Aku ikut tertarik dengan cerita ini kerana aku pun ada membela
arnab tetapi sekarang ni dah tinggal dua ekor je. Tentang jiran yang garang tu,
aku tidak ada masalah dengan jiran aku, mereka semua baik-baik, hehe.... Nak
tahu lebih lanjut, baca kisah lucu di bawah:
Malam semalam, saya terkejut bila nampak kucing saya
sedang gigit tengkuk arnab jiran saya. Saya pun terus tepuk kepala kucing saya
suruh dia lepaskan arnab tu. Bila saya periksa arnab tu, malangnya arnab jiran
saya tu dah mati.
Hah! Matilah nak gantikan arnab bulu kembang tu. Mau
dekat RM200 seekor. Dahlah jiran saya tu jenis panas baran. Pernah bini dia
sendiri kena lempang sebab tak susun selipar yang bersepah depan rumah.
Apa lagi,
cepat-cepat saya pergi basuh bangkai arnab tu sampai bersih. Lepas tu keringkan
pakai hair dryer. Letakkan dalam sangkarnya balik senyap-senyap. Kira-kiranya
arnab tu mati dalam sangkar lah kan?
Pagi ini, saya dengar jiran saya membebel. Saya buat tak
tau je tapi jantung rasa nak berhenti bila dia tegur saya dengan muka bengis.
"Kau tahu tak arnab aku mati?" Saya terus jawab dengan nada sedih,
"laa arnab kau mati ke din? Sedihnya.. aku baru nak minta arnab tu dari
kau.."
Din terus mencelah, "Hah! Kau pun sedih kan? Tapi
aku tengah marah sangat ni. Aku dah tanam petang semalam belakang rumah. Entah
siapa yang korek siap bersihkan, lepas tu letak balik dalam sangkar. Jangan
sampai aku tau siapa punya kerja, memang aku siat-siat kulit kepala dia"
Gulp! Saya rasa nak pindah rumahlah..
Moral of the story:
1. Jangan campur urusan binatang.
2. Jiran sepakat membawa berkat. Haha!
No comments :
Post a Comment