Friday, November 21, 2008

kematian

Dua hari lepas, isteri Imam 1 masjid kampung aku meninggal dunia. Baru semalam selepas zohor aku dapat berjumpa dengannya untuk mengucapkan takziah. Semasa berbual, beliau ada bertanya kepada beberapa orang lain yang ada ketika itu tentang ada atau tidak doa2 khusus untuk melupakan isteri yg telah meninggal dunia. Aku turut menyampok, kalau teringat2 kat isteri yg baru meninggal, kira ok ler, biase ler tu.... Aku sempat bertanya dah berapa tahun hidup bersama. Katanya dah selama 58 tahun. Isterinya berumur 73 tahun dan beliau sendiri sudah menjangkau ke 80 tahun. Aku teringat pulak pada kata2 yang pernah aku ucapkan kepada isteriku; kita hidup bersama ni, akan sampai ketikanya nanti sama ada awak yang melihat mayat saya atau sebaliknya.... Kita tidak tahu bila masanya tapi ia adalah pasti!!!

3 comments :

WR said...

seorang kawan baik saya yang telah kematian suami berkira-kira samada untuk menerima lamaran seorang lelaki... Katanya dia takut untuk menerima l amaran itu kerana bimbang tidak dapat berlaku adil antara SUAMI baru dan ANAK-ANAK..

Bila difikirkan dari sudut lain pulak.. Hidup berdua lebih baik dari berseorangan

yusofsipan said...

Cikgu waruna, saya cadangkan supaya kawan baik cikgu tu melakukan dua perkara untuk meyelesaikan masalah itu; pertama buatlah solat istikharah dan kedua bermesyuaratlah dengan keluarga terdekat. InsyaAllah, dia tidak akan kecewa dan menyesal dengan apa2 keputusan yang diambil nanti.

Anonymous said...

Al-Fatihah...