Friday, August 06, 2010

Ramai lelaki yang gila seks?

Seks merupakan satu tajuk bualan yang memberi keseronokan. Seks, satu fenomena semula jadi. Oleh itu manusia normal pasti ingin mengetahui dan berbincang mengenai seks. Ini merupakan sebahagian daripada sebab yang mempengaruhi jiwa manusia. Terdapat juga sesetengah lelaki yang mempunyai fikiran sehala iaitu asyik memikirkan tentang seks. Daya imaginasinya terlalu terhad. Pengetahuan seksnya terlalu cetek. Mereka hanya tahu bercerita tentang pengalaman seks mereka dan kadang-kadang mungkin indah khabar dari perbuatan.

Bagi meraka, tujuan hidup ini hanya mengadakan hubungan seks sahaja. Golongan lelaki seperti ini adalah mementingkan diri sendiri dan fikiran masih belum matang lagi.

Lain-lain sebab ialah berkaitan dengan suasana. Kita dikelilingi oleh publisiti-publisiti mengenai seks oleh media massa. Seks telah dieksploitasikan oleh media massa dan lain-lain media cetak. Lihat sahaja pada iklan-iklan. Terdapat iklan-iklan yang berunsur seks. Begitu juga dengan panggung wayang yang dibanjiri dengan filem-filem yang bercorak lucah.

Oleh itu keseluruhan generasi muda dewasa dengan pengetahuan yang tidak mendatangkan faedah. Penerimaan pengetahuan seks disalurkan dengan cara yang salah. Bila mereka bercerita tentang seks, mereka terasa diri mereka sudah dewasa dan matang.


Klik di sini utk baca lagi

8 comments :

jm said...

cop..pe hal ni...hehehe

ybs said...

saja la jon, aku terjumpa artikel ni, nampak bagus jer, aku tempek ler kat sini....

ko terganggu ke bila membacanye?
hehe

Faris said...

Apa kata lepas ni kau masukkan pula entri ni.....

Ramai wanita gila seks??

Boleh lihat respon wanita pula.

Kembara Kelana said...

sopp...kau ada masalah seks ke? hehehehehe gurau je..kalau ada masalah, meh aku ubatkan

ybs said...

wokey faris, kalau jumpa nt aku tempek kat sini....

ko rasa pompuan pon ramai yg gila seks ke? ke ko tak ngaku yg lelaki ramai yg gila seks?

hehe

ybs said...

sof, masalah aku sama kot dgn ko, maklum la umur sebaya kita ni serba serbi ttg seks dah menurun ler....ke ko terus menaik!!!

hehe

Teja said...

gila???
sex????
lelaki???

.....................???

ybs said...

sebenarnya gila seks ni tidak kenal jantina kan teja, kan kan .....