Thursday, January 31, 2008

Tips Exam

hari ni hari terakhir kuliah untuk fasa 6. Minggu ini pun penuh dengan sesi pembentangan. Sebagai mengakhiri kuliah masing2, pensyarah seperti biasalah memberi sedikit sebanyak tips untuk exam, alhamdulillah, mudah ler sikit aku nak study utk exam. Almaklumlah, mahasitua ni dah korup memorinya.... Esok takde kuliah, self-study tapi member kebanyakannya balik kampung.......aku jer yang tetap seperti biasa - tak balik! ....... Semoga dua tiga hari hujung minggu ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya.

Wednesday, January 30, 2008

Tidak Sihat

Semalam kena hujan, hari ni badan rasa sejuk, macam nak demam la pulak..... Malas nak ke klinik, tengok la nanti baki ubat demam hari tu, makan yang tu jer la. Lately, senang pulak aku kena demam, ke kerana lama dah tak balik jumpa wives? Rindu ler kot...... memang ler rindu tapi demi sebuah perjuangan yang belum selesai aku sanggup berkorban....ewahh. Cayalah aku...

Hari ni aku dapat limau dari member Cina, tq. Wa memang suka makan limau maa.....itu limau ipoh mali ka?? Selamat Tahun Baru Cina khas buat Chia, Li Yoon, Ai Hiang dan Goh!!!

Tuesday, January 29, 2008

Berkuliah sakan

Semalam, aku balik kolej pukul 11 lebih, keluar sejak jam 7.30 pagi. Aku malas nak balik pada waktu tengah hari dan lepak kat masjid jer. Semalam juga adalah antara hari yang sangat meletihkan. Kumpulan aku kena bentang dua assignment, BM bacaan dan kajian tindakan. Ok jugalah apa yang kami bentang. Hari ni pun aku tak balik pada waktu tengah hari dan kuliah pun ada pada waktu malam...... huhuhu, rasa macam mahu pengsan!!!

Aku rasa aku mengalami proses penuaan dengan lebih cepat........

Monday, January 28, 2008

My Family

Istimewa buat mereka yang mengenali diri ini, mungkin kita pernah bersama-sama di mana-mana, sama ada sewaktu di bangku sekolah, di Institut Bahasa, di Kuala Rompin, di Segamat, di IAB atau di Muar sendiri. Inilah perkembangan terkini aku, gambar bersama ibu, isteri dan anak-anak yang seramai 7 orang.

Assignment Kumpulan

Hari ini berlaku lagi macam dulu, kumpulan aku kena bentang dua assignment dalam sehari. Malam tadi aku tidor sangat lewat, hampir jam 4.... Assignment perlu dimurnikan dan dibuat semakan terakhir sebelum dicetak. Aku tidak kisah dan tidak pernah berkira jika terpaksa membuat kerja lebih untuk kumpulan. Apa yang sangat aku harapkan ialah supaya wujudnya kesatuan hati dan fikir di kalangan ahli kumpulan. Ini bukanlah suatu perkara yang mudah kerana 'rambut sama hitam tetapi hati lain-lain'. Memikirkan perkara seumpama ini menyebabkan aku menjadi cepat letih, tidak bermaya dan tidak bertenaga, mungkin juga kerana faktor usia yang semakin meningkat ini. Meneruskan pengajian khasnya di universiti dalam usia sebegini sememangnya begitu mencabar sekali. Mudah-mudahan aku diberi hidayah dan taufik oleh Allah SWT.
Malam tadi aku mendapat khabar gembira dari kampung, Muhd Luqman sudah berani cuba berjalan dan jatuh! Good boy, i missed u a lot!

Sunday, January 27, 2008

My beautiful sunday

malam tadi tidur awal, berharap sangat kalau dapat bermimpi yang baik-baik, lama dah tak bermimpi...... terjaga kul 3 pagi tapi tak mimpi pun. Lepas subuh cadang nak siapkan assignment, dengar sebuah dua lagu, mengantuk ler pulak, layan..... jejak juga jam 10 baru bangun.

Makan tgh kul 12, pas zohor pi kampus dgn Anas, kat kampus pun tak dapat internet. Terpaksalah ke CC kat TMU. Ni kat CC la ni. Dapat jugak aku update blog.

Saturday, January 26, 2008

Hujung minggu

Seperti biasa hujung minggu kali ini pun aku tak balik. Tidak ada apa yang tidak kena dan yang ganjil2nya, memang aku malas nak balik dan my wives okay, tak kisah malah terus menyokong perjuangan aku yg belum selesai ini..... Oleh itu korang tak perlu la nak menyibuk sangat mengutuk aku tak balik, korang nak balik, pegi ler balik..... takde sapa menghalang.... yg tak nak balik, bior dia taknak balik, jgn dihalang pulak, sendiri punya suka ler..... aku bukannye nak marah ni, nasihaaaat......

malam tadi aku dapat hubungi kawan pompuan sekelas semasa tingkatan enam dulu, tinggal di Bachok, Kelantan, berjawatan GPK 1 dan beranak 8. Kedengaran suaranya gembira kerana dapat berhubung selepas tidak pernah berjumpa dan membawa haluan masing2 setelah tamat persekolahan dulu. Aku juga cuba hubungi seorang kawan lelaki yg sama2 belajar di Institut Bahasa dulu tapi tak dapat..... Seronok juga dapat tahu perkembangan kekawan lama ni ..............

talian internet di kolej di Proton City masih tidak berfungsi, aku sempat ke ofis pentadbiran kolej semalam dan maklumkan perkara tersebut, dalam proses bertindaklah ni kot....

sekian dulu, sekian terima kasih, wassalam.

Wednesday, January 23, 2008

Santai

Dek kerana demam selsema tak sembuh betul lagi, bersantai atas katil jer aku. Nak pi beli makanan pun malas. Cian orang.................. Nak layan blog, masih tak boleh masuk internet lagi kat kolej. Apa hal ler pulak server tu......

Apa kabo member di Ipoh? Harap engkorang enjoy kat sana. Nanti balik bawalah cerita2 yang menarik, yg tidak menarik simpan elok2, kalau masuk dalam peti, tutup2 rapat, ikat ketat dan kunci dengan mangga. Elok la kita cerita yang baik2 jer, moga2 kebaikan juga la yang akan kita perolehi. Tq, nak sambung bersantai, jumpa lagi, wassalam.

Tuesday, January 22, 2008

Parit Jawa




Gambar menunjukkan sebahagian daripada bangunan rumah kedai di Pekan Parit Jawa, tempat tumpah darahku. (Orang-orang Jawa dah tak tinggal di dalam pekan lagi, lari ke darat....)

Takde Server

Sejak petang sabtu lepas internet tak boleh dapat di kolej dan kebetulan pula aku dihinggapi selsema, maka tak dapat la menjenguk blog. Gelisah juga aku dibuatnya apabila tidak dapat menulis di blog.

Kepada Puteri Desa yang katanya baru kali pertama singgah di sini, aku ucapkan selamat datang, kecil tapak tangan nyiru hamba tadahkan. Aku memang sangatlah sudi menerima kunjungan daripada sesiapa sahaja melawat blog ini, asalkan niatnya ikhlas....

Hari ini lepas tengah hari tadi member kelas pergi ke Ipoh, aku tak dapat turut serta, selsema aku masih belum sembuh betul. Semoga mereka yang pergi beroleh kegembiraan dan bahagia hendaknya. Jangan pandang serong kepada kami yang tidak dapat pergi.

Hari ini juga aku terpaksa ke cyber cafe untuk melayan blog, kebetulan laptop aku pun buat hal. Sementara tunggu siap dibaiki Angah, selekoh ler ke cyber cafe. Dapat juga bahan untuk pembentangan kelas pemasaran pendidikan hari Khamis nanti.

Sekian dulu, jumpa lain masa, wassalam.

Saturday, January 19, 2008

Muslim Unggul

Sepuluh ciri capai status Muslim unggul

Dalam membahaskan ciri seorang Muslim, seorang ilmuwan Islam, Syeikh Hassan Al-Banna menggariskan 10 ciri jitu lagi mantap untuk memenuhi apa yang dikatakan ‘keperibadian Muslim yang unggul’. Semua ciri ini saling lengkap melengkapi bagi menonjolkan kecemerlangan sahsiah Islam. Ciri-ciri itu adalah:

1- Akidah yang bersih.
Ciri ini amat penting kerana ia menjadi teras kepada pembangunan modal insan sebenar. Dengan ada akidah yang mantap, sudah pasti umat Islam tidak akan tergelincir daripada landasan syariat Islam yang betul. Ia juga adalah suatu piawaian ke arah penyerahan diri seperti diikrarkan dalam solat di mana solatku, ibadahku, hidupku dan matiku semuanya bagi Allah SWT, Tuhan semesta alam.

2- Ibadat yang betul.
Ibadat yang betul akan menjurus kepada keikhlasan dan pembentukan peribadi yang mulia. Ia menunjukkan sesuatu ibadat itu mesti bersumberkan sumber yang betul, terdiri daripada al-Quran dan al-Sunnah serta sumber lain diterima ulama.

3- Akhlak yang mulia.
Perilaku ini harus dimiliki setiap Muslim kerana akhlak mulia bukan saja akan menjaga hubungan antara makhluk, malah hubungan antara makhluk dan Penciptanya.

4- Kekuatan jasmani.
Daya tahan yang kuat sehingga dapat melaksanakan tuntutan agama yang optimum amat diberi perhatian dalam Islam. Islam tidak pernah mengasingkan kekuatan fizikal dalam mencari keredaan Allah SWT. Ia amat jelas dilihat kerana beberapa amalan dalam Islam memerlukan kekuatan fizikal yang mantap seperti solat, puasa dan haji. Kekuatan jasmani adalah pencegahan kepada pelbagai penyakit.

5- Cerdas berfikir.
Kecerdasan berfikir akan membawa kepada intelektualisme. Seorang intelek adalah aset kepada masyarakat. Oleh itu, seorang Muslim perlu memiliki wawasan luas dan kemampuan inteleknya tidak harus diragui orang lain.

6- Berjuang melawan hawa nafsu.
Oleh kerana setiap manusia memiliki kecenderungan kepada sesuatu yang baik dan buruk, perlulah suatu semangat untuk melawan hawa nafsu yang buruk. Kesungguhan melawan hawa nafsu ini perlu disemai dalam diri umat Islam kerana ia akan berupaya melawan pelbagai maksiat dan kemungkaran.

7- Pandai menjaga waktu.
Ia faktor penting bagi manusia khususnya kepada orang Islam. Umpamanya Islam mengajar perancangan waktu seperti solat pada awal waktu. Solat pada awal waktu perlu diterjemahkan dalam kehidupan seharian sebagai pengurusan masa yang tepat. Setiap tindakan kita perlu dirancang mengikut waktu sesuai.

8- Teratur dalam urusan.
Ciri ini memerlukan profesionalisme dalam sesuatu urusan. Bersungguh-sungguh, bersemangat dan berkorban dalam melakukan sesuatu urusan akan menjadikan sesuatu perkara itu dapat dijayakan dengan cemerlang.

9- Memiliki kemampuan.
Mempertahankan kebenaran dan berjuang menegakkan hanya boleh dilakukan sekiranya kita memiliki kemampuan dan kekuasaan dari segi pengetahuan, ekonomi dan sebagainya.

10- Bermanfaat kepada orang lain.
Ciri ini akan menghakis sikap mementingkan diri sendiri dan sentiasa prihatin kepada kebajikan orang lain. Seseorang Muslim perlu berusaha menjadikan dirinya bermanfaat kepada orang lain. Jika pun beliau tidak memegang jawatan tinggi, sekurang-kurangnya kita boleh bermanfaat kepada ahli keluarga dan sahabat handai.

Semua ciri itu penting serta perlu ada bagi membangunkan modal insan. Walaupun ia mungkin menggunakan nama baru, ulama terdahulu sudah membincangkannya dengan panjang lebar seperti olahan dibuat Hassan Al Banna.

melayan blog

Oleh kerana aku tak balik maka hujung2 minggu seperti ini antara agenda utama ialah melayan blog di samping menyiapkan assignment. Malam tadi tak buat pun assignment, berehat jer.....
Blog kita semakin meriah, ramai juga yg melawat dan tulis komen. Baguslah, aktiviti yang berfaedah juga tu. Pada pendapat aku blog ni sangat berguna kepada mereka yang susah hendak meluahkan rasa yg terbuku di dada secara berdepan. Lebih2 lagi kalau nak menegur seseorang atau tidak setuju dengan sesuatu keputusan atau tindakan. Kalau tegur berdepan mungkin terjejaslah hubungan baik yang telah terbina sekian lama, tak berbaloi ler pulak. Tetapi kalau di blog, kita boleh menjadi siapa saja, letaklah nama apa saja sebagai 'nickname' atau tanpa nama, sudah pasti kita tidak akan dikenali. Orang hanya boleh meneka siapa kata tanpa kepastian. Walaubagaimanapun janganlah ambil kesempatan, mentang2lah kita tidak boleh dikenali bukan bermakna kita boleh kata apa saja, perlu diingat walaupun mungkin orang tak tahu siapa kita tapi Allah SWT maha mengetahui. Maaf kalau aku keterlaluan cara dan terkasar bahasa. Sekian, wassalam.

Friday, January 18, 2008

my son and i


Last nite my wife told me that my son missed me a lot, huh huh....very sad. I asked my wife to cover him with my 'kain pelikat' when he is falled asleep. Oh my beloved son, i missed u a lot too....

hari tua yang pasti


khas buat tatapan mereka yang biasa kukenali namanya sahaja tapi bukan dirinya, seperti Seridewimalam, Chocolate cake, Alan, Maya, Mak lang, Putrimaskza dan lain2 lagi, selamat berbahagia dan selamat berjuang.........

Thursday, January 17, 2008

Harijadi Luqman Al Hakim


Hari semalam 16.01.2008 adalah ulangtahun kelahiran yang pertama bagi Luqman Al Hakim dan aku tiada di rumah untuk meraikannya. Doaku semoga anakku ini akan menjadi anak soleh, amin.

Lega...

Alhamdulillah, selesai dah kumpulan kami (K2) membuat pembentangan Matematik. Leganya rasa... Semalam adalah antara hari yang sangat menyeksakan kami termasuklah dua hari sebelumnya yang memaksa kami tidak cukup tidur, risau dan tension. Aku pulak sering rasa cepat nak marah, kesian kekawan aku, aku minta maaf banyak2....., bp naik ler tu.... lama dah pun tak pegi check. Walaubagaimana pun semua itu akan menjadi pengalaman berharga dalam hidup yang akan kita kenang sehingga ke akhir hayat kita. Tahniah kepada semua ahli kumpulan 2, good work, keep it up!!!

Tuesday, January 15, 2008

Berlambak assignment

Masuk minggu ke dua fasa 6 ni, mulalah sibuknya. Kumpulan aku kena 3 kali buat presentation.... apakan daya sudah ditakdirkan sedemikian. Assignments kumpulan pula perlu dibuat segera....... Baru ler terasa tak cukup masa............ Moga kita semua tabah mengharungi segala halangan dan rintangan.

Friday, January 11, 2008

Kisah 5 Perkara Aneh

Abu Laits as-Samarqandi adalah seorang ahli fiqh yang masyur. Suatu ketika dia pernah berkata, ayahku menceritakan bahawa antara Nabi-nabi yang bukan Rasul ada menerima wahyu dalam bentuk mimpi dan ada yang hanya mendengar suara.Maka salah seorang Nabi yang menerima wahyu melalui mimpi itu, pada suatu malam bermimpi diperintahkan yang berbunyi, “Esok engkau dikehendaki keluar dari rumah pada waktu pagi menghala ke barat. Engkau dikehendaki berbuat, pertama; apa yang negkau lihat (hadapi) maka makanlah, kedua; engkau sembunyikan, ketiga; engkau terimalah, keempat; jangan engkau putuskan harapan, yang kelima; larilah engkau daripadanya.”
Pada keesokan harinya, Nabi itu pun keluar dari rumahnya menuju ke barat dan kebetulan yang pertama dihadapinya ialah sebuah bukit besar berwarna hitam. Nabi itu kebingungan sambil berkata, “Aku diperintahkan memakan pertama aku hadapi, tapi sungguh aneh sesuatu yang mustahil yang tidak dapat dilaksanakan.”Maka Nabi itu terus berjalan menuju ke bukit itu dengan hasrat untuk memakannya. Ketika dia menghampirinya, tiba-tiba bukit itu mengecilkan diri sehingga menjadi sebesar buku roti. Maka Nabi itu pun mengambilnya lalu disuapkan ke mulutnya. Bila ditelan terasa sungguh manis bagaikan madu. Dia pun mengucapkan syukur ‘Alhamdulillah’.
Kemudian Nabi itu meneruskan perjalanannya lalu bertemu pula dengan sebuah mangkuk emas. Dia teringat akan arahan mimpinya supaya disembunyikan, lantas Nabi itu pun menggali sebuah lubang lalu ditanamkan mangkuk emas itu, kemudian ditinggalkannya. Tiba-tiba mangkuk emas itu terkeluar semula. Nabi itu pun menanamkannya semula sehingga tiga kali berturut-turut.Maka berkatalah Nabi itu, “Aku telah melaksanakan perintahmu.” Lalu dia pun meneruskan perjalanannya tanpa disedari oleh Nabi itu yang mangkuk emas itu terkeluar semula dari tempat ia ditanam.
Ketika dia sedang berjalan, tiba-tiba dia ternampak seekor burung helang sedang mengejar seekor burung kecil. Kemudian terdengarlah burung kecil itu berkata, “Wahai Nabi Allah, tolonglah aku.”Mendengar rayuan burung itu, hatinya merasa simpati lalu dia pun mengambil burung itu dan dimasukkan ke dalam bajunya. Melihatkan keadaan itu, lantas burung helang itu pun datang menghampiri Nabi itu sambil berkata, “Wahai Nabi Allah, aku sangat lapar dan aku mengejar burung itu sejak pagi tadi. Oleh itu janganlah engkau patahkan harapanku dari rezekiku.”
Nabi itu teringatkan pesanan arahan dalam mimpinya yang keempat, iaitu tidak boleh putuskan harapan. Dia menjadi kebingungan untuk menyelesaikan perkara itu. Akhirnya dia membuat keputusan untuk mengambil pedangnya lalu memotong sedikit daging pehanya dan diberikan kepada helang itu. Setelah mendapat daging itu, helang pun terbang dan burung kecil tadi dilepaskan dari dalam bajunya.Selepas kejadian itu, Nabi meneruskan perjalannya. Tidak lama kemudian dia bertemu dengan satu bangkai yang amat busuk baunya, maka dia pun bergegas lari dari situ kerana tidak tahan menghidu bau yang menyakitkan hidungnya. Setelah menemui kelima-lima peristiwa itu, maka kembalilah Nabi ke rumahnya. Pada malam itu, Nabi pun berdoa. Dalam doanya dia berkata, “Ya Allah, aku telah pun melaksanakan perintah-Mu sebagaimana yang diberitahu di dalam mimpiku, maka jelaskanlah kepadaku erti semuanya ini.”
Dalam mimpi beliau telah diberitahu oleh Allah S.W.T. bahawa, “Yang pertama engkau makan itu ialah marah. Pada mulanya nampak besar seperti bukittetapi pada akhirnya jika bersabar dan dapat mengawal serta menahannya, maka marah itu pun akan menjadi lebih manis daripada madu.Kedua; semua amal kebaikan (budi), walaupun disembunyikan, maka ia tetap akan nampak jua. Ketiga; jika sudah menerima amanah seseorang, maka janganlah kamu khianat kepadanya. Keempat; jika orang meminta kepadamu, maka usahakanlah untuknya demi membantu kepadanya meskipun kau sendiri berhajat. Kelima; bau yang busuk itu ialah ghibah (menceritakan hal seseorang). Maka larilah dari orang-orang yang sedang duduk berkumpul membuat ghibah.”
Saudara-saudaraku, kelima-lima kisah ini hendaklah kita semaikan dalam diri kita, sebab kelima-lima perkara ini sentiasa sahaja berlaku dalam kehidupan kita sehari-hari. Perkara yang tidak dapat kita elakkan setiap hari ialah mengata hal orang, memang menjadi tabiat seseorang itu suka mengata hal orang lain. Haruslah kita ingat bahawa kata-mengata hal seseorang itu akan menghilangkan pahala kita, sebab ada sebuah hadis mengatakan di akhirat nanti ada seorang hamba Allah akan terkejut melihat pahala yang tidak pernah dikerjakannya. Lalu dia bertanya, “Wahai Allah, sesungguhnya pahala yang Kamu berikan ini tidak pernah aku kerjakan di dunia dulu.”
Maka berkata Allah S.W.T., “Ini adalah pahala orang yang mengata-ngata tentang dirimu.” Dengan ini haruslah kita sedar bahawa walaupun apa yang kita kata itu memang benar, tetapi kata-mengata itu akan merugikan diri kita sendiri. Oleh kerana itu, hendaklah kita jangan mengata hal orang walaupun ia benar.

Thursday, January 10, 2008

Result Fasa 3 & 4

Alhamdulillah, syukur di atas segala nikmat yg Allah swt telah kurniakan. Semalam dapatlah pulak result utk fasa 3 dan 4. Alhamdulillah, syukur, mudah2an Allah tambahkan lagi nikmat, dapat pulak result yg lebih baik pd masa akan datang. Tahniah kpd semua yg memang takde yg gagal menyambung pelajaran ke fasa berikutnya. Namun ada pulak terdengar suara2 sumbang yg mengatakan adanya pengaruh 'peranti' di sebalik keputusan yg cemerlang itu. Hai entahlah, serba salah juga dibuatnya, nak mengiakannya pun susah nak menyangkalnya pun susah. Sendiri mahu ingat dan diri sendiri juga yg tahu sama ada, ada atau tidak berbuat demikian. Mungkin semua orang tak tahu tapi Allah swt Maha Mengetahui. Yg terbaiknya.... fikir sendirilah..... kita semua kan orang dewasa....

Wednesday, January 09, 2008

khas buat kek coklat

kalau sudi memberitahu, saya lebih lagi sudi menerimanya, kecil tapak tangan, nyiru saya tadahkan....

log

terkesan juga aku bila mendengar syarahan En Sukri Zain tentang kepentingan buat log, terasa macam waktu tu jugak nak mula buat.... Aku dah berazam, sedaya upaya akan cuba membuatnya..... korang bagaimana??? Terima kasih pada semua kekawan yg setia melawat blog ini. Kehadiran kekawan menambahkuatkan lagi azam dan semangat.........

Tuesday, January 08, 2008

start kuliah

minggu pertama ni, kuliah pd waktu pagi takde ler pulak. Semalam, pukul 4 ptg baru ada kelas, dah tu sampai hampir jam 11.0 baru selesai. Hari pertama hadir kuliah mcm semua serba tak kena, Ada juga yang berasa mengantuk, letih, takde mood dan sebagainya. Kena minum air jamu ni....
Kalau ada 'jamu gendong' lagi bagus...

Monday, January 07, 2008

selamat kembali ke upsi

alhamdulillah, selamat dah kita kembali semula ke upsi. Minggu pertama ni nampaknya rehat sakan ler kita waktu pagi, kuliah start pukul 4 ptg!!! Hari Jumaat baru ada waktu pagi. Semoga kita semua sihat dan dapat ikuti kuliah dengan sempurna. Jumpa lagi, wassalam.