Hari
ini genap setahun pengumuman pemberian 400,000 netbook 1Malaysia sebagai hadiah
Hari Guru 2014 oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery
Cheek.
Namun
Ketua DAPSY Teo Kok Seong berkata, sehingga menjelang sambutan Hari Guru esok,
para guru masih tertanya-tanya tentang janji pihak kerajaan tersebut Shabery
pada 19 Jun 2014 dalam jawapannya di Parlimen berkata, sebanyak RM400 juta
telah dibelanjakan untuk Netbook 1Malaysia.
Tegas
Kok Seong, RM400 juta merupakan angka yang sangat besar dan perbelanjaan itu
perlu diperjelaskan kepada warga guru dan seluruh rakyat Malaysia.
“Jika
RM400 juta telah dibelanjakan, saya rasa pihak kerajaan harus menjawab ke mana
perginya kesemua Netbook 1Malaysia yang telah dibeli itu,” kata Kok Seong dalam
kenyataannya hari ini.
Dalam
jawapan bertulis Menteri Pendidikan kepada Kok Seong di Parlimen pada April
2015, bilangan netbook untuk para guru tidak mencukupi dan hanya dipinjamkan
sekiranya ada keperluan.
Ini
kerana 218,002 unit telah diserahkan kepada 4,501 sekolah dan 367 Pusat
Kegiatan Guru (PKG) di seluruh Malaysia, manakala 126,231 unit dikekalkan
sebagai unit gantian.
KPM
beralasan bahawa penggunaan netbook ini dapat dioptimumkan sekiranya
ditempatkan di makmal komputer sekolah dilengkapi perkhidmatan sokongan
teknikal.
“Mengapa
kerajaan perlu menampung kos untuk menyimpan sebanyak 126,231 unit gantian?
“Tidakkah
48 pembekal yang dilantik menawarkan ‘after sales service’ yang menjamin
kualiti netbook yang dibekalkan?
“Kalau
ikut logik KPM, bermakna setiap orang yang membeli netbook atau notebook untuk
penggunaan persendirian sekurang-kurangnya perlu dua unit; satu untuk
digunakan, dan satu atau dua lagi perlu disimpan di rumah untuk dijadikan
gantian? soal Ahli Parlimen Rasah itu.
Ujarnya,
tindakan kerajaan memungkiri janji kepada para guru merupakan penghinaan kepada
sumbangan warga pendidik.
“Esok
16 Mei, adalah sambutan Hari Guru yang disambut oleh seluruh rakyat Malaysia
sebagai penghargaan dan pengiktirafan terhadap sumbangan dan jasa warga
pendidik dalam memberi ilmu dan didikan kepada anak-anak kita.
“Saya
menyeru Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Menteri Pendidikan memberi penjelasan
yang munasabah dalam perutusan beliau sempena Hari Guru 2015,” tegas Kok Seong.
sumber
sumber
2 comments :
Mantab Broo*********************************
mekasih anditia krn sudi menjengah.....
Post a Comment