Friday, November 28, 2008

StatCounter

Walaupun blog aku ni dah berusia lebih setahun tapi entah mengapa baru pagi ni aku berminat untuk mengadakan 'StatCounter'. Dulu, masa mula2 berblog aku memang tidak mengharapkan sangat yg blog aku akan dikunjungi ramai, biar ler aku syok sendiri! Namun tadi, selepas menjengah blog Norhayati Rasul, tergerak pulak hati nak adakan 'StatCounter' tu. Aku masih seperti dulu jugak, tak kisah ttg bilangan pelawat tetapi aku tetap sanjung dan hargai kalian yg sudi menjengah blog ini. Shukran Jazilan!

7 comments :

mantan said...

Cikgu Yusof

kalau macam blog kita ni, statcounter tu, macam buat perhiasan je. Tapi kalau banyak sangat widget & perhiasannya, blog jadi slow. puaslah orang nunggu.

Bagi business blog, statcounter tu penting. Itu daya tarikan. Kalau ada yang nak letak ads, statcounter tu diambilkira.

Salam.

WR said...

Saya pun macam cikgu Yusof juga buat blog dan tidak mengharapkan orang melawat pada mulanya. Kononya sebagai catatan diari yang RAHSIA. Orang pertama yang datang memberi komen blog saya saya masih ingat lagi ialah Harimau menaip ( lebih kepada blog politik) kerana saya suka membaca berita tentang politik selepas PRU 12 dulu.Secara tidak sengaja saya bertemu dengan blog rakan2 guru. Sekarang saya rasa seronok pula melawat blog rakan2 dan dilawati. Selain sebagai hiasan ia memberi kepuasan bagi kita apabila kita mahir menambah gadjet. Itu menambah ilmu kita.

kembara kelana said...

jampuk
oleh kerana burung jampuk merindu bulan, counter tu semua tak penting yang penting cuaca ok dan bulan mengambang terang...maka terdengarlah suara jampuk berbunyi..puk puk puk. masa bila jampuk nak tengok kaunter ni semua.
sop
aku pun baru dapat ilmu tu dari boos wahab taha tu, sedang blog dah buat sejak 2007 secara try n error.
YBS
aku akan ke muar pada 14 dis nanti, harap jumpa aku untuk ku belai janggut kau tu...sambil makan asam pedas ikan sembilang, kat parit jawa

kau ada counter ke tak ada counter ke aku tetap melawat blog kau yang tak cantik tu

sakat lagi...hahahahaha

Juita said...

kat cni sumer nye cikgu2 n cikgi2 la ek.... boley ke sy masuk gang ckgu? sy cume surirumah spnuh masa

Anonymous said...

Cikguyusof,
Lama dah tunggu posting baru cikguyusof...
Alamat baru blog saya:

http://blogsimantanguru.blogspot.com/

yusofsipan said...

cikgu Wahab, saya sgt setuju ttg widget & perhiasan dlm blog tu, ianya mmg akan menyebabkan slow utk dibuka.

Cikgu Waruna, saya saja nak tinjau2 bape ramai yg dah menjengah blog saya...

Usop Rompin, terima kasih krn kau masih terpaksa menjengah blog aku yg tak cantik ni; aku berblog bukan krn kau, so aku tak kisah langsung pd komen berbisa kau tu, janji aku syok sendiri...!!! Bila sampai Muar nanti call aku dan kau jgn gatal2 pulak nak ajak Meng Choon....

Juita, selamat datang ke kelab guru2 veteran(baca tua)!!!.... hehehe

kembara kelana said...

cop
aku kalau baca komen balas kau aku mesti ketawa sorang...aku control marah nampak hahahahah