Thursday, February 12, 2009

kursus

aku hadiri taklimat bersama jemaah nazir Johor dan sektor jaminan kualiti JPNJ semalam. Dalam ucapan alu2an, PPD ada menyentuh tentang permohonan kursus di IAB secara online. Pihak IAB melaporkan bahawa di Muar daripada jumlah lebih seribu orang pentadbir (pengetua, gb, gpk, ketua bidang dsb) hanya 97 orang saja yg telah membuat permohonan. Tak sampai 10% pun! Mengapa terjadi yang sedemikian rupa? Aku terfikir2 jugak akan sebab2nya.
Adakah kerana;
1. tidak berminat
2. terlepas pandang
3. tidak mahir menggunakan komputer dan internet
4. malas
5. dan sebab2 lain yg diketahui hanaya oleh yg empunya diri sahaja!

2 comments :

mantan said...


cikguyusof,
Demikianlah keadaannya. Satu sikap negatif yang tidak sepatutnya ada.

Bidang perguruan ialah satu profession. Yang menceburi bidang ini mesi professional. Untuk jadi professional, ilmu mesti ditambah dari semasa ke semasa. Satu cara paling berkesan menambah ilmu ialah dengan mengikuti kursus dalam perkhidmatan.

Selamat berkursus.

yusofsipan said...

mekasih cikguWahab dan bersetuju sangat saya dgn pendapat cikgu tu.

Teruja jugak nak ke IAB Utara ni krn kali terakhir ke sana ialah pd thn 1997 dan lagi boleh jumpa kekawan yg sama2 belajar di upsi.