Berat badan anda naik dan anda risau bagaimana nak turunkannya tapi malas nak bersenam. Jangan risau kerana satu laporan dalam Jornal Phychological Science membentangkan kajian bahawa mereka yang menulis perkara-perkara penting dalam hidup mereka seperti Agama, perhubungan atau minat mampu menurunkan berat badan dalam tempoh beberapa bulan.
Menurut kajian satu kumpulan yang ditugaskan menulis perkara-perkara penting dalam hidup mereka ditimbang selepas 1 hingga 4 bulan telah turun berat badannya purata sebanyak 3.41 pound berbanding kumpulan kawalan yang tidak menulis apa-apa yang berat badan mereka telah naik purata sebanyak 2.76 pound.
Bagaimana ini boleh berlaku? menurut pakar psikologi, mereka yang menulis perkara-perkara penting dalam hidup mereka mendapat semangat dan kepercayaan pada diri sendiri membuatkan mereka kurang melakukan perkara yang tidak baik seperti makan banyak dan seumpamanya.
Kajian dilakukan terhadap wanita dan tidak pula diberitahu sama ada kaum lelaki bakal mendapat faedah yang sama dengan menulis. Tapi apa salahnya mencuba dan lihat perubahannya dan jika ditambah dengan mengamalkan hidup sihat seperti bersenam dan menjaga makanan, berat badan anda tentu dapat dikawal mengikut kehendak anda.
6 comments :
habis tu naper lah saya tak kurus2 jugak nih?
tulis dgn perut kot..baru turun berat badan, cop
cg Hani,
....tp msh lom besO mcm yg duduk atas kerusi tu kan kan....
hehe
jon,
cube ko ajOr aku mcm mane nak nulis dgn perOt....!!!
huhu
cop..letak pen kat pusat..ala yg kau selalu buat tu..
jon, tak bole ler, lubang pusat tak dlm, perOt dah bOrOi....huhu
Post a Comment