Saturday, January 19, 2008

melayan blog

Oleh kerana aku tak balik maka hujung2 minggu seperti ini antara agenda utama ialah melayan blog di samping menyiapkan assignment. Malam tadi tak buat pun assignment, berehat jer.....
Blog kita semakin meriah, ramai juga yg melawat dan tulis komen. Baguslah, aktiviti yang berfaedah juga tu. Pada pendapat aku blog ni sangat berguna kepada mereka yang susah hendak meluahkan rasa yg terbuku di dada secara berdepan. Lebih2 lagi kalau nak menegur seseorang atau tidak setuju dengan sesuatu keputusan atau tindakan. Kalau tegur berdepan mungkin terjejaslah hubungan baik yang telah terbina sekian lama, tak berbaloi ler pulak. Tetapi kalau di blog, kita boleh menjadi siapa saja, letaklah nama apa saja sebagai 'nickname' atau tanpa nama, sudah pasti kita tidak akan dikenali. Orang hanya boleh meneka siapa kata tanpa kepastian. Walaubagaimanapun janganlah ambil kesempatan, mentang2lah kita tidak boleh dikenali bukan bermakna kita boleh kata apa saja, perlu diingat walaupun mungkin orang tak tahu siapa kita tapi Allah SWT maha mengetahui. Maaf kalau aku keterlaluan cara dan terkasar bahasa. Sekian, wassalam.

6 comments :

Anonymous said...

Askm cop, u tgh buat ape tu? bergelumang dgn notes ke? Eloklah jika dimanafaatkan masa-masa ni utk asgmt atau study, tenang gitu!
Cop..kekadang i terfikir malas nak masuk blog lagi... bila tengok sejak kebelakangan ni banyak sgt isu provokasi, misperceptions dan kata mengata. Hasrat murni pembukaaan blog ini asalnya untuk kebaikan bersama by sharing ideas, informations, notes, aspirations and motivations but .. it is sad to see dah jadi seperti gelanggang mencurah apa saja ikut sedap mulut. Ni pun i share with u je.. Contoh, Isu siape score tinggi tu meniru dijadikan seperti bahan lawak ..kenapa jadi begitu?? Apa adilkah selaran ini dilontarkan pada mereka yang masih ada 'kejujuran' dalam diri sendiri? Tidak aktif dan kurang interaksi didalam kelas bukan bermakna sombong atau kedekut tapi kebanyakan kaum hawa dalam kelas tu agak segan bersuara jika tidak benar-benar perlu. Satu lagi.. seperti i ni.. cepat gemuruh , nak menyoal gugup, nak beri pendapat ..masa tu lah idea lari..Nak berdebat kurang isi, nak menyampuk takut tersalah sampuk! So cop ..hope u understand the dilema we are facing now.
I rasa elok saja i menyepi seketika dan cuba perbaiki diri dan top up keperluan utk jadi insan-insan muslim sejati seperti yang u tulis tu.TQ. ok cop.. bye

yusofsipan said...

Waalaikumussalam kek coklat. Terlebih dahulu aku ucapakn jutaan terima kasih kerana kesudian kau memberi komen yang agak panjang dalam blog ini. Aku bergelumang dengan selsema sepanjang hujung minggu ini, most of time melepek atas katil, huhuhu kesian aku. Ada yang kutuk aku, bini jer dua tapi sakit keseorangan....aku jawab kalau mati pun kita tak bawak sesapa masuk kubur. Dapat ler juga sikit masa utk tengok dan siapkan assignment.

Kau jangan ler malas masuk blog, terutama blog aku ni. Memang lately meriah blog ppgb kita tu. Macam2 isu diorang timbulkan. Aku cuba fikirkan dari sudut positifnya iaitu dengan adanya blog itu kita dapat meluahkan apa yg selama ini terbuku di hati. Dalam keadaan biasa, banyak perkara yang perlu kita fikirkan dan ambil kira kalau nak memberi komen atau memberi teguran, Tetapi di blog kita boleh kemukakan apa sahaja kerana tiada orang yg mengenali kita. Cuma memang la etika perlu dijaga. Kata-kata lebih tajam daripada mata pedang!!! Kalau kita tak boleh tahan dgn sesuatu komen, eloklah jangan dibaca. Kita pun tak boleh nak menyekat orang daripada kata-mengata, itu adalah sesuatu yg diluar drp kawalan kita. Kalau mereka tidak mengata dalam blog mereka akan tetap juga berbuat demikian di luar. Bersabar jer la...

Mengenai isu pointer tinggi dikaitkan dengan meniru memang mungkin ada kebenarannya kalau tidak masakan diperkatakan. Cuma kalau kita tidak terlibat mengapa perlu kita terasa hati, marah dan kecewa? Memang itu tidak adil tapi sekali lagi di sini kita tidak mampu utk menyekat mereka berkata demikian. Aku rasa kita kenakan tingkatkan ketahanan diri dari segi menerima tohmahan dan cercaan.

Aku rasa aku faham situasi kau. Memang kekadang kita tidak ada kemahiran utk bertanya atau berbincang, Yang kita nampak macam pandai bertanya dan berbincang itu pun bukan mesti relevan dengan sesuatu isu/ isi yg sedang diajar oleh pensyarah. Cuma aku nampak sejak dulu kaum hawa memang jarang bertanya tetapi bila perika dapat pointer tinggi, okay ler tu...masing2 dianugerahkan kelebihan yang tidak sama dan itulah uniknya manusia ciptaan Tuhan ini.

Satu perkara lagi yang penting ialah sesuatu yang kita lakukan sepanjang masa pengajian kita di UPSI ini adalah bukan kerana orang lain, bukan utk memuaskan hati orang lain, biar la diorang kata apa pun....

Ok, setakat ini dulu, panjang dah ni, sekali lagi i harap u jangan ler malas lawat blog ini,

Sekian, terima kasih, wassalam

Anonymous said...

Kali pertama saya melawati blog usop nie kerana kecewa dengan tohmahan dari rakan-rakan yang tidak memikirkan kesan dari kata-kata yang dikeluarkan terhadap insan yang ikhlas dan cuci fikirannya. Harap usop sudi menerima hadiran saya. Apa yang saya harapkan jangan didouble meaningkan kata-kata yang dilafazkan oleh seseorang. Dengan cara ini ia akan menjaga hati dan perasaan insan tersebut. dan meransangkan mood untuk menyatakan pendapat dan luahan hati. sekian dulu untuk kali ini. selamat malam....

yusofsipan said...

puteri desa, you are very welcome to my blog, jutaan terima kasih atas kesudian tuan puteri mencemar duli. Rajin2 la singgah di blog ini dan memberi komen. Kita akan sama2 menjaga tatacara berbicara di sini, InsyaAllah.

Anonymous said...

Hai, usop dok study ke?. Saya di sini bergembira bersama keluarga. Janganlah kuat sangat study tu... Kena jugalah relax-relax sama. Dahla di kelas tu asyik tension dengan berbagai pembentangan dalam setiap subjek.Saya ni belum lagi study harap-harap minggu depan kot. Study awal-awal bukannya ingat sangat. maklumlah otak dah berkarat. Dapat pointer 3 lebih tupun dah bersyukur. Yang penting dapat DG41 cukup. Bagaimana dengan pendapat usop ? Tentu berbeza dengan saya kan!. jumpa lagi.. Di UPSI pun talian bukannya elok.

yusofsipan said...

Hai, puteri desa, terima kasih kerana sudi singgah lagi di sini. Tak study pun, sibuk nak siapkan assignment, ada dua kena bentang on this coming monday. Baguslah kalau u sedang bergembira bersama keluarga. Aku ke kau yang kuat study? Orang2 pompuan dlm kelas kita semuanya kuat2 study, rrsult pun bagus2, eloklah tu, keep it up!! Aku pun minggu depan jugalah nak mula study. Kepala otak aku lagi ler berkaratnya, otak lelaki ler katakan...... Memang dapat pointer 3 lebih tupun dah bersyukur. Aku setuju dengan pendapat kau tu, janji lulus dan boleh dapat DG 41. Ok, jumpa lagi, sekali lagi terima kasih atas kesudian visit my blog, thanks a lot.