selama tempoh 4 tahun? Hanya Allah swt sahaja yang maha mengetahui. Kehidupan perlu diteruskan selagi nyawa dikandung badan. Apa2 yang dirancang dan apa2 yang akan berlaku dan terjadi semuanya dengan izin dan ketentuanNYA.
Thursday, February 28, 2008
Kembali ke rahmatullah 2
Semalam selepas magrib, Tn Hj Razali bin Atan, guru besar SK Sungai Raya, Bukit Pasir, Muar telah meninggal dunia. Dua minggu lepas berjumpa dengannya dalam majlis bersama timbalan pengarah. Telah sampai ketentuannya, semoga Allah swt redha dan mencucuri rahmat ke atas rohnya, amin. Al-Fatihah.
Wednesday, February 27, 2008
blog prasekolah
Akhirnya, pada hari ini sempat juga aku membina blog prasekolah. Cadangan awal ialah untuk membangunkan laman web tapi aku sendiri mencadangkan buat blog ler dulu. Blog tersebut boleh dilawati di alamat seperti berikut http://praskpps.blogspot.com . Sudi2kanlah melawatnya dan memberi komen. Terima kasih.
Kembali ke rahmatullah
Pagi tadi sebelum subuh aku dapat sms memberitahu bahawa Sheikh Salim telah meninggal dunia. Dah lama aku tak jumpa. Banyak perkara yang telah dapat aku pelajari sepanjang mengenali dan bersama-sama dengannya terutamanya tentang dakwah dan tabliq. Semuga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas rohnya. Al-Fatihah.
Sunday, February 24, 2008
program sekolah
Semalam ada kursus kaedah membaca cepat untuk guru2 prasekolah peringkat zon. Guru cemerlang aku yang kendalikan. Hari ini motivasi untuk ibu bapa tahun enam dan prasekolah pun ada buat gotong-royong jemput ibu bapa. Kehadiran ibu bapa macam biasalah, kurang memuaskan. Program motivasi hanya lebihkurang separuh sahaja yang hadir.
Di mana silapnya? Buat pada hari Ahad pun tidak boleh datang, apalah lagi kalau dibuat pada hari bekerja. Aku rasa ini adalah berkaitan dengan masalah sikap kita yang sangat perlu diubah. Bila lagi nak berubah?
Di mana silapnya? Buat pada hari Ahad pun tidak boleh datang, apalah lagi kalau dibuat pada hari bekerja. Aku rasa ini adalah berkaitan dengan masalah sikap kita yang sangat perlu diubah. Bila lagi nak berubah?
Friday, February 22, 2008
cuti rehat
wife kata, abang ni nama jer cuti tapi macam tak cuti. cikgu2 kata, eh datang sekolah juga ke cikgu? Memang ler aku sedang bercuti tapi bercuti untuk menyiapkan dua assignments yg mesti dihantar sebelum hujung bulan ini. Nak buat kat rumah tak selesa, so menyorok ler kat mana2 bilik kat sekolah tu, boleh beri lebih tumpuan tapi rasanya tak boleh nak siapkan dua2 sekali... kena ambik cuti lagi ler kalau macam ni....
esok ulangtahun perkahwinan aku yg ke 23 tahun, alhamdulillah lama dah aku melayari bahtera rumahtangga bersama wife tercinta. Semoga kekal bahagia hingga ke akhir hayat.
esok ulangtahun perkahwinan aku yg ke 23 tahun, alhamdulillah lama dah aku melayari bahtera rumahtangga bersama wife tercinta. Semoga kekal bahagia hingga ke akhir hayat.
Thursday, February 21, 2008
takehome assignments
aku ambik cuti rehat, hari ini dan esok untuk buat assignment, mudah2an berjayalah menyiapkannya. Nak kena hantar sebelum akhir bulan ini. Bagaimana dengan kekawan yang senasib, dah buat ke belum? Buat jangan tak buat!
Tuesday, February 19, 2008
melukis dan mewarna
salah satu aktiviti sempena program minggu antidadah ialah pertandingan melukis dan mewarna. Pagi tadi, hampir dua jam sebelum rehat digunakan untuk pertandingan ini. Aku tak pasti sejak bila pertandingan seperti ini diadakan tetapi yang aku pasti memang sudah sekian lama aktiviti ini dijalankan dalam setiap kali program minggu antidadah dilaksanakan. Sejauhmanakah keberkesanannya? Semua guru tidak dapat memberikan jawapan yang pasti.
Monday, February 18, 2008
minggu antidadah
aku melancarkan sambutan minggu antidadah pagi tadi. Menurut teks menteri pelajaran, sejak 1983 telah dilaksanakan program antidadah namun masalah ini masih wujud malah bertambah tenat pada masa kini. Apa nak jadi dgn anak2 bangsa melayu kita? Aku tegaskan kat murid2 bahawa ingin mencuba dan ingin tahu adalah sifat2 yg baik tapi bukan untuk digunakan pada dadah yg akibatnya memusnahkan diri sendiri. Bila lagi anak2 bangsa kita mahu sedar?
Saturday, February 16, 2008
budi dijunjung kasih bertaut
aku hadir dalam majlis meraikan tamat perkhidmatan timbalan pengarah pelajaran Johor. Pengetua dan GB dari Segamat pun turut serta. Pada akhir majlis ketika bersalaman, jelas kelihatan betapa beliau sangat dihormati dan dikasihi, bersalaman dan berpelukan dan cenderahati dari individu berterusan dihulurkan kepadanya. Terdetik dalam hatiku, bahawa tanda Allah swt kasihkan hambanya, manusia pun akan kasih kepadanya. Memang beliau seorang yang warak yang sangat menjaga tentang soal2 yg berkaitan dgn agama. Semoga beliau bahagia sejahtera berada di alam persaraan.
Friday, February 15, 2008
wacana pendidikan
pagi tadi jam 9, hadir dalam majlis wacana pendidikan, Muar selepas 2008: realiti dan cabaran oleh Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Johor, Tn Hj Jamian Jaffar. Dia pernah mengajar aku ekonomi semasa di tingkatan 6 dulu. Seorang pemimpin yg disegani kerana budi pekerti dan akhlak yang mulia di samping sentiasa dapat melontarkan idea dan pemikiran yg bernas. Tahniah cikgu! dan selamat bersara, semoga Allah SWT berkati dan rahmati kehidupan cikgu sekeluarga, amin.
Malam ni akan diadakan majlis meraikan tamat perkhidmatannya di Hotel Sri Pelangi, Muar, semua gb Muar, datang jangan tak datang!
Malam ni akan diadakan majlis meraikan tamat perkhidmatannya di Hotel Sri Pelangi, Muar, semua gb Muar, datang jangan tak datang!
Wednesday, February 13, 2008
hari-hari yang sibuk
lebih 3 hari dah aku tak dapat update blog, bukannnya malas tapi takde kesempatan tapi masih sempat jenguh2 juga la..... hari ini pun sibuk; pagi2 meraikan kedatangan guru ganti utk guru yg cuti bersalin. Pastu pi melawat orang meninggal, guru yg mengajar di MRSM Mersing tapi kampungnya di sini. Kul 11 pg, mesyuarat JK Pemuafakatan Prasekolah. Kul 3 ptg pulak ada mesyuarat JK Program Kecemerlangan UPSR. Boleh tahan sibuk kan?? Paksa jugak diri utk update blog. Ini la kesempatan yg ada, lepas solat asar. Ok, jumpa lagi.
Saturday, February 09, 2008
Lagu yang aku juga suka
Ini adalah lagu yang aku copy daripada blog seseorang, aku dah beritahu yg aku nak copy dan dia belum bagi izin pun tapi aku dah publish kat sini, very sorry....
Tanya Sama Hati
Tanya sama pokok, apa sebab goyang,
Nanti jawab pokok, angin yang goncang,
Tanya sama angin apa sebab goncang,
Nanti jawab angin, tanyalah awan ...
Awan nanti kata, aku kandung air,
Sampai tempat sejuk, aku pun cair,
Tengok dalam air, nampak baying-bayang,
Campak satu batu, bayang pun hilang.
Tanya sama hati
Apa asal sayang
Adakah tandanya nampak dipandang
Kumbang rayu bunga
Bulan dan bintangnya
Punya tanda-tanda hubungan mesra
Tanya sama hati
Pernahkah merindu
Ingat masa lena apa mimpimu
Masa berjauhan
Apa nan dikenang
Bila difahamkan itulah sayang
Jikalau tidak kerana sayang
Kuntuman kasih tak mungkin kembang
Andainya jemu mengganti rindu
Jambangan mesra tentulah layu
Lagu ini dipetik daripada filem ANAKKU SAZALI (1956).
Tanya Sama Hati
Tanya sama pokok, apa sebab goyang,
Nanti jawab pokok, angin yang goncang,
Tanya sama angin apa sebab goncang,
Nanti jawab angin, tanyalah awan ...
Awan nanti kata, aku kandung air,
Sampai tempat sejuk, aku pun cair,
Tengok dalam air, nampak baying-bayang,
Campak satu batu, bayang pun hilang.
Tanya sama hati
Apa asal sayang
Adakah tandanya nampak dipandang
Kumbang rayu bunga
Bulan dan bintangnya
Punya tanda-tanda hubungan mesra
Tanya sama hati
Pernahkah merindu
Ingat masa lena apa mimpimu
Masa berjauhan
Apa nan dikenang
Bila difahamkan itulah sayang
Jikalau tidak kerana sayang
Kuntuman kasih tak mungkin kembang
Andainya jemu mengganti rindu
Jambangan mesra tentulah layu
Lagu ini dipetik daripada filem ANAKKU SAZALI (1956).
Thursday, February 07, 2008
Selamat Sampai
Aku selamat sampai di rumah malam selesa tu lebih kurang jam 11.00 mlm. Aku singgah supermarket beli buah limau sekotak, anak dara aku yg tahun satu tu sibuk suruh beli, nasib baik supermarket tutup lewat. Aku pun jadi sama macam diorang yg nak raya..... sibuk. Semalam lepas zohor keluar beli barang kat The Store, punya ler ramai orang, rupa2nya hari ni pun tak tutup, ingatkan raya cina tutup.... Hari ni malas la nak keluar ke mana2.....layan blog ler pulak, dah dua hari tak jengah.
Tuesday, February 05, 2008
Balik Kampung
Sejak malam tadi aku berkemas untuk balik kampung. Petang ni lepas exam kertas Matematik, aku akan terus balik kampung, yeh yeh balik kampung! Rindu la kat my son yang baru pandai jalan, cian dia, lama dah tak jumpa papa dia. Anak2 mak mertua pun aku rindu jugak.....hehehe, jangan jeles......
Monday, February 04, 2008
Exam
Kali pertama aku duduki exam untuk dua paper dalam sehari. Malam tadi cadang nak tidur awal tapi tak dapat juga, lepas tengah malam baru dapat tidur. Anyway, ok juga la badan, tidak la rasa letih dan mengantuk..... Kertas Prinsip Pengajaran Bacaan boleh ler tahan, pensyarah tak beri satu tips pun, suruh baca semua nota dia jer, haru jugak dibuatnya. Besok ada dua paper lagi, yang tough, matematik dan pemasaran, nak study ler ni..... tapi update ler blog dulu kan.....
Sunday, February 03, 2008
Ahad Terakhir
Fasa 6 sudah hampir benar di penghujungnya. Hari ini adalah hari
ahad terakhir aku berada di sini tapi masih serupa dengan yang dulu2 jugak. Semalam kena hujan sewaktu nak ke masjid untuk solat Isya, pagi ni rasa tak sedap badan ler pulak. Anti-body dah tak kuat, kena hujan sikit pun boleh kena demam.
Masih banyak topik yang perlu dibaca, hari ini nak buat perbincangan kumpulan lagi. Inilah saja cara yang aku rasa berkesan untuk persiapan exam. Nak baca sendiri dan hafal bukanlah caranya kerana faktor usia.
Hari ini, banyak perkara baru yang mengganggu fikiran.
ahad terakhir aku berada di sini tapi masih serupa dengan yang dulu2 jugak. Semalam kena hujan sewaktu nak ke masjid untuk solat Isya, pagi ni rasa tak sedap badan ler pulak. Anti-body dah tak kuat, kena hujan sikit pun boleh kena demam.
Masih banyak topik yang perlu dibaca, hari ini nak buat perbincangan kumpulan lagi. Inilah saja cara yang aku rasa berkesan untuk persiapan exam. Nak baca sendiri dan hafal bukanlah caranya kerana faktor usia.
Hari ini, banyak perkara baru yang mengganggu fikiran.
Saturday, February 02, 2008
Menerima Tetamu
Tersangatlah berbesar hati apabila blog aku dilawati oleh tetamu luar kumpulan kita. Jutaan terima kasih. Menjadi satu suntikan semangat untuk aku terus bergiat di blog.
Masalah internet di kolej masih belum selesai, hingga dah sampai ke penghujung fasa, terpaksa la aku ke CC utk update blog. Hari ni aku masih setia ditemani oleh Anas yang tengah kemaruk dengan yahoo messenger.....
Tak abis study lagi la, baca sekejap tertidurnya yang lama..... Tapi melayan blog masih sempat....
Masalah internet di kolej masih belum selesai, hingga dah sampai ke penghujung fasa, terpaksa la aku ke CC utk update blog. Hari ni aku masih setia ditemani oleh Anas yang tengah kemaruk dengan yahoo messenger.....
Tak abis study lagi la, baca sekejap tertidurnya yang lama..... Tapi melayan blog masih sempat....
Friday, February 01, 2008
Study
Hari ini takde kuliah, pelepasan untuk persediaan exam on monday nanti. Tapi aku tak study pun, nota berlambak tak terbaca, hanya berehat sahaja. Nape badan rasa lemah dan rasa nak tidor??? Aku rasa ini adalah disebabkan oleh faktor usia yang semakin lanjut..... Harapan aku moga masa exam nanti aku sihat walafiat dan dapat menjawab soalan exam dengan baik, amin.
Lepas asar ke bandar dengan Anas, photostat dan ke bank. Singgah CC untuk update blog.
Ok, jumpa lagi, wassalam.
Lepas asar ke bandar dengan Anas, photostat dan ke bank. Singgah CC untuk update blog.
Ok, jumpa lagi, wassalam.
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)