Saturday, January 14, 2012
ikan siakap
semalam selepas Jumaat aku ke pasar, ikan tak berapa banyak dan mahal2 pulak. Aku beli ikan siakap dua ekor dan kepala ikan mayong. Semasa membeli sayur, pekerja stall ikan bersebelahan sedang sibuk berunding dgn pembeli berbangsa Cina cara bagaimana nak memotong seekor ikan yg besar. Aku mendekati mereka dan bertanya utk mendapatkan kepastian, ikan siakap ke? haah, balasnya. Bape harganya? Dia tidak menjawab secara langsung, seakan-akan berbisik dia bagi tahu ikan tu beratnya 12 kg dan harganya rm35 sekilo. MasyaAllah... terfikir ke nak membeli ikan semahal itu!!!!
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
No comments :
Post a Comment