Johor merupakan salah sebuah negeri yg tertua pernah menerima pengaruh Kerajaan Seriwijaya dan mempunyai sejarahnya yg tersendiri. Johor telah pun disebut-sebut sejak sebelum Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka lagi. Menurut catatan dalam prasasti bertarikh 1006 Masihi dan buku Undang-undang Siam pada tahun 1438, Johor telah disebut sebagai Wurawari atau Warawari atau Wawari yg bermaksud air yg jernih. Mengikut catatan seorang pengarang Portugis bernama Godinho d'Eridia, Marco polo telah membuat pelayaran pada tahun 1292 hingga ke Hujung Tanah. Nama yg sama juga disebut di dalam Hikayat Jawa 'Negara Kertagana' yg ditulis oleh Prapanca pada tahun 1365, Johor disebut sebagai Negeri Ujung Tanah atau Hujung Madini kerana Johor terletak di tanah yg paling selatan benua Asia.
Mengikut pertuturan di kalangan saudagar yg singgah di Johor, Johor disebut sebagai Jantan atau Jantana atau Santana atau Tana yg membawa maksud Ujung Tanah. Dalam buku Sejarah Melayu yg ditulis oleh Tun Sri Lanang pada tahun 1612, Johor disebut dalam bahasa Jawa sebagai Ganggayu atau Gangga Ayu yg bermaksud sama seperti Warawari merupakan sebuah kerajaan besar di hulu Sungai Johor. Dalam bahasa Siam, Johor disebut sebagai Gelangkyu dan orang-orang Jawa menyebut Johor sebagai Galuh. Kedua-dua perkataan ini membawa maksud batu permata. Orang-orang Arab pula menyebut batu permata sebagai Jauhar. Daripada sebutan Jauhar inilah, nama Johor terbit dan kekal hingga sekarang.
Sumber: Suara dan Berita Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Negeri Johor.
Baca lagi tentang sejarah Johor di sini.
16 comments :
apa pulak cite asalusul johor.cite la asalusul SIPAN.mcmmana boleh dapat nama tu.
bagus sop
satu inisiatif yang amat bagus, cuma pendek sangat...tentu kau penat menulis, nak tau asal usul muo dan sapa penduduk muo...tanya suami zubaidah. kau jangan kisah si teropong tu, hilang teropong, masalahlah dia.
teropong; terima kasih atas cadangan....
kelana; terima kasih jugak pd kau, sengaja aku paparkan catatan yg ringkas ttg asal-usul Johor, panjang2 nanti, malas pulak kau nak membacanya. Aku pernah jumpa blog ttg muoR, nanti aku cuba cari semula.
jeman berkata..
Johor sebagaimana diketahui kubu kuat Umno..Kerabat Di Raja ada memainkan peranan penting dalam memartabatkan UMNO di awal penubuhannya...Namun sejak akhir ni selepas PR12 apakah Johor masih boleh bertahan sebagi kubu kuat UMNO....apakah tidak nanti Johor akan jadi Muzium UMNO....Sejauh daripada itu positifnya tetap ada bila Wilayah Pembangunan Iskandar dinobatkan sebagai wilayah pembangunan selatan...Namun jauh di sudut hati tersirat juga kekuatiran penglibatan Bumiputra....mampukah merebut peluang yang disediakan dalam dulang emas Wilayah Pembangnanan Iskandar...Tahniah Cikgu Yusof buat lakaran awal sejarah Johor Lama....cuma alangkah aulanya kalau kajian diteruskan terhadap hari muka Johor Moden di arus globalisasi....
cikgu jeman, terima kasih kerana sudi bertandang dan memberi komen di dlm blog ini.
Terima kasih jugak di atas cadangan agar dibuat semacam kajian terhadap hari muka Johor Moden di arus globalisasi. Akan difikirkan, cuma saya keberatan utk menjadi penganalisis hal2 politik semasa....
Salam,
Nama Joho....bukan Johor diberikan oleh angkatan perang dari Kedah (mungkin diketuai oleh Daeng Parani - cucu Sultan Kedah / bapanya Daeng Melewar menantu Sultan Kedah. Keturunan mereka yang menjadi sultan Johor & Selangor). Apabila ditanya, dimana letaknya Kota Tinggi (ibu negeri Riau)....mereka jawab: jauh sangat. Jauh sangat apabila diubah ke longat kedah adalah JOHO (jauh hoo).
ooo bru tau asal usul negeri ku
nad moti,
terima kasih kerana sudi menjengah..... terima kasih daun keladi!
terima kasih atas pengenalan negeri kelahiran saye ni yerk.harap boleh icritekn dgn lbh trprinci lg sbab saye nk tau lbih mngenai ngeri johor.
syakirin1536,
mekasih kerana sudi bertandang ke blog saya..... mekasih daun keladi!
Salam, saya brasal dr kota kinabalu.. tumpang tanya, adakah kerajaan johor ad kaitan dgn kesultanan sulu?? kalau ad kmungkinan besar johor brasal dr bahasa suluk iaitu 'duhul/ruhul' = hujung.. Kerajaan riau pun kmungkinan brasal dr prkataan 'lihau' = air jernih.. Ini dsebabkan org2 sulu sukar mnyebut huruf 'r' dgn tepat shgga mnjd 'l/d/gh'.. Byk lg nama2 d nusantara ne yg ad dlm bahasa suluk, contohnya :
malayu' = jauh
malak/malaka' = indah
telengngan nu = kau terdengar (bahasa bajau/org laut)
siam = sembilan
pilak/pelak = wang/RM
sabba' = sjenis pisang
sandak-an = digadai
DAN BANYAK LAGI..
~sekadar bertanya~
Tambahan :
kadtuha/kataha = pergi ke sana
sambi'/chambi/jambi = tukar (sistem barter)
palembang = brpasangan
dungun = haluan tempat brlabuh
marang = buah tarap (sjenis buah yg asalnya dr sulu)
linggi' = memancing
langkawi' = dimanjakan
budma/burma = pergunungan/berbukit-bukit
kemungkinan kawasan2 diatas mmpunyai pertalian yg erat dgn kesultanan sulu pd zaman dahulu ??
Suka sangat
Assalam, Johor mendapat nama, semasa kedatangan bangsa Melayu Jawa ke semenanjung. Waktu mereka sampai, waktu itu kebetulan waktu Zohor. Si juragan plak tak berapa nak dengar, ada seorang penumpang tanya, apa nama tanah ini, bagus dan indah pemandangan disini. Jurangan yang tak berapa dengar tadi terus cakap waktu johor ni (zohor). Penumpang tadi teruslah ooooo Johor. ***
boleh saya tahu tentang asal usul etnik jawa di Johor pula ?
afyyyy,
sila layari link ini; http://sejarah-tunsheikh.blogspot.com/2012/11/normal-0-false-false-false-en-us-x-none.html
Post a Comment