Thursday, May 19, 2011

susah sangat ke nak berunding?


Setiap individu akan melihat dunia ini dengan cara yang berbeza dan memiliki kepentingan, kemampuan dan tujuan yang berbeza. Berunding adalah berdasarkan kesepakatan dapat membantu individu untuk memahami perbezaan-perbezaan serta menerima dan memanfaatkannya ke arah yang positif untuk kepentingan mereka dan masyarakat. Dalam hal ini, suatu hubungan dapat diperkuat dan kepercayaan dapat diwujudkan.

Tuhan menciptakan manusia berbilang bangsa, berjenis-jenis, pelbagai personaliti dengan kecerdasan dan ketajaman fikiran yang berbeza-beza. Sebahagian manusia sangat cerdas, berdisiplin, jujur, sabar dan bertanggungjawab, namun sebahagian lagi ada yang kurang cerdas, emosional atau cepat marah, suka berbohong, tidak berdisiplin dan tidak bertanggungjawab.

Maka segala penyelesaian atas permasalahan yang berlaku perlulah dilakukan secara berbincang atau berunding. Perundingan bukanlah satu proses paksaan tetapi ia dilakukan antara dua pihak atau lebih dengan cara sukarela. Dalam beberapa proses berunding, pihak-pihak yang berselisih ada kalanya menjadi begitu beremosi dan berkeras terhadap perbezaan-perbezaan mereka. Justeru, proses dan hasil rundingan akan mencetuskan perasaan positif dan negatif. Lazimnya emosi yang positif akan memberi kesan yang positif kepada perundingan dan emosi yang negatif akan memberi kesan yang negatif kepada perundingan.

7 comments :

Anonymous said...

boleh je klu nak berunding, tp kena open table kat medan ikan bakar, baru buah fikiran boleh dterima

hehehe...

mpmn said...

nak mudah angguk je ape keputusan yg dikeluarkan. tp kita sentiasa org yg kalah.

ybs said...

teja,
jom2 kita pi makan ikan bakau, bwk famili ramai2....

ybs said...

pirzan,
mmg selalu dah menggangguk2 tp sesekali nak jugak menggangguk dan menunduk utk kemudian menanduk!!!

bole ke???

Anonymous said...

tak susah pun dan tak jadi masalah untuk berunding..tetapi kalau berunding pun...kadang kala pendapat kita tidak diterima....lebih baik diam, dengar...dan paling penting bijak membuat keputusan...bagai menarik rambut dalam tepung....

...tak guna berunding pun...akhirnya makan diri sendiri...

ybs said...

anon,
mmg susah nak dapatkan 'win-win situation' dlm perundingan....

Anonymous said...

tau tak pe.....