Monday, December 07, 2015

daun sambung nyawa


Tinggi-tinggi si matahari
Anak kerbau mati tertambat,
Puas sudah aku mencari
Baru kini aku mendapat

Semalam dapat benihnya di rumah kawan di Parit Kangkong, dah tanam dlm polibag dan kelihatan segar daunnya pagi tadi.

Tuesday, October 27, 2015

buluh rebung madu

Menantu yang menanam pokok buluh ni dan tergerak hati pulak nak membersihkan dan membelanya. Bolehlah nanti makan sayur rebung masak lemak.  Bercadang untuk utk tinggalkan 4/5 batang saja dan yang lainya nak dijadikan benih. Dah ada dua orang yang berhajat benih buluh tu...hihi

Maklumat tentang buluh rebung madu ada di sini dan khasiat rebung madu di sini.



Wednesday, September 02, 2015

Kreatif dlm bersedekah

1. Belilah beberapa buah kerusi @ bangku dan letakkan di dalam masjid. Supaya dapat diguna orang yg ingin memakainya di saat solat (amalan biasa d masjid2 arab mekah & madinah).

2. Letakkanlah sedikit makanan kucing dan semangkuk air diluar rumah utk kucing2 yg dtg..

3. Sisihkanlah sedikit dari hasil gaji @ upah jerih payahmu, untuk dsumbangkan kpd anak yatim & orang miskin.

Tuesday, July 07, 2015

Cinta itu buta

Al kisah....(sekadar kongsi cerita)

Seorang lelaki buta memasuki sebuah restoran. Amin, pemilik restoran berkenaan pergi ke arah lelaki buta itu dan menghulurkan menu.

"Encik, saya kan buta, saya tak boleh membaca menu. Tolong bawakan sudu kotor yg telah digunakan pengunjung restoran ini, saya akan menciumnya. Dari situ nanti saya tau masakan apa yg enak untuk dipesan," kata lelaki buta.

Tuesday, June 30, 2015

Jawapan Isteri Yang Menyebabkan Suaminya Menangis

Assalamualaikum, kisah ini menceritakan suami yang bekerja secara kontrak dan sudah 3 bulan ditunda gajinya. Isterinya pada suatu hari mengajak beliau ke ekspo perabot dan hiasan dalaman rumah. Semuanya akan diceritakan menerusi perbualan di bawah:

"Abang, kita pergi kedai hiasan dalaman rumah, boleh?"

Sunday, June 28, 2015

72 fakta hati wanita

1. “Jangan ceritakan betapa cantik, baiknya bekas kekasih kamu yang dulu, perempuan benci tu !

2. Perempuan ni jenis yang teliti. jadi jangan sesekali tersasul atau terlepas cakap.

3. Perempuan suka benda yang menyakitkan atau  yang merumitkan asalkan mereka nampak cantik. Contoh kasut tumit tinggi & selendang berbelit-belit.


Friday, June 26, 2015

jangan ketawa kuat2

Al kisah, 3 Pilot yang ditangkap oleh suku kaum Kanibal, ketiga2 pilot yang ketakutan tersebut memohon agar tidak dibunuh.
Maka ketua suku kaum itu pun berkata, "Kalau korang semua nak hidup, korang kena masuk hutan & bawa 10 biji buah yang sama jenisnya. Tapi korang hanya ada masa 3 jam saja!"

Sebelum 3 jam, pilot yg 1 pun akhirnya sampai dan bawa 10 biji epal.

Ketua Suku : "Ok, kamu dah bawa 10 biji epal. Sekarang masukkan semua epal tu ke dalam lubang dubur kamu satu persatu.
Kalau kamu merintih atau bersuara, kamu akan saya bunuh!"

Saturday, June 20, 2015

rakyat malaysia bazirkan 1 juta kg makanan setiap hari dalam bulan Ramadhan?


Ramadhan – bulan yang indah di mana rakan-rakan Islam kita berpuasa dan orang bukan Islam berkunjung ke bazar Ramadan. Bukan lagi rahsia bahawa makanan boleh didapati di mana-mana sepanjang bulan ini dan apabila masa berbuka puasa, pilihan makanan yang ada melimpah ruah.

Saturday, June 13, 2015

keje kawen di rumah Yatie

walaupun aku tidak berkesempatan utk hadir, aku abadikan gambar2 kenangan di majlis tersebut buat tatapan semua khasnya ahli grup STM 78

Klik Read more utk melihat gambar seterusnya.

Ramadhan datang lagi



Saturday, May 16, 2015

mana netbook 1malaysia

Hari ini genap setahun pengumuman pemberian 400,000 netbook 1Malaysia sebagai hadiah Hari Guru 2014 oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Namun Ketua DAPSY Teo Kok Seong berkata, sehingga menjelang sambutan Hari Guru esok, para guru masih tertanya-tanya tentang janji pihak kerajaan tersebut Shabery pada 19 Jun 2014 dalam jawapannya di Parlimen berkata, sebanyak RM400 juta telah dibelanjakan untuk Netbook 1Malaysia.

Tegas Kok Seong, RM400 juta merupakan angka yang sangat besar dan perbelanjaan itu perlu diperjelaskan kepada warga guru dan seluruh rakyat Malaysia.

UTK ke-55

seawal 12.01 tgh mlm, aku menerima ucapan......

Friday, May 15, 2015

bersantai di rumah emak Yatie

Petang tadi selepas asar, aku, isteri dan cucu pergi ke rumah emak Norhayati Sabtu, di Pt Tengah. Sejak tahun 1980 kami tidak pernah berjumpa hanya baru-baru ini dapat berinteraksi dan menatap gambar di alam maya sahaja. Selain daripada aku dan Yatie, Junaidah Paiman, Mashitah Adenan, Badariah Sulaiman, Md Nor Karno dan Ng Kim San telah sama-sama turut serta. Banyak cerita yang tidak sempat dibualkan kerana kesuntukan masa.

Md Nor, Kim San, Siti Badariah, Norhayati, Mashitah dan aku

Thursday, May 14, 2015

seawal 6 pagi ke

Aku terserempak dengan pekerja SWM ketika keluar dari Masjid Jamek Muar selepas selesai solat subuh pagi tadi. Dia mendukung mesin penyembur sampah (zaman canggih ni dah tak guna penyapu dah) menyembur sampah2 kecil di tepi jalan hadapan masjid. Aku terus menjeling jam di dalam kereta, 6.07 pagi, wow! awalnya mula bekerja.....


Sunday, May 10, 2015

khasiat air zam-zam

Petang semalam di sebuah masjid di Melaka, aku terserempak dengan seorang lelaki sedang menjinjit sebotol air;
Air apa tu bang?
Air zam-zam
Bape harga tu?
30 ringgit
Banyak air zam-zam tu
Iye, saya buat ubat, hari-hari minum, Alhamdulillah dulu saya kena stroke, ni dah beransur sembuh
(Dia capai tangan kanan saya dengan tangan kirinya)
Ni tengok dah okay jugak dah tangan saya berkat minum air zam-zam
Dah bape lama kena stroke?
Adalah dalam lima enam tahun
Alhamdulillah, mudah2an sembuh seperti sedia kala, umur abang bape?
57
Owh, tua dua thn drp saya....ok jumpa lagi bang, assalamualaikum!


Wednesday, May 06, 2015

derma darah

Program Menderma Darah bersempena sambutan Hari Guru tahun 2015 telah diadakan di PPD Muar semalam, 5 Mei 2015 dari jam 8.00 pagi hingga 4.00 petang.




Monday, May 04, 2015

born 60

Rakan sekolah, Razali Alias mengadakan kenduri kahwin anak lelakinya. Sempat berjumpa dengan rakan-rakan sekolah yang sebaya (lahir tahun 1960) dan ada yang sudah tidak dapat dikenali kerana telah hampir 40 tahun tidak berjumpa. Jejak kasih le pulak....hihi

bersama Suratman

Sunday, April 26, 2015

program menembak

Tarikh: 24.04.2015
Hari: Jumaat
Masa: 4.00 - 6.00 ptg
Lokasi: Padang Tembak, Kluang
(setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada Leftenan Kolonel Khamis bin Kasim)


bersama rakan sekolah

Ng Kim San dan Mohd Nor Karno
Mansor Hayon
Mohd. Nor bin Karno dan Asha'ri Amir





Wednesday, April 15, 2015

Rofidah dalam kenangan

Malam tadi aku terbaca berita sedih di FB bahawa Rofidah telah meninggal dunia pada petang semalam, lebih kurang jam 3 ptg. Daripada Allah kita datang dan kepada Allah jua kita kembali.

Pada akhir tahun lepas, aku berkesempatan berjumpa dengannya ketika menghantar anak sedara bernikah dengan orang Alor Setar. Dia dan suami datang dan kami sempat makan bersama di sebuah kedai makan di tepi sungai. Keadaannya biasa sahaja walaupun macam kelihatan tidak secergas semasa di IAB dan di UPSI, maklumlah mungkin kami masing-masing telah dimamah usia.

Moga kau bahagia di sana Fidah dan ditempatkan bersama-sama dengan para solehin. Amiin. Takziah buat keluarga Rofidah dan bersabarlah menghadapi ujian ini. Sesungguhnya setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati.

Posting lama tentang Rofidah, klik di sini.


Tuesday, April 07, 2015

kenangan lalu

sejak join grup WhatsApp kawan-kawan sekolah maka timbullah gambar-gambar lama seperti di bawah ini yang memang sungguh mengusik jiwa dan perasaan.....

Form 3A 1976

Wednesday, April 01, 2015

anugerah cemerlang

pada hari Ahad (29/3/2015) lepas aku rasa terpanggil ke smk Tengku Mahkota utk hadiri Mesyuarat Agung PIBG kerana anak yg di tingkatan 6 itu telah terpilih utk menerima anugerah. Tahniah Siti Sarah, teruskan usaha yg gigih itu utk terus cemerlang.

Saturday, February 07, 2015

Jiran yang panas baran

Aku ikut tertarik dengan cerita ini kerana aku pun ada membela arnab tetapi sekarang ni dah tinggal dua ekor je. Tentang jiran yang garang tu, aku tidak ada masalah dengan jiran aku, mereka semua baik-baik, hehe.... Nak tahu lebih lanjut, baca kisah lucu di bawah:

Malam semalam, saya terkejut bila nampak kucing saya sedang gigit tengkuk arnab jiran saya. Saya pun terus tepuk kepala kucing saya suruh dia lepaskan arnab tu. Bila saya periksa arnab tu, malangnya arnab jiran saya tu dah mati.

Monday, January 19, 2015

bole parking sini kaa?

Kisah ni berlaku pada bulan disember tahun lepas tapi sejak beberapa hari ni asyik teringat je. Pada hari tersebut aku naik moto kapcai dan singgah di sebuah bank dan oleh kerana malas nak berjalan jauh, aku parking je berdekatan dengan bank. Baru je aku nak bergerak ke bank, seorang apek yg menunggang kapcai lama berhenti sebelah aku dan bertanya, "sini bole parking ka?" Aku jawab, "bole bole, ni banyak moto parking....." Dia kata, "tak bole woo, dulu parking sini aa, wa punye kene lantai woo!" "Oyeke?", tanpa berfikir dua kali aku pun start moto dan parking di tempat yang disediakan. baik apek tu, tolong ingatkan aku.......hehe. Mekasih apek!!!