Tuesday, June 29, 2010

Apa itu blog?

Apakah Itu Blog?

Blog juga adalah satu jenis laman web. Namun, berbeza dari laman web biasa, artikel-artikel baru harus sentiasa ditambah dari masa ke semasa. Ada yang menulis blog setiap minggu, dan ada juga yang menulis blog setiap hari. Dalam blog juga, pembaca boleh memberikan komen dan maklum balas terhadap hasil tulisan anda.

Mengapa Nak Buat Blog?

Tidak dapat dinafikan bahawa kini, blog lebih cepat popular berbanding laman web biasa. Jadi, lebih ramai orang yang mula untuk membuat blog dengan pelbagai tujuan, antaranya ialah:

  • Sebagai diari dan catatan harian
  • Tempat berkongsi ilmu pengetahuan
  • Berbicara hal politik (Anwar Ibrahim dan Khir Toyo pun ada blog sendiri ^^)
  • Sumber pendapatan, iaitu sebagai cara untuk buat duit secara online

Antara contoh-contoh blog adalah Saifulislam yang mengajak kita berfikir, Affuan.net yang memberi tips tentang bisnes Internet, dan juga KNizam Artwerk yang membawa anda ke tempat-tempat makan yang menarik. Tak lupa juga pada SembangKomputer.com yang mengandungi banyak tips-tips mengenai komputer :p

Mudahnya Menggunakan Blog!

Adakah anda perlu menjadi seorang pakar IT untuk memulakan blog? Tidak sama sekali! Cukuplah jika anda pandai menaip dan menggunakan Internet, anda sudah mampu untuk memiliki sebuah blog (^_^). Contohnya seperti di bawah ni:

Anda hanya perlu taip artikel anda…

blog-01

Dan ianya akan diletakkan dalam blog anda. Mudah kan ^^

image

Pendek kata, anda tak perlu bimbang mengenai design blog anda (boleh didapati dengan percuma), ataupun bahagian sidebar (kat sebelah kanan tu) yang nampak macam kompleks. Tiada kod-kod yang susah yang perlu dihafal. Cubalah sendiri, barulah anda tahu bahawa memulakan blog tidaklah sesusah mana.

Blog Percuma dan Blog Berbayar

Sekarang anda dah mula berminat dan teringin nak buat satu blog, tapi nak buat kat mana ye? Ok, ada dua pilihan untuk membuat blog, iaitu blog percuma dan blog berbayar.

Blog Percuma

Boleh didapati dari laman web seperti WordPress.com dan Blogspot. Laman web seperti ini menyediakan domain name dan hosting percuma. Alamat blog anda biasanya berakhir dengan penyedia blog tersebut, contohnya http://ahmadmarzuki.blogspot.com ataupun http://ahmadmarzuki.wordpress.com.

Blog seperti ini biasanya mempunyai had-had yang tertentu. Ianya lebih sesuai untuk blog yang tidak berdasarkan keuntungan, contohnya blog peribadi ataupun blog kelab peminat. Ia juga sesuai sebagai tempat cuba-cuba jika anda ingin belajar buat blog.

Blog Berbayar

Bagi blog seperti ini, anda haruslah membeli sendiri domain name dan hosting untuk blog anda, contohnya dari DataKL. Anda bebas untuk memilih alamat bagi blog tersebut, contohnya www.ahmadmarzuki.com. Tiada had yang dikenakan, dan anda bebas untuk buat apa sahaja ke atas blog anda.

Jika anda serius dalam membuat blog, gunakan blog berbayar. Harga tak mahal sangat pun, RM160 setahun pun boleh dapat.

nyaris....

seawal 5.30 pg aku telah berada di ppd muO utk ke jb menghadiri majlis audit kurikulum dan anugerah kecemerlangan peringkat negeri johor. ini adalah kali pertama aku bersedia utk menaiki bas.... bas yg sepatutnya bertolak jam 6 pg telah kelewatan lbh drp setengah jam. setelah lbh kurang sejam perjalanan tiba2 aku merasakan bas melunjur dgn begitu laju sambil terbuai2 ke kiri dan ke kanan, seolah2 tayarnya tidak jejak ke bumi dan terdetik dlm hati bahawa pasti bas ini akan mengalami kecelakaan....dlm keadaan baru terjaga drp terlelap aku turut sama dgn semua penumpang kecuali yg bkn Islam, melaungkan kalimah Allahuakbar...!!!, Allahuakbar...!!!, Allahuakbar...!!!!

Alhamdulillah..... kami terhindar drp kecelakaan!

Aku teringat suatu masa dulu yg aku pernah terlibat dlm kemalangan kereta......

Sunday, June 27, 2010

lawatan ke jb

destinasi 1: Hutan Bandar

destinasi 2: Muzium Sultan Abu Bakar


destinasi 3: Restoran JB Catering


destinasi 4: Pameran Teknologi Sains dan ICT



Destinasi 5: Danga Bay

semalam, aku ikut serta rombongan murid tahun enam ke Johor Bahru.....

Wednesday, June 16, 2010

transformasional

pagi semalam aku hadiri mesyuarat JK Pelaksana Kursus Kepemimpinan Transformasional Pemimpin Pendidikan Daerah Muar/Ledang Siri 2/2010 yg akan diadakan dari 21 hingga 24 Jun di Permaisuri Resort, Port Dickson, aku menjadi ketua bagi JK siaraya/backdrop/sistem PA, terima jer la......

"....... satu gerak tugas yang boleh dianggap berani diketengahkan oleh Tuan Hj. Sufa'at Tumin selaku Pengarah JPNJ adalah melestarikan kepimpinan fasa kedua iaitu Kepimpinan Transformational bagi tempoh 2009 hingga 2011 selepas fasa pertama iaitu Kepimpinan Instruksional 2006 hingga 2008 berjaya dilaksanakan."



Friday, June 11, 2010

pembedahan dan perjumpaan

seawal 8 pg aku telah berada di hospital utk menjalani pembedahan kecil, ini adalah tarikh yg ketiga setelah dua kali tertangguh.... pembedahan hanya mengambil masa selama lbh kurang setengah jam sahaja dan yg sakitnye ialah ketika disuntik ubat bius, huhu..... aku sgt berpuashati dgn layanan petugas di bilik pembedahan terutamanya kedua2 doktor, seorang lelaki dan seorang perempuan yg menjalankan pembedahan tsb, jutaan terima kasih!!!

jam 3 ptg aku ke sekolah krn ade permintaan drp ibu bapa prasekolah utk berjumpa dgnku. Seramai 6 orang (yg terdiri semuanye drp kaum ibu) ingin mengetahui apakah sebab guru prasekolah ditukarkan dan aku telah menerangkan dgn selengkapnye.... kelihatan mereka semua puashati dan faham...., alhamdulillah!

Tuesday, June 08, 2010

ibarat

sempena dgn musim bola sepak ni, suka jugak aku nak mengaitkannya dgn pengurusan dan pentabiran di sekolah; gb adalah seperti seorang pengadil bola sepak....(berhak dan diberi kuasa melayangkan kad merah dan mengarahkan pemain tsb utk keluar padang!)

Jika tanpa sebab bole ke pengadil suka2 dia jer nak suruh pemain keluar padang?

Wednesday, June 02, 2010

kursus lagi....

Kursus Kepimpinan Transformasional
Pemimpin Pendidikan Daerah Muar/Ledang 2010 - Siri 2

Tarikh: 21 - 24 Jun 2010
Tempat: Permaisuri Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan.


Jom kursus.....!!!