Wednesday, January 25, 2012

Jangan Sia-siakan Janggut Suami

Ini adalah sebahagian tulisan saudara Muhammad Mat Yakim yang dimuatkan dalam dalam ruangan Komentar Sinar Harian. Tulisan yang seronok dibaca dan boleh dikongsi sebagai panduan berguna pasangan suami isteri tentang janggut.

Kajian oleh saintis dari Massachusetts Institute of Technology, Amerika Syarikat yang berjudul The Amazing Fact of Human Body mendapati janggut lelaki mengandungi hormon testosteron yang amat diperlukan bagi kesuburan wanita. Ia mampu menstabilkan kitaran haid selain menggalakkan pertumbuhan telur wanita.

SUBHANALLAH!

Dalam kata yang lain, janggut lelaki juga boleh meningkatkan tahap kegalakan wanita pasangannya. Itu saya tambah! Saya terpaksa sebut wanita pasangannya kerana dunia sekarang semakin cacamarba. Bimbang pula nanti ada lelaki yang mahu menjadi wanita, ketagih meraba janggut orang itu, orang ini, dengan harapan mahu jadi subur juga. Jangan! Hanya untuk wanita yang tulen sahaja.

Caranya bagaimana? Hanya melalui sentuhan. Jadi kepada sesiapa yang belum punya anak kerana ada masalah kesuburan, ataupun jarang anak dan mahu dirapatkan lagi, mintalah suami simpan janggut, dan belailah selalu janggut suamimu itu.

Suami pula, apabila sudah diminta oleh isteri, simpanlah. Jangan sampai isteri terpaksa belai bulu jagung pula! Bulu jagung tiada manfaat apa-apa.

Kata Dr Jamnul Azhar lagi, kajian itu beberapa kali diulang tayang oleh National Geographic. Ini sekali gus jadi bukti apa yang disaran oleh Islam sejak zaman silam, boleh dibuktikan secara saintifik akan hikmah dan kelebihannya.

Saya beristighfar. Hati kini, sarat, penuh dan bulat mahu mengikut sunnah Nabi, tiada langsung bayangan James Hetfield.

Saya akan terus menyimpan janggut ini. Sama ada isteri saya masih berminat untuk menyambung produktiviti atau tidak selepas bergelar ’mak aji’, itu terserah pada dia sendiri. Setakat ini, saya belum memikir soal. Pelan B. Selamat mencuba ya, puan-puan! (baca dengan intonasi ala Chef Wan).

sumber: http://www.ekeleh.com/jangan-sia-siakan-janggut-suami

8 comments :

Teja RB said...

perghhh... lps ni laku la air janggut gb... kihkihkih

yusofsipan said...

agen jualan diperlukan....

Teja RB said...

kahkahkah...

yusofsipan said...

sungguh nih.....

Teja RB said...

wokey... nnt leh sain MOU. bape % nk bg?

yusofsipan said...

30% cukup ke....????

hehe

muhamad mat yakim said...

tk tuan - drp penulis, muhamad mat yakim

yusofsipan said...

MMY,
terima kasih kembali.... terima kasih juga krn sudi bertandang!