Wednesday, April 15, 2015

Rofidah dalam kenangan

Malam tadi aku terbaca berita sedih di FB bahawa Rofidah telah meninggal dunia pada petang semalam, lebih kurang jam 3 ptg. Daripada Allah kita datang dan kepada Allah jua kita kembali.

Pada akhir tahun lepas, aku berkesempatan berjumpa dengannya ketika menghantar anak sedara bernikah dengan orang Alor Setar. Dia dan suami datang dan kami sempat makan bersama di sebuah kedai makan di tepi sungai. Keadaannya biasa sahaja walaupun macam kelihatan tidak secergas semasa di IAB dan di UPSI, maklumlah mungkin kami masing-masing telah dimamah usia.

Moga kau bahagia di sana Fidah dan ditempatkan bersama-sama dengan para solehin. Amiin. Takziah buat keluarga Rofidah dan bersabarlah menghadapi ujian ini. Sesungguhnya setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati.

Posting lama tentang Rofidah, klik di sini.


No comments :