HULU TERENGGANU - Felo Kanan, Institut Kajian Rantau Asia Barat, Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Madya Dr. Kamaruzaman Yusof mendakwa, walaupun para pelajar di sekolah-sekolah Terengganu mendapat komputer riba E-Book, namun guru-guru masih mengajar menggunakan papan hitam.
Beliau berkata, ia berbeza dengan proses pembelajaran di negara Singapura, di mana pelajar yang mendapat E-Book tidak lagi membawa buku teks ke sekolah. "Saya nak sebut, waris-waris saya dapat E-Book (tetapi) tidak gunakan E-Book untuk belajar. (Ia) berbeza dengan (pemerintah) Singapura (yang) bagi E-Book kepada rakyat, "rakyat di Singapura dapat E-Book, (mereka) tidak bawa lagi buku teks, semua mata pelajaran, semua guna E-Book, (sebaliknya) yang kita ini guna E-Book (hanya) nak tengok internet saja, "belajar matematik (dan matapelajaran lain) masih guna papan putih ataupun papan hitam," ujarnya sebagai ahli Panel dalam program Kempen Siber, pengalaman di Asia Barat, yang diadakan di Pekan Manir, dekat sini, 29 April.
Beliau turut mendedahkan, E-Book yang diberikan kepada para pelajar tahun lima sekolah rendah itu, mengalami kerosakan selepas 2 tahun digunakan. Lebih malang lagi, katanya, apabila komputer tersebut rosak, ia tidak dapat diperbaiki, kerana tidak ada pihak yang boleh membaik pulih.
Katanya, pemberian E-Book, bukanlah 'tidak elok' tetapi belum sampai masanya lagi kepada pelajar di negeri Terengganu untuk menggunakan E-book.
Oleh kerana itu, menurutnya, berlaku perkara-perkara yang tidak diingini di kalangan pelajar yang diberikan E-Book tersebut. "maknanya saya nak katakan di sini E-Book bukanya tidak elok, tetapi masalahnya masyarakat kita belum sampai lagi boleh guna E-Book, (bila) diberikan kepada budak-budak berlaku (lah) perkara yang tidak baik dan tidak diingini, "jelasnya.
p/s; aku teringat kat Sabri Sulong di Kemaman...... (sila baca di sini dan di sini)
22 comments :
sekarang netbook 1 Malaysia pulak..lebih elok peruntukan sebesar tu digunakan utk benda yg lebih penting
bg je netbook tu kat teja... meronggeng klu teja dapat... hehehe
n@m@n,
kalau betul pelaksanaannya ok jugak.....
Teja RB,
ko ni takde keje lain ke? ade ke pepagi nak meronggeng....
hehe
klu dpt netbook tu la.... klu gb nk bg, teja ok je meronggeng siang malam...
haha
personally nk komen, anak2 generasi y mcm teja ni ceywah [perasan aku]... mmg kena blaja syle gitu... tk main la tulis2 atas papan itam tu, lambat...
gb, nnt pesan cikgu2, kitorang nk blajo guna netbook... lg best, tk ngantuk, leh main games/fb klu keje siap cepat...
lalala...
Cop,
Baca buku yang ditulis atas kertas pun malas, inikan pula nak baca guna e-book. Sesuatu tindakan yang dilaksana bila terlintas mengakibatkan keberkesanannya tiada. Kajian menyeluruh sebelum pemberian sepatutnya dilakukan dengan mengambil kira latar belakang pelajar dan ibu bapa, latar belakang sekolah dan guru, kesediaan bahan secara elektronik dan pelbagai aspek lagi perlu dilakukan.
Do the things without research like do the dhumb things.
aku setuju dgn faris.tp tak nak komen panjang.hehe.
di sekolah aku, EIO ditugaskan utk mengawal masa guna(akan off sendiri),reject pendrive(elak main games dan yg pelik2).Semua buku teks dah ada kat dlm e-book jd bdk2 boleh menjawab dlm word.(tp susah jgk cikgu2 nak preksa- kecuali yg diajar antar email.satu lg kabel dlm kelas perlu byk lah sb bateri tak dpt bertahan lama.apa pun tetap digunakan seupaya mungkin...
senang je...jgn bagi buku teks kalu dapat ebook tu.papan hitam pun tukar jadi papan smart board.
baru le guna yg baru....
teja,
dtg ler sini meronggeng....
hehe
teja lagi,
.... dan layan blog
hehe
faris,
i very much like your last sentence....
hehe
jon,
bole ler nt aku dtg melawat skolah ko, bawak wife sekali bole kan kan....
tokek gekko,
mmg ler dorang buat mcm tu, tengok ler kat skolah si sabri tu..... aku tak pegi lagi tp tengok dah gambo2nye
cop, skolah sabri tu kawasan MB.jd special lah sikit kan...
kite buat reunion disana (KT) dan buat benchmarking di beberapa sek.
dengor kabo sk paya bunga pun hebat juga.....
hebat apo haa? hehheeeeee.
jon,
tempat ko lg spesel, pulau......!!!
hehe
tokek gekko,
(KT) tu Kuala Terengganu ke?
sape ek kat sk paya bunga tu? aku tak tahu la.....huhu
sk paya bunga (bukan Pakya...) telah dijadikan sekolah elit bandaraya Kiala Terengganu.plan nak kutip pelajar2 yg agak cemerlang sekolah sekitar dan ditempatkan di situ.Kena melobilah.sebab murid kat situ makin kurang.sekolah ni betul2 di pusat bandar.sebelah stesen bas.
ooo yeke jon.... sape gbnyer? ko taknak ke jd gb di situ?
isk... dh tulis entry delete pulak... tak rock la
entry yg mane satu tu teja?
tak perasan la.....huhu
Post a Comment