terbang malam sikunang-kunang,
mari hinggap atas dahi
bukan saja jasa dikenang
mengharap redha dari Ilahi
Yusof Sipan
Mari hinggap di atas dahi
Jika memegang berhati-hati
Mengharap redha dari Ilahi
Sebagai bekalan di akhirat nanti
jika memegang berhati-hati
kalau terlepas terbanglah ia
sebagai bekalan di akhirat nanti
agar mendapat balasan syurga
Yusof Sipan
Kalau terlepas terbanglah ia
Terbang rendah di rumah cik nyonya
Agar mendapat balasan syurga
Bahagia hidup selama-lamanya
pergi cari di rumah cik nyonya
ramai-ramai berjalan kaki
bahagia hidup selama-lamanya
itulah bahagia yang hakiki
Yusof Sipan
ramai-ramai berjalan kaki
orang desa asyik bertani
itulah bahagia yang hakiki
menjadi impian setiap insani
orang desa asyik bertani
sebidang tanah ditabur budi
menjadi impian setiap insani
mudah-mudahan kekal abadi
pulau pandan jauh ke tengah,
gunung daik bercabang tiga;
hancur badan dikandung tanah,
budi yg baik dikenang juga..
Yusof Sipan
sebidang tanah ditabur budi
jerat di paya siapa yang punya
mudah-mudahan kekal abadi
di akhirat bahagia selama-lamanya
Yusof Sipan
gunung daik bercabang tiga
pokok rendah si daun palas
budi yg baik dikenang juga
tidak pernah minta dibalas
jerat di paya siapa yang punya
mangsa belum lagi bersua
di akhirat bahagia selama-lamanya
di dunia hanya sementara jua
Yusof Sipan
mangsa belum lagi bersua
monyet tua makan kelapa
di dunia hanya sementara jua
sentiasa beringat janganlah alpa
monyet tua makan kelapa
bergincu dibibir kelihatan jelita
sentiasa beringat janganlah alpa
kepada yang Esa bertawakallah kita
hari-hari jalan di titi,
jgn lupa kita akan mati.
ke universiti nak ambil degri,
jika blm sedar ingatlah diri.
Yusof Sipan
bergincu di bibir kelihatan jelita
bangun pagi rasa bahagia
kepada yang Esa bertawakallah kita
Yang layak disembah hanyalah DIA
Yusof Sipan
jgn lupa kita akan mati.
jgn terleka walau sekali
jika blm sedar ingatlah diri
agar bersedia utk 'kembali'
11 comments :
patut smpai lewat mlm... ngeteh, hehe
lama aku tak berblogging cup...suka baca pantun mantun kau...maaflah lama tak singgah umah kau...aku betul betul punya sibuk cup...nak baca jurnal bahasa inggeris tu yang lemah tu,...harap kau tak marah...aku rindu kat kau cup...nak makan mee rebus...atau bandung dgn satey muo
mee bandung?? boleh la teja join sekaki... hehe
join sekaki masuk dlm mangkuk mee ke? heheheeeee.
teja,
lain kali kita pekena cendol k....
sori, lambat respon!
sof,
aku faham, sekarang ko manjang sibuk tp ade masa tu ko balik ler muO, bole jugak kita berjumpa...
teja lagi,
dtg ler muO, dua2 kaki pon bole join....
hehe
orang biasa,
sapa ngajo mkn guna kaki pulak???
tak senonoh la ko!
arini teja free........ jom! hehe
org biase ni sape erk? sesuke je suh celup kaki dlm mangkuk, hehe...
siapa ye...org biasa le...
cuma nak join kedua2 kaki. tak leh ke teja...?
Post a Comment